KENGKAWAN

Thursday, October 27, 2016

Throwback Cameron Ultra Trail (Cultra) 2016 aritu.

Race flag off pukul 5 pagi.

Tapi pukul 4 pagi aku masih terkebil-kebil atas katil. Aleesya pula lena sungguh tidur atas dada aku. Aku tarik Aleesya ke tepi - bagi direct feeding. Nak kosongkan breasts. Satgi nak lari lama.

Pukul 4.40 pagi baru keluar bilik hotel. Plan asal nak jogging dari Heritage Hotel ke starting point kat padang Majlis Daerah Cameron Highlands (MDCH), tapi bila dah lewat centu, aku minta Mamoru tolong hantar kan. Ariff & Amarr kami tinggalkan kat bilik hotel. Aleesya je ikut teman sekali.

Sampai padang MDCH, aku still berbelah bagi. Duduk je kat tepi keta Mamoru. Tengok participant lain kemain hepi begambar sebelum start race. Takut woo. Rasa nak DNS (did not show / tanak pegi) pun ada. Cuaca pula sejuk yang amat. Sampai berlaga gigi atas & bawah. Bertambah gementar rasa diri.

Pose sebeum race start


Untuk Cultra ni, aku just ada bekal semangat je. Training memang tak cukup. Aku just training sebulan sebelum event. Training memang gila. Tak cukup pagi, malam pun aku lari. Tu pun, mileage just 130++km je. Memang cari pasal sangat kan. Tapi, aku still proceed ke Cameron atas alasan, Cameron ni 'tempat' aku, gunung ganang kat sini tempat permainan aku.. gitu kekdahnya tahap confident aku.

Sebelum2 tu (maksud aku selepas c-section surgery hujung tahun lepas), aku tak pernah serious training. Banyak even yang aku regiter tahun ni semuanya either DNF (did not finish) atau DNS. Kecuali even Bukit Kutu Highlander - yang ni je aku finish. Coz time tu ada la juga training. Lepas tu training semua ke lautan Hindi. Tenggelam dengan aku sekali.

Tepat pukul 5 pagi race start. Aku antara orang yang belakang lepasi starting line. Jalan je. Tak lari. Boleh?

Tu lah silap aku kat sini. I was supposed to run for first 3km dan take over semua runner masa panjat trek gunung Jasar as planned before coz running naik gunung is my advantage. Tapi, again, tahap confident aku hilang tiba2 sebelum start lari lagi. Ekeceli masa collect race kit lagi. Aku jadi rendah diri tengok semua runners Cultra. Semua muka confident. Semua outstanding. Tip top. Aku? Rasa kerdil je.. tsk

As expected bila sampai kat kaki gunung Jasar, trek jemmed dengan runners. Dah macam Karak Highway, kata abang Min (kebetulan dia belakang aku). Gunung Jasar yang sepatutnya aku boleh tawan dalam masa setengah jam, jadi sejam lebih gara2 beratur atas trek. Tu tak termasuk aku tersasar dari trek asal sebab marker hilang ( kena redah oleh runner depan) Uwaa.. terpaksa backtrack.

Sampai CP1 kat area Villa Dahlia hari dah mula cerah. Kat sini, ada ruang untuk solat (tapi agak terbuka). Ada few runners lelaki berhenti solat. Kat sini jugak organizer sediakan buah epal & air minuman (100 plus & mineral). Aku just capai epal dan terus lari ke CP 2 (Kem Sg Pauh). Sebab target memang nak solat kat situ sebab situ ada surau.

Right before CP2. Muka stress kena backtrack kat gunung Jasar

Lepas CP2, trek naik ke gunung Berembun sangat best. Boleh lari2. Hari dah terang. Headlamp aku dah campak masuk dalam hydration beg. Ini kali ketiga aku panjat gunung Berembun (gap pendakian dulu dengan sekarang dah lebih sedekad lamanya!)

Sampai puncak Berembun, aku nampak Bett tengah bergambar dengan beirut. Malas nak keluarkan phone, aku terus turun Berembun sorang2. Most of the time aku lari sorang2 kat hutan Cameron ni. Halfway turun, jumpa Tini. Macam tak percaya bila aku boleh overtake Tini sebab dia memang laju kalau berlari. Tapi maybe trek gunung a bit technical untuk dia. Berlari on road, trail dan atas gunung tak sama. Aku suruh dia hati2 bila turun. Pastu aku tinggalkan dia on trek.

Sampai CP3 kat Robinson Fall (waterfall), aku perasan ada ramai abang bomba stanby kat situ. Tenkiuu abang bomba! Kat sini aku still refused minum air yang organizer sediakan. Bukan tanak tapi malas nak keluarkan cawan dari dalam beg. Aku minum air dari hydration beg je. Leceh nak keluarkan cawan. Beg penuh dengan mandatory item. Haish. Lesson learnt. Next run, aku nak gantung cawan guna carabiner kat beg. Senang sikit nak capai.

Oh lupa nak jot down, view air terjun kat sini awesome! Tapi tak boleh mandi. Kawasan cerun & bahaya. Lagipun, Cameron kot. Serjukkk.

Trek lepas CP3 lalu kawasan kebun sayur. Lalu sini buat aku hampir sesak napas sampai terpaksa tutup hidung guna buff. Bau racun serangga kuat betul. Tetiba aku boleh terfikir camne aku boleh makan sayur2 yang penuh dengan racun serangga yang aku selalu beli kat supermarket. Dan tetiba aku rasa terfikir yang sayur2 ayah aku tanam lebih selamat untuk dimakan.

Keluar dari kebun sayur, kena lari atas tarmac pula. Kat sini memang hazabbb. Trek menaik dan menaik. Hampir impossible untuk lari. Aku try gak lari2 anak, tapi stress tengok runners lain yang berjalan lagi laju dari aku lari. Boleh?

Kat sini perut dah start lapar. Ekceli dari turun gunung Berembun lagi aku dah lapar. Orang lain dah start consume power gel/power bar. Aku tak lalu makan benda2 camtu. Boleh muntah. Silap2 bonk terus. So, sambil berjalan lenggang kangkung layan road yang mencanak, aku keluarkan sneakers. Makan separuh sambil minum air kosong. Tu je pun yang aku boleh makan sambil berjalan.

Ni otw nak ke CP5 (dah u-turn)


Sampai CP4 (Boh Guardhouse) pukul 10pagi. Jumpa Wani kat sini. Dia u-turn kat CP4 untuk kategori 25km. Kat sini baru aku keluarkan cawan. Minum air 100 plus. Nak makan lagi, tapi organizer sediakan biskut ja. Tak lalu. Kering tekak nanti. Aku gi amik dropbag. Keluarkan buah jambu sebijik. Makan sambil duduk luruskan kaki.

Runner lain dalam dropbag ada kasut spare, baju spare, power gel.. tapi aku.. Dalam dropbag aku just bubuh makanan (buah jambu, buah strawberry, chocolate bar & air redbull).. haha.

Habis makan buah jambu, aku sambung lari lagi. Eh, bukan lari tapi jalan lagi. Elevation kat sini lebih 1400m. Trail jenis gravel. Berbatu. Aku just buat power walk/hike.

Again, aku punya power walk takdelah laju mana. Selamba je sorang awek Chinese ni overtake aku. Dia jalan je pun.. tsk. Aku jadikan dia pacer. Cuba maintain ikut pace dia. Tapi aduyai.. dia memang laju. Tak daya nak saing dekat2. Jarak dia dengan aku dalam 300 meter. Bila turun bukit, baru boleh lari. Itupun aku still tak boleh catch up dengan awek Chinese tadi. Haish.

Nih pun gambar otw ke CP5. Cover dada.. breast nampak besar gila pula dalam gambar ni. Almost seharian tak pump.


Trail naik menyampaikan ke CP5 boleh tahan tough. Turun naik tepi2 ladang teh. Nasib baik la view cantik & cuaca redup & sejuk. Kat sini aku berselisih dengan winner kategori 50km. Tak jauh belakang dia, aku jumpa Botak. Dia first runner-up. Sempai hi-bye je. Lepas tu ramai jugak lah peserta lelaki yang dah start u-turn untuk ke finishing line. Cuma peserta perempuan je aku tak nampak lagi.

Kat CP5 (Boh cafe), aku makan 3 slice buah oren & duduk kejap luruskan kaki. Kat sini memang tempat public. Ramai tourist. Tempat solat pun ada.

Route ke CP6 pastu memang hazab. Masa tu dah almost tengahari. Panas woo.. Takde tempat teduh. Yang ada just pokok2 teh. Haish. Tapak kaki rasa macam nak hancur berlari atas batu2 gravel.

Kat sini aku jumpa Sam. Ada gak la geng borak. Boleh alih perhatian sekejap dari fikir tentang trek yang hazabb.

Kat sini jugak aku jumpa first runner perempuan 50km dah start u-turn ke finish line. Aku kira sorang demi sorang sampai la je CP6. Ada 18 orang semuanya (campur kategori open & veteran)

Lega sangat bila sampai CP6. Jam tepat pukul 12 tengahari. Kat sini organizer sediakan megi in cup. Aku capai satu megi ayam, pastu duduk makan kat bawah khemah. Sempat gak la baring sekejap. Luruskan badan. Tapi tak lama sebab tetiba datang semangat aperntah dalam badan aku ni. Semangat nak berada dalam list top 20 kut.. haha.

Route lepas u-turn still hazab. Matahari tegah atas kepala. Nasib baik ada angin sejuk sekali sekala.

Pace masih maintain. Kaki tak ada masalah. Cuma perut still lapar. Megi tadi pun bukan aku habiskan. Tak lalu la nak makan mender camtu time lari. Organizer cakap ada sup nasi impit.. rupanya menu tu kat CP route 100km. Kempunan aku. Ceis.

So, makan je lah sneakers yang tinggal separuh tadi. Legaa..

Kat sini aku perasan awek Chinese tadi dah start slow & berjalan je most of the time. Aku tinggalkan dia & try cari pacer lain. Tapi tak ada :( Kebanyakan masa aku lari sorang2 je sampai CP5 (Boh Cafe) - stop utk solat.

Lepas tu terus sambung lari ke CP4 (Boh guardhouse). Kat last killer hill ni condition badan & kaki rasa best. Especially bila dapat overtake sorang demi sorang runners lelaki. Kat sini aku baru on kan MP3 (sebab lari sorang2 - sunyi.. tapi enjoy).

Sampai CP4, aku terus amik dropbag. Keluarkan redbull satu tin. Minum sampai habis.. hahaha. Mewah betul beg aku dengan makanan.

Tengok jam, aku ada lagi 8km lagi sebelum sampai ke finishing line. Wow... Macam tak percaya okay. Another 8km left and I'm still at my best condition. Cepat2 aku simpan dropbag dan sambung lari.

Non stop aku lari sampai kat Robinson fall (CP3). Pastu lari lagi sampai keluar hutan.

Bila nampak finishing line dari jauh aku rasa teruja sangat. Ohemgeee!!! Ive made it!!!! Masa ni pukul 4.12 petang.

Finishing line dengan my hero2 kecik. 


Lebih teruja bila nampak anak2 aku jerit "Mommy, go, go, go!" sambil berlari2 atas padang ke arah aku. This one aku tak tau nak describe perasaan tu macam mana. Im a happy woman in the world!

50km berjaya dihabiskan without injury (not even a blister). Paling best, I finished strong!

Tahun depan, insyaAllah kalau ada lagi even Cultra, aku nak register untuk 100km pula :)

With my supporters yang sanggup tunggu berjam2 kat padang semata nak tengok