KENGKAWAN

Saturday, September 24, 2016

Berdebar

Camni lah bila nak dekat2 dengan race. Lebih2 lagi bila race tu salah satu event yang semua runner duk tunggu dengan cemas. Maklumlah, first time organizer buat ultra trail running kat Cameron Highland.

Ngeri tengok update kawan2 kat FB. Ada yang training naik gunung, training lari kat trail, training lari on road, etc. Serammm tengok mileage masing2.

Haish.

Aku nak training gila2 camtu memang takde masa. Dengan keje, anak, house chores. Celah mana nak selit masa?

Tapi training jugak lah. Weekend especially. Weekdays memang kelautan hindi training aku.

Macam yang aku plan, race kali ni just nak lari within cut off time. Janji selamat sampai tanpa injury. Tanpa drama.

Cuma sekarang ni tengah cari hydration bag for women. Tanak jenis letak air kat kiri kanan dada. Tak sesuai untuk situasi aku sekarang. Coz kalau breast membesar (bengkak susu), sure sakit gila bila kena push dengan hyration bag.

Aku ada jumpa satu trail hydration bag yang best online. Tapi takde stock pulak. Yang ada stock, kat UK & China je. Tapi sempat ke diaorang nak post ke Malaysia? Race kurang 2 minggu je lagi. Tskk..

Satu lagi problem, aku takde idea lagi nak pump kat mana dan macam masa race day nanti. Cut off time untuk 50km, 16 jam. Kalau aku bertahan tanpa pump, aku akan berdepan dengan risiko susu berkurangan. Dan sakit woo.. breast besar jadi besar 4 or 5 kali ganda. Lebih besar dari badan aku sendiri. Macam Dolly Parton. Its nighmare ok.

Aku try search details timing masa race kat website Cultra. Nak plan timing untuk breaspump. Tapi takde. Flag off time pun takde. Tapi kalau organizer nak semua race category habis lari dalam masa yang sama (let say pukul 12 pm hari Ahad, meaning, participant 50km flag off pukul 8 malam hari Sabtu.

That will be another surprise for me. Sebab aku akan berlari (which is most of the time seorang diri) SEPANJANG MALAM. Not to mention dalam hutan, atas gunung, etc).

*Tarik napas jap*

Why, oh why didn't I think about this when I register aritu. Now, mendapat la kau, aD!

Sila nangis.

Mengalah? Tarik diri? No way, beb! Im so gonna do this.

Note: Lari waktu malam advantage juga sebab boleh pump susu sambil berjalan. Kalau ada runner lalu sebelah pun tayah nak menyorok.. confirm tak nampak.. ahahahaha

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...