Sunday, September 25, 2016

Jenjalan Putrajaya

Still dalam mode UltraMak. Mamoru kat Melaka dari hari Jumaat. Malam ni baru balik KL.

Ikutkan, malas nak keluar berjalan sebenarnya. Nak rehatkan kaki. Tapi duduk rumah pun takda buat apa2. Baju semua dah siap basuh dari semalam lagi. Maka, berjalan lah kita..

Pergi lunch kat Taman Warisan Putrajaya. Suka makan kat sana. Sedap & luas tempat dia. Sesuai bawak bebudak. Lebih2 lagi bila kena handle sorang2. Tempat luas camni senang nak perati.

Lepas makan, plan nak bawak kiddos gi Floria Putrajaya. Tapi cuaca mendung je. Takut hujan pulak. Tukar plan bawak pi climbing area. 

Suka sangat kiddos arini. Aleesya pun tak kurang juga. Berlengas je memasing taim nak balik.

UltraMak boleh tersenyum bangga. Mampu buat kiddos happy sampai tertidur sepanjang jalan balik ke KL tadi. 

The power of UltraMak!! 

Riang ria dalam kereta

Depan Taman Warisan Putrajaya. Banyak jual buah2 tempatan dan pokok2 bunga

Pokok Tin. Teringin nak beli. Tapi nak tanam celah mana.. haish.

Buah cempedak.. sedap bau dia kata Ariff

Lunch dulu. Kasi fuel cukup2. Satgi nak main panjat2.

Dia ni pun kasi makan banyak2. Cepat besar.

Layan motorcross jap. Ariff berkenan dengan motor ni. Dah besar nanti nak beli katanya. Memang tidak la kannn. Mommy tak ijinkan. Nak beli keta boleh.. Motor nehiiii.

Kiddos dalam PCP. Ligat betul memasing.

Nyawa mommy.

Semua berlengas. Mashamm.

Penat memanjat kita makan lagi depan PCP.. pastu sambung panjat lagii dan lagiii..


No comments: