Friday, September 23, 2016

Kelam kabut

UltraMak beraksi pagi ni sebab Mamoru takde. Outstation kat Melaka.

Nasib baik lah anak2 bujang dah besar2. Boleh diharap. Takde lah terkejar nak urus Aleesya.

Kadang tu, teringat balik masa Ariff & Amarr kecik2 dulu. Tough woo. Jaga anak umur dekat2 ni. Jaga sorang2 lak kat KL ni. Dulu Mamoru jauh kat Melaka.

Now bila Aleesya ada, rasa macam relax sangat. Ye lah, dah rasa part2 hazab awal2 lagi kan..

Jaga Aleesya setakat ni sangat senang. Alhamdullilah. Belanja pun tak banyak. Susu tayah beli (breastfeed). Just beli diapers je. Sebulan 2 packet.

Dan alhamdullilah juga sebab Aleesya jarang sangat demam. Kalau demam pun, dua tiga hari dah baik. Maybe sebab minum susu badan kut.

Tapi kalau orang tanya nak tambah lagi baby .. err.. Tak kut. Tak mampu. Financially tak mampu. Tapiiii kalau physically of coz ahkak lebih dari mampu.. ops!


********************

Pagi tadi... UltraMak nyaris nak kelauttt. Uwaaa

Bajet semua okay2 je.

Lepas lari subuh tadi, mandi & siapkan kiddos pakai baju sekolah, siapkan Aleesya. Beg2 sekolah, beg baju, beg susu semua complete. Aku bersiap pun dengan tenang. Cuma Berebut berus makeup dengan Aleesya. Dia suka punggah beg makeup.. (ekceli aku yang biarkan dia main2 dengan alat makeup tu - saja distract dia. Kalau tak, sampai ke dapur dia berjalan nanti.

Pastu hantar Amarr gi BBIM, hantar Ariff gi sekolah agama & hantar Aleesya gi taska. Perfect je semuanya. Jam pun still awal setengah jam. Hepi2 sebab boleh pegi sarapan dengan tenang. Perut pun memeng kebulur setiap kali lepas lari.

Ngam2 park keta kat area LRT, aku dapat call. Rupanya sekolah agama Ariff cuti hari ni. Ariff terlupa nak kasi memo cuti dari pihak sekolah. Tsk..

Nasib baik ada cikgu yang stay kat sekolah nakk oiiii! Dia yang tolong call dan inform sekolah tutup arini. Kalau tak, pengsan mommy fikirkan awak!

Cepat2 aku drive fetch Ariff dan hantar ke taska. Stay sana dengan dengan Aleesya sementara nak tunggu sesi sekolah kebangsaan sebelah petang.

Lucky sampai ofis on time. Pheww.

***************

Haish. Ariff suka amik mudah bab2 info penting camni. Kalau Amarr, dia akan ulang apa yang cikgu dia suruh cakap sampai berdarah telinga ni.

Anwway, aku pun salah gak.. tak cek beg Ariff.. huhu... Lesson learned ya UltraMak aD.


No comments: