KENGKAWAN

Friday, October 21, 2016

Tak cukup storage, botol mineral pun berguna juga

Semalam punya cerita.

Terlebih susu sampai tak cukup botol untuk storage. Takkan nak buang pulak kan.. banyak tu.. 4 oz. Boleh sekali kenyang kalau bagi Aleesya minum.

Fikir punya fikir, buh dalam botol mineral yang aku beli pagi tu je lah. Ikutkan memang tak hygienic. Tapi darurat daa..

Kan aritu aku ada share pasal running buat hasil EBM meningkat. Kata Angah (geng blogger cum ex boss Mamoru), susu meningkat maybe sebab aku happy. Bila aku happy, paras oxytocin meningkat, so thats why susu banyak. Glad to know that :)

Few days lagi genap setahun breastfeeding journey aku dengan Aleesya.

Kata orang, kalau berjaya fully breastfeed selama 6 bulan, dapat sijil Breastfeeding. Kalau setahun, dapat Diploma. Dan kalau teruskan sampai setahun setengah, dapat Degree. Bila berjaya teruskan sampai dua tahun, dapat PHD.. haha

So now, aku baru dapat Diploma la ni :)

Baik lah, aku akan make sure aku genggam PHD dalam journey breastfeeding nih.

Go teamwork! Go Mommy & Aleesya!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...