KENGKAWAN

Monday, October 31, 2016

Wishlist

To run confidently, you must first dress gorgeously for it.

Gitu. Alasan nak beli running gear baru.

I want want one (or two) pairs of Hoka shoes please!

Hihihi..

Training main-main

Bulan ke dua training.

Bulan ni punya training, lagi teruk dari bulan lepas. Bukan teruk sebab training gegila. Tapi teruk sebab banyak main2 & tak serious.

Reason mengelat training: Takda orang babysit kiddos and baby + keje ofis banyak + balik umah kena masak, kemas bagai + penat + takda helper + yada.. yada..

Ok. Alasan je semua tu. Ekceli, masa tu ada. Masalah yang sebenarnya adalah: Malas! Yerr.. itu lah dia. Sila pangggg diri sendiri.

Runners punya problem, lelebih lagi solo runner macam aku nia. Bila nak start training, malasnyaaaaa laaaaa. Tapi bila dah start lari, payah pulak nak berhenti. Haish. Ngader sungguh.

Mileage training untuk bulan ni (termasuk cultra aritu) just 146 km (tak termasuk cross & core training).

Minggu ni ada Compressport trail run 25km kat Semenyih. Nasib baik aku register 25km. Kalau aku  amik 50km masa reg aritu, pengsan nak back to back dengan Putrajaya Night Marathon (PNM). Treneng kelaut pulak tu..

Sesungguhnya, aku tak ready nak buat keje gila macam dulu2. No more back to back long distance marathon macam dulu2. I want quality in my running/race. Not just buta2 je lari. Aku bukannya elite runner.. tapi elite runner-wannabe (ehh nakk jugakk tuu.. haha)

Ada kurang 2 minggu je lagi untuk PNM. InsyaAllah, this will be my first full complete marathon (FM) for this year (after DNF masa Sundown, Singapore masa bulan May aritu)

Ada misi kecik untuk PNM nanti. Misi nak pecahkan rekod PB (personal best) sendiri. Aku punya PB untuk FM, 5 jam 6 minit (dua tahun dulu). Kebetulan timing ni masa aku lari PNM tahun 2014. Now, dapat peluang repeat event yang sama. Hopefully ada improvement :)

May the force (of training) be with me.. haha.

Friday, October 28, 2016

Nasi air dingin

Beli kat depan ofis. RM5.

Sedappppppp.

Dengar cerita nasi ni diaorang distribute daily dari Kelantan tetiap pagi melalui kapal terbang. Fresh dari Pantai Timur gitu. Tataw lah betul ke tak. Dengar cerita lah.

Malam ni Mamoru gerak ke utara. Masuk hutan naik gunung dengan geng2 gunung dia.

Aku pulak plan nak ke selatan bawak kiddos & Aleesya

:)

Thursday, October 27, 2016

Throwback Cameron Ultra Trail (Cultra) 2016 aritu.

Race flag off pukul 5 pagi.

Tapi pukul 4 pagi aku masih terkebil-kebil atas katil. Aleesya pula lena sungguh tidur atas dada aku. Aku tarik Aleesya ke tepi - bagi direct feeding. Nak kosongkan breasts. Satgi nak lari lama.

Pukul 4.40 pagi baru keluar bilik hotel. Plan asal nak jogging dari Heritage Hotel ke starting point kat padang Majlis Daerah Cameron Highlands (MDCH), tapi bila dah lewat centu, aku minta Mamoru tolong hantar kan. Ariff & Amarr kami tinggalkan kat bilik hotel. Aleesya je ikut teman sekali.

Sampai padang MDCH, aku still berbelah bagi. Duduk je kat tepi keta Mamoru. Tengok participant lain kemain hepi begambar sebelum start race. Takut woo. Rasa nak DNS (did not show / tanak pegi) pun ada. Cuaca pula sejuk yang amat. Sampai berlaga gigi atas & bawah. Bertambah gementar rasa diri.

Pose sebeum race start


Untuk Cultra ni, aku just ada bekal semangat je. Training memang tak cukup. Aku just training sebulan sebelum event. Training memang gila. Tak cukup pagi, malam pun aku lari. Tu pun, mileage just 130++km je. Memang cari pasal sangat kan. Tapi, aku still proceed ke Cameron atas alasan, Cameron ni 'tempat' aku, gunung ganang kat sini tempat permainan aku.. gitu kekdahnya tahap confident aku.

Sebelum2 tu (maksud aku selepas c-section surgery hujung tahun lepas), aku tak pernah serious training. Banyak even yang aku regiter tahun ni semuanya either DNF (did not finish) atau DNS. Kecuali even Bukit Kutu Highlander - yang ni je aku finish. Coz time tu ada la juga training. Lepas tu training semua ke lautan Hindi. Tenggelam dengan aku sekali.

Tepat pukul 5 pagi race start. Aku antara orang yang belakang lepasi starting line. Jalan je. Tak lari. Boleh?

Tu lah silap aku kat sini. I was supposed to run for first 3km dan take over semua runner masa panjat trek gunung Jasar as planned before coz running naik gunung is my advantage. Tapi, again, tahap confident aku hilang tiba2 sebelum start lari lagi. Ekeceli masa collect race kit lagi. Aku jadi rendah diri tengok semua runners Cultra. Semua muka confident. Semua outstanding. Tip top. Aku? Rasa kerdil je.. tsk

As expected bila sampai kat kaki gunung Jasar, trek jemmed dengan runners. Dah macam Karak Highway, kata abang Min (kebetulan dia belakang aku). Gunung Jasar yang sepatutnya aku boleh tawan dalam masa setengah jam, jadi sejam lebih gara2 beratur atas trek. Tu tak termasuk aku tersasar dari trek asal sebab marker hilang ( kena redah oleh runner depan) Uwaa.. terpaksa backtrack.

Sampai CP1 kat area Villa Dahlia hari dah mula cerah. Kat sini, ada ruang untuk solat (tapi agak terbuka). Ada few runners lelaki berhenti solat. Kat sini jugak organizer sediakan buah epal & air minuman (100 plus & mineral). Aku just capai epal dan terus lari ke CP 2 (Kem Sg Pauh). Sebab target memang nak solat kat situ sebab situ ada surau.

Right before CP2. Muka stress kena backtrack kat gunung Jasar

Lepas CP2, trek naik ke gunung Berembun sangat best. Boleh lari2. Hari dah terang. Headlamp aku dah campak masuk dalam hydration beg. Ini kali ketiga aku panjat gunung Berembun (gap pendakian dulu dengan sekarang dah lebih sedekad lamanya!)

Sampai puncak Berembun, aku nampak Bett tengah bergambar dengan beirut. Malas nak keluarkan phone, aku terus turun Berembun sorang2. Most of the time aku lari sorang2 kat hutan Cameron ni. Halfway turun, jumpa Tini. Macam tak percaya bila aku boleh overtake Tini sebab dia memang laju kalau berlari. Tapi maybe trek gunung a bit technical untuk dia. Berlari on road, trail dan atas gunung tak sama. Aku suruh dia hati2 bila turun. Pastu aku tinggalkan dia on trek.

Sampai CP3 kat Robinson Fall (waterfall), aku perasan ada ramai abang bomba stanby kat situ. Tenkiuu abang bomba! Kat sini aku still refused minum air yang organizer sediakan. Bukan tanak tapi malas nak keluarkan cawan dari dalam beg. Aku minum air dari hydration beg je. Leceh nak keluarkan cawan. Beg penuh dengan mandatory item. Haish. Lesson learnt. Next run, aku nak gantung cawan guna carabiner kat beg. Senang sikit nak capai.

Oh lupa nak jot down, view air terjun kat sini awesome! Tapi tak boleh mandi. Kawasan cerun & bahaya. Lagipun, Cameron kot. Serjukkk.

Trek lepas CP3 lalu kawasan kebun sayur. Lalu sini buat aku hampir sesak napas sampai terpaksa tutup hidung guna buff. Bau racun serangga kuat betul. Tetiba aku boleh terfikir camne aku boleh makan sayur2 yang penuh dengan racun serangga yang aku selalu beli kat supermarket. Dan tetiba aku rasa terfikir yang sayur2 ayah aku tanam lebih selamat untuk dimakan.

Keluar dari kebun sayur, kena lari atas tarmac pula. Kat sini memang hazabbb. Trek menaik dan menaik. Hampir impossible untuk lari. Aku try gak lari2 anak, tapi stress tengok runners lain yang berjalan lagi laju dari aku lari. Boleh?

Kat sini perut dah start lapar. Ekceli dari turun gunung Berembun lagi aku dah lapar. Orang lain dah start consume power gel/power bar. Aku tak lalu makan benda2 camtu. Boleh muntah. Silap2 bonk terus. So, sambil berjalan lenggang kangkung layan road yang mencanak, aku keluarkan sneakers. Makan separuh sambil minum air kosong. Tu je pun yang aku boleh makan sambil berjalan.

Ni otw nak ke CP5 (dah u-turn)


Sampai CP4 (Boh Guardhouse) pukul 10pagi. Jumpa Wani kat sini. Dia u-turn kat CP4 untuk kategori 25km. Kat sini baru aku keluarkan cawan. Minum air 100 plus. Nak makan lagi, tapi organizer sediakan biskut ja. Tak lalu. Kering tekak nanti. Aku gi amik dropbag. Keluarkan buah jambu sebijik. Makan sambil duduk luruskan kaki.

Runner lain dalam dropbag ada kasut spare, baju spare, power gel.. tapi aku.. Dalam dropbag aku just bubuh makanan (buah jambu, buah strawberry, chocolate bar & air redbull).. haha.

Habis makan buah jambu, aku sambung lari lagi. Eh, bukan lari tapi jalan lagi. Elevation kat sini lebih 1400m. Trail jenis gravel. Berbatu. Aku just buat power walk/hike.

Again, aku punya power walk takdelah laju mana. Selamba je sorang awek Chinese ni overtake aku. Dia jalan je pun.. tsk. Aku jadikan dia pacer. Cuba maintain ikut pace dia. Tapi aduyai.. dia memang laju. Tak daya nak saing dekat2. Jarak dia dengan aku dalam 300 meter. Bila turun bukit, baru boleh lari. Itupun aku still tak boleh catch up dengan awek Chinese tadi. Haish.

Nih pun gambar otw ke CP5. Cover dada.. breast nampak besar gila pula dalam gambar ni. Almost seharian tak pump.


Trail naik menyampaikan ke CP5 boleh tahan tough. Turun naik tepi2 ladang teh. Nasib baik la view cantik & cuaca redup & sejuk. Kat sini aku berselisih dengan winner kategori 50km. Tak jauh belakang dia, aku jumpa Botak. Dia first runner-up. Sempai hi-bye je. Lepas tu ramai jugak lah peserta lelaki yang dah start u-turn untuk ke finishing line. Cuma peserta perempuan je aku tak nampak lagi.

Kat CP5 (Boh cafe), aku makan 3 slice buah oren & duduk kejap luruskan kaki. Kat sini memang tempat public. Ramai tourist. Tempat solat pun ada.

Route ke CP6 pastu memang hazab. Masa tu dah almost tengahari. Panas woo.. Takde tempat teduh. Yang ada just pokok2 teh. Haish. Tapak kaki rasa macam nak hancur berlari atas batu2 gravel.

Kat sini aku jumpa Sam. Ada gak la geng borak. Boleh alih perhatian sekejap dari fikir tentang trek yang hazabb.

Kat sini jugak aku jumpa first runner perempuan 50km dah start u-turn ke finish line. Aku kira sorang demi sorang sampai la je CP6. Ada 18 orang semuanya (campur kategori open & veteran)

Lega sangat bila sampai CP6. Jam tepat pukul 12 tengahari. Kat sini organizer sediakan megi in cup. Aku capai satu megi ayam, pastu duduk makan kat bawah khemah. Sempat gak la baring sekejap. Luruskan badan. Tapi tak lama sebab tetiba datang semangat aperntah dalam badan aku ni. Semangat nak berada dalam list top 20 kut.. haha.

Route lepas u-turn still hazab. Matahari tegah atas kepala. Nasib baik ada angin sejuk sekali sekala.

Pace masih maintain. Kaki tak ada masalah. Cuma perut still lapar. Megi tadi pun bukan aku habiskan. Tak lalu la nak makan mender camtu time lari. Organizer cakap ada sup nasi impit.. rupanya menu tu kat CP route 100km. Kempunan aku. Ceis.

So, makan je lah sneakers yang tinggal separuh tadi. Legaa..

Kat sini aku perasan awek Chinese tadi dah start slow & berjalan je most of the time. Aku tinggalkan dia & try cari pacer lain. Tapi tak ada :( Kebanyakan masa aku lari sorang2 je sampai CP5 (Boh Cafe) - stop utk solat.

Lepas tu terus sambung lari ke CP4 (Boh guardhouse). Kat last killer hill ni condition badan & kaki rasa best. Especially bila dapat overtake sorang demi sorang runners lelaki. Kat sini aku baru on kan MP3 (sebab lari sorang2 - sunyi.. tapi enjoy).

Sampai CP4, aku terus amik dropbag. Keluarkan redbull satu tin. Minum sampai habis.. hahaha. Mewah betul beg aku dengan makanan.

Tengok jam, aku ada lagi 8km lagi sebelum sampai ke finishing line. Wow... Macam tak percaya okay. Another 8km left and I'm still at my best condition. Cepat2 aku simpan dropbag dan sambung lari.

Non stop aku lari sampai kat Robinson fall (CP3). Pastu lari lagi sampai keluar hutan.

Bila nampak finishing line dari jauh aku rasa teruja sangat. Ohemgeee!!! Ive made it!!!! Masa ni pukul 4.12 petang.

Finishing line dengan my hero2 kecik. 


Lebih teruja bila nampak anak2 aku jerit "Mommy, go, go, go!" sambil berlari2 atas padang ke arah aku. This one aku tak tau nak describe perasaan tu macam mana. Im a happy woman in the world!

50km berjaya dihabiskan without injury (not even a blister). Paling best, I finished strong!

Tahun depan, insyaAllah kalau ada lagi even Cultra, aku nak register untuk 100km pula :)

With my supporters yang sanggup tunggu berjam2 kat padang semata nak tengok aku sampai finishing line

Result yang tak tersangka. 
No 12 out of 55 runners bagi kategori aku.
No 95 out of 354 overall ranking (both men/women)

My ultimate race for year 2016.
My second Ultra trail marathon (after Nuang Ultra 60km)
Im stronger than I thought 
:)



Monday, October 24, 2016

Ikut mommy pegi keje

Amarr tak sihat. Tanak pi sekolah katanya. So mommy angkut bawak pi Menara Maybank. Bawak pi ofis :)

Baik je Amarr kat ofis. Tapi kejap2 tu dia mengekor jugak mommy pi discussion, masuk bilik meeting, pi toilet.. tsk.

Suka Amarr bila semua colleagues mommy tegur dia. Siap dapat hadiah toy lagi..

Mommy pakai cap UltraMak untuk few days ni. Daddy's outstation.

Amarr busy buat keje. Keje banker ada drawing & colouring eh amarr?

Sunday, October 23, 2016

Layan dak tecik jalan2

Kemain hepi lagi si cantik ni :)

Nak pi sana katanya..

Gelak yang buat mommy gewam.

Eh batu apa ni? 

Sedap jugak rasa dia.. nom nom.. 

Berkawan dengan abang2. Lelaki semuanya. Nasib la Aleesya. Sepupu2 yang sebaya awak semua tak tau jalan lagi. Sok kalau depa da tau jalan, boleh ajak pi jalan sama2 naa.

Aleesya yang mudah mesra. Mommy pi mana2 pun senang. Sikit pun tak nangis bila duduk dengan stranger. Siap ajak borak lagi. Haish. Bahaya jugak ni. Kena ajar dia avoid stranger bila dia dah mula faham sikit nanti.

Saturday, October 22, 2016

Dragon Back road

Dragon back atau nama betul jalan ni, Jalan paip. Dekat dengan UiTM Puncak Alam.

Lari sini best. Jalan straight je. Tapi berbukit-bukit. Tough hills. Tapi best.. hihi. Kalau lari sehala dari hujung ke hujung, dapat 5km +. Pergi balik 10km+

Cuma nak lari sini kena pergi awal pagi. Sebab bila hari makin siang, kenderaan kat sini semua laju2 belaka. Maklum lah jalan straight je kan.

Bila bosan lari tempat sendiri, kita lari kat sini pulak pagi ni.

#runhappy
#personalmission

Tarik napas jap.. Killer hills

Managed to finish my 10km (1 loop) in 1 hour despite those killer hills.

Go aD go



Friday, October 21, 2016

Kasut hiking kiddos

Tak sabar nak bawak kiddos pergi mendaki gunung lagi. Promised kiddos, next trip would be overnight trip. Kat mana? Tak sure lagi. Ada few choices. Tapi tengah pilih masa yang sesuai. Lately, aku busy dengan marathon training. Haish.

Just nak share tentang hiking shoes kiddos. Hobi outdoor tak perlu belanja mahal2 untuk outdoor gear. Yang penting, kualiti.

Tiga bulan lepas aku pergi Decathlon. Cari hiking shoes untuk kiddos. Semua barang2 kat Decathlon ni high kualiti ok. Cuma Jenama dia tak terkenal dalam Malaysia je. Kalau kat oversea, ramai kot yang pakai.

Ariff & Amarr pakai hiking shoes & hiking pants jenama Qechua.
Harga hiking shoes Ariff RM48 (bertali)
Harga hiking shoes Amarr RM 38 (jenis strap)
Harga hiking pants pula RM86 (sehelai)

Ni Amarr punya kasut. Design cantik. 

Untuk saiz Amarr dan saiz yang lebih kecil dari ni, semua jenis strap. Sesuai untuk bebudak umur 4 or 5 tahun yang tak reti ikat tali kasut.. hihi

Tapak pun best. 

Dah pernah bawa kiddos hiking guna kasut ni beberapa kali. Dan kiddos tak pernah komplen sakit kaki atau blister. Malah boleh berlari2 atas trail. Means selesa la tu kan. Ni baru boleh kata alah membeli menang memakai :)

Thanks Decathlon, coz making our outdoor hobbies more affordable

:)


Tak cukup storage, botol mineral pun berguna juga

Semalam punya cerita.

Terlebih susu sampai tak cukup botol untuk storage. Takkan nak buang pulak kan.. banyak tu.. 4 oz. Boleh sekali kenyang kalau bagi Aleesya minum.

Fikir punya fikir, buh dalam botol mineral yang aku beli pagi tu je lah. Ikutkan memang tak hygienic. Tapi darurat daa..

Kan aritu aku ada share pasal running buat hasil EBM meningkat. Kata Angah (geng blogger cum ex boss Mamoru), susu meningkat maybe sebab aku happy. Bila aku happy, paras oxytocin meningkat, so thats why susu banyak. Glad to know that :)

Few days lagi genap setahun breastfeeding journey aku dengan Aleesya.

Kata orang, kalau berjaya fully breastfeed selama 6 bulan, dapat sijil Breastfeeding. Kalau setahun, dapat Diploma. Dan kalau teruskan sampai setahun setengah, dapat Degree. Bila berjaya teruskan sampai dua tahun, dapat PHD.. haha

So now, aku baru dapat Diploma la ni :)

Baik lah, aku akan make sure aku genggam PHD dalam journey breastfeeding nih.

Go teamwork! Go Mommy & Aleesya!

Thursday, October 20, 2016

Countdown for something big

3 bulan dari sekarang. 

:)


Aleesya at Kem Murni, Gopeng, Perak. 
Mommy's little explorer. 



Wednesday, October 19, 2016

Mintak nyawaa

UltraMak beraksi arini. Mamoru takda.

Penat huhu. Lari 20km pun tak penat camni.

Balik keje petang tadi terus berkejar ambil Aleesya dari Taska. Pastu fetch Ariff balik sekolah dan fetch Amarr kat Brainy Bunch.

By time sampai rumah, azan dah lama berkumandang. Haish.

Lepas simpan EBM dalam fridge, cecepat potongkan buah epal. Appetiser untuk kiddos sementara tunggu aku siap masak. Aleesya pun suka makan epal. Ekceli, semua jenis buah Aleesya makan. Sampai timun pun dia gigit2 camtu je. Good girl. Tak memilih makanan :)

Gendang gendut tali kecapi. Anak2 kenyang perut, mommy senang hati. Now lets melingkar depan tv. Ariff pun dah siap homework sekolah. Boleh layan tv sebelum masuk tido satgi.

Menu setengah jam: Daging pekasam batang pinang masak sambal & sup tulang rusuk lembu. Kiddos terpaling suka sup aku masak. Tak kira la sup apa pun. 

Ekceli, plan asal nak buat gulai ciliapi daging pekasam. Nak habiskan paste homemade untuk gulai ciliapi yang aku buat last week. Tapi lupa beli kelapa parut. Terus jadi sambal je.. huhu.


My breastfeeding journey

I found out that, running did not stop or reduce breastmilk production. In fact, by running, my EBM increases a lot that I can have extra 4 ounces (and more) everyday.

So mommies tak perlu tunggu habis menyusu badan sampai dua tahun. Now pun boleh atart lari dah.

Excuses will always be there for you, opportunity won't! *wink*

#longdistancerunner
#ultrarunner
#marathoner
#outdoorfreak
#runningmomma
#breastfeedingmom
#momofthree
#wokingmommma

Tuesday, October 18, 2016

Perasaan itu

Perasaan bila ngam2 kau habis lari, dah siap mandi kat rumah & ready nak tidur, tiba2 hujan turun ~oh la la. Heaven. Confirm lena sampai subuh.

Lari 16km je malam ni. Bajet nak proceed sampai 20km sebab masih awal. Belum pukul 10 malam pun. Tapi, malas.. haha.

Esok rest day.

Ekceli nak taip pasal hiking trip dengan kiddos. Tapi nantuknyaaa.

Tido lagi sedap. Hujan pulak kat luar tu.

Zzzzz..

Next race

Kali ni 25km ja.

Nak test performance kaki sebab yang ni half dari distance race kat Cameron. Elevation pun rendah dari Cameron Trail. Tapi tak boleh underestimate juga. Setiap trail tu unik dan berbeza. 

Nak kena buat heat training pasnih. Trail kat Semenyih sure panass.. berbahang.

Countdown: 17 hari lagi sebelum race day :)

Map untuk 25km. Race kali ni tak nervous sangat. Ada confident sikit kat sini :)

Tough juga route dia. Takpa, aku suka!

Lunch kat The Weld arini :)
Need to gain some weight. Aritu dah hilang 2 kg lepas lari Cultra. Nak kasi maintain at least 40kg semula.


Counting days till Aleesya 1st birthday

Memang orang kita ni ada masalah eh kalau kita menyusukan anak guna susu badan.

"Anak dah besar pun pegi pump susu lagi?"

"Still bagi anak susu badan lagi ke?"

"Banyak lagi ke susu tu?"

Hm.. ni soalan kategori apa ya? Yang pelik tu soalan ni semua dari perempuan.

Dan lebih pelik, staff lelaki pulak yang lebih memberi ayat bina semangat dari soalan2 tak perlu staff perempuan.

Weird.

Sunday, October 16, 2016

Mandi sungai

Serjukkk.

Syok kan dapat buat weekend gateway camni. 

Jauh kita berjalan sampai ke Kem Murni Gopeng, Perak. Sejam je lagi nak sampai Sg Pauh, Cameron.

Mommy dah tergerak nak proceed ke Cameron. Tapi, since minggu lepas dah pi Cameron, minggu ni kita stay Gopeng ja. Tengok orang pi water rafting.. tengok orang main tubing. 

Mommy nak bawak Ariff Amarr rafting tak boleh. Aleesya tak tau nak tinggal dengan sapa. Kita amik mood je lah dulu. Nanti bila Aleesya dah ready, kita terjum sama2 dalam sungai.

Apa pun, mommy happy sangat coz mommy mampu handle semua anak2 pi camping. Mommy managed pasang khemah & masak sorang2!

Pat bahu sendiri.. hihi.


Aleesya tak takut main air sungai. Dia buat dek je dengan air sungai yang sejuk ni

Duyung comel

Makin besaq, makin susah nak amik gambar Aleesya

Hallo.. lets tubing!

Kecepur.. kecepur..

Next trip please!

View perjalanan masuk ke Kem Murni.. 15 minit layan hutan kiri kanan oiiii... Tadak rumah orang langsung. Ketaq kaki Mommy lalu sini.. tetiba leh pikir kalau keta pabcit kat sini.. abeslah... Mommy tak khatam lagi cara tukaq tayaq. Pasni kena belajar kat YouTube.. haha


Saturday, October 15, 2016

Camping dengan kiddos

Here we are!

