Monday, September 05, 2016

Rezeki bergolek

Rezeki yang datang bergolek.

Wujud rupanya.

Satu datang bergolek + dua atas usaha = tiga semuanya.

Satu untuk Ariff
Satu untuk Amarr
Satu untuk Aleesya

Buat bekal masa hadapan.

Cukup lah. Cuma yang mana untuk yang siapa, nanti2 kita tentukan semula.

Ekonomi kita turun naik. Takut bila fikirkan masa depan anak2. Sekarang industry oil & gas dilanda badai. Ramai pekerja kena buang dan masih berdepan dengan risiko untuk dibuang.

Tough time untuk graduan yang graduate tahun ni. Lebih2 lagi graduan yang aim untuk bekerja dengan oil & gas. Tough time untuk semua orang juga.

Ramai dah start kaji semula bidang pekerjaan yang mana akan jadi permintaan untuk lima ke sepuluh tahun akan datang. Dan dah ada juga silibus baru dalam pelajaran anak2: IT, programming, etc.

Bank turun kan interest rumah. Developer bagi diskaun beli rumah. Begitu desperate dan mencabar sekali kan. Jangan tertipu, harga rumah tak turun. Takkan turun. Ramai yang tak mampu kat negara sendiri bukan persoalan. Rumah kat Malaysia ni foreigner pun boleh beli. Tak jadi isu kalau Malaysian tak mampu beli. Cuma buat masa ni ramai hold dari buat apa2 investment. Bukan Malaysia je yang turunkan interest.. bank luar negara pun sama (Bank of England & Australia)

Buat masa ni  banker & automobile industry masih selamat. Akan datang kita tak tau.

Apa yang boleh dibuat, bersyukur dengan apa yang ada dan bersedia untuk masa depan.

Semoga semuanya baik2 sahaja.

No comments: