KENGKAWAN

Tuesday, August 23, 2016

Bali trip preparation : Packing

Plan dengan Mamoru tanak bawak beg banyak2. Sebab nanti susah nak manage macam trip sebelum2 ni. Maybe bawak satu haversack besar je. Senang Mamoru nak pikul sambil pegang tangan kiddos. Aku just bawa Aleesya dalam babycarrier & small backpack. 

Agak tough packing kali ni sebab kena bawak barang hiking untuk satu family. Nampaknya kena guna segala skill yang ada untuk sumbat semua baju & barang2 kat dalam haversack.. kena packing style camping masuk hutan. Semua ruang digunakan sepenuhnya.

Ni first trip bawa anak2 ke negara luar. Trip adventure plus leasure. Leasure pun sebab the kids ikut sekali. Kalau tak, semua jadi trip masuk hutan jer. Nasib korang la nakk dapat mak-pak kaki outdoor...

Dokumen penting semua dah ready. Siap buat photostat copy lagi (untuk kecemasan). 

Flight dah checkin awal2. Mamoru dengan aku duduk seat asing2 (depan/belakang) coz kiddos dedua nak duduk tepi tingkap. Kalau tak kang salah sorang merajuk pulak. Dah pernah jadi dulu. So lesson learnt. Nasib la Aleesya kecik lagi. Kalau dia pun nak duduk tepi tingkap, ha pegi laa.. Mommy lagi suka duduk sebelah daddy.

Now tinggal duit je tak tukar lagi. Orang kata better tukar sesiap dari sini sebab money changer kat sana banyak yang menipu. Wallahualam. Aku pilih untuk tukar kat sini je lah. Boleh sorok2 kat poket2 rahsia.  

Visa tak perlu apply ya kalau nak pegi Indonesia & stay sana kurang dari 30 hari. 

Dan yang best, tak perlu lagi bayar airport tax untuk penerbangan balik dari Bali nanti. Semua airlines dah absorb tax ni dalam flight ticket. Kalau tak, kena bayar dekat RM400 untuk family 5 pax aku. 

Nak tulis lagi.. tapi mengantuknya. Nanti lah sambung lagi our preparation & tips percutian ke Bali. Tak sabar nak share info tentang tempat2 menarik yang ada kat Bali yang hampir semua tour agency tak masukkan dalam list. Seriously. 

Yang orang tau, Bali just ada pantai.. temple.. pura.. bla bla bla.. Precious gem yang tersembunyi kat sini sebenarnya lagiii best dari trip2 yang tour agency offer.

Ok lah.. nanite. xo!

Buku merah jangan lupa bawa..

Cinta mommy & daddy

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...