Mother-kiddos time.

Tenkiuu anak-anak coz tolong mommy pasang tent & fly.

Aleesya pun tolong sama.. tolong sepahkan barang.. dan suka sangat main rumput & pasir.. haha. Sikit pun tak meragam. Sah, semua anak2 mommy suka outdoor.

Semua enjoy. Semua

Malam ni kita buat campfire!

Penat sangat la tu sampai air sirap mommy pun dia nak

Makan tepi sungai.. best!

Aleesya tolong ikat khemah kuat2 okay

Anak yang rajin :)

Enjoy kan makan tepi sungai :)

Friday, October 14, 2016

Done packing


A comfort zone is a beautiful place, but nothing grows there. 

Let's go outdoor! Lets go camping.

Daddy's away for the weekend. 

Come kiddos, let have some fun together. Just four of us. Lets go somewhere where we can connect without internet, phone or ipads.

Semoga perjalanan kita malam ni selamat & dilindungiNya. Behave ya anak-anak.

Jalan2

Bila aD cuti.

Hunting for gorgeous heels.. end up with a running shoes


Eyeing for a tote, end up with a backpack

Went out to create chaos.. thrown with lotsa love around.

Whatta Friday!

xo!

Run without gadget

Spent my morning dengan 10km run. My leg performance at its best!

Next nak train untuk another 25km trail run. Hopefully, boleh improve timing.

Today is "Me-time". One whole day. Yay!

Nak buat apa eh? Tengok movie? Salon? Window shopping?

Lets breakfast dulu. Balik mandi pastu baru decide.

:)

Thursday, October 13, 2016

Gunung is calling

... and I must go.

Planning for my solo daytrip hike to gunung Bunga Buah next weekend.

Ikutkan, nak naik this week. Tp this weekend Mamoru tak ada. Dia pergi teambuilding kat Perak.

Tak apa lah. At least ada masa nak amik permit mendaki. Nak naik gunung ni kena ada permit. Kalau tak, diaorang tanak buka lock kat entrance gunung ni.

So, next week kita test kaki kat GBB. Test courage juga

:)

#personalmission
#outdoorfreak
#solohiker

Double

Double rainbow.
Double happiness.

Happy Thursday! Weekend is near. Lets train, runners. Live our dreams.

:)

Wednesday, October 12, 2016

Throwback Cultra

Masa tengah race ke CP 6 (almost 30km lari) kat Cameron aritu, ada sorang runners ikut belakang. Memula ingatkan Zol (ultra-Jol) sebab muka & saiz badan macam sama.

Aku tengok race tag kat tangan dia - warna merah. Means dia runner category 100km. Aku perasan dia pun tunduk tengok warna race tag aku. Tetiba dengar dia cakap;

"You make this run looks effortless"

Aku toleh kat dia. Tak sure kenapa dia speaking kat aku. Ada kah dia ingat aku peserta luar negara?

"Effortless?", Aku tanya dia balik.

"You don't look struggle at all", Jawab dia.

Haha.. dia tak tau aku dah separuh nyawa layan trail kat ladang teh tu.

Sempatlah suai kenal kat situ. Borak sambil berlari. Lari naik bukit. Which is so not comfortable. Ramah betul pulak dia ni. Macam2 soalan dia sampai timing pun duk tanya aku (walhal dia pun pakai sports watch juga)

Dia cakap nama dia Sam or Sham (mana2 pun boleh katanya). Okay. Lepas tanya nama aku, dia sambung lari tinggalkan aku on trek. Actually, aku slow down lari. Kacau bilau breathing aku time lari bila berbual dengan dia. Dia boleh lah.. runner 100km kut.

Maybe dia nak cari pacer or geng lari. Seriously bila lari long distance macam tu, lari dengan partner memang sangat membantu. Especially untuk elak dari fikir pasal penat. 

Anyway, bila teringat balik apa dia cakap, rasa macam compliment pula hihi.. Betul ke eh?

Belakang aku ni bukan Sam. Gambar ni masa kat CP 1 (baru 5km lari)

Love



#personalmission
#runningmomma

Lets work that booty.

Training like never before

:)

Little angel yang dah ada 6 batang gigi.. tapi rambut tetapp lah tak cukup panjang lagi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...