KENGKAWAN

Thursday, September 08, 2016

Aleesya at 10 months

Dah pandai berdiri lepas2 tangan.

Pandai wave goodbye.

Pandai salam.

Suka geng dengan abang2. Mana abang2 duduk, kat situ dia nak join.

Aleesya tak ada mainan untuk gegirls. Buat masa ni dia share main kereta hotwheels abang Ariff & Amarr. Tunggu usia dia genap satu tahun (2 bulan lagi) baru beli. Nak buat birthday party :)

Manja sangat tau. Especially dengan daddy. Kesayangan daddy ni.

Pernah sekali Aleesya jatuh katil, teruk mommy  kena marah. Memang salah mommy pun sebab cuai.. huhu. Sayang betul daddy kat Aleesya. 

Aleesya punya imuniti sampai daddy kasi Aleesya main2 dengan janggut sejemput daddy okay. Kalau mommy, jangan kata nak main2, nak sentuh pun daddy tak kasi. Sensitif betul janggut daddy tu.. haha. Mommy suka tengok orang lelaki ada janggut sejemput. Nampak comel :)


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...