KENGKAWAN

Monday, September 26, 2016

Still about Cultra

Betis rasa stress sikit. Kansel lari malam ni.

Rest.

Nervous. Tho aku plan nak complete race within cut off time, aku tanak lah jadi among last participants sampai ke finishing line. 

Tamau. Tamau.

Nervous. 

Jeles tengok kawan2 training macam onggila. Hebat semuanya. Aku pulak macaam onggila gak berkejar dengan masa untuk training.

Orang lain lepas lari boleh rilek. Aku lepas lari tak boleh rehat. Kena exercise kat dapur pulak. Masak is a must. Penat letak tepi. Yang penting anak2 terjaga, rumah terbela. Tu tak masuk keje2 ofis. Breastfeed lagi. Aku pun pelik macam mana aku boleh survive hari2. Jadual aku padat kot.

Kalau lari malam, balik keje aku warm up kat dapur dulu. Masak untuk dinner. Bagi anak2 makan. Habis masak baru keluar lari. 

Penat tak payah cakap lah. Gigil2 nak kejar mileage. Hazab wei.  Kalau lari pagi atau hari cuti pun sama. 

So point aku kat sini, kalau aku tak perform demgan baik masa Cultra Trail nanti, Kira I am forgiven lah kan.. (alasan haha). 

Lets hope it's not going to be that bad lah eh. 

Minta tolong Mamoru downloadkan Cultra trail route dalam jam Suunto. Aku tak reti. Senang nak refer route. At least boleh elak riaiko sesat. Especially kat gunung Berembun. Sebab situ banyak route. 

Apa lagi eh nak prepare. Haih. Tak keruan weh.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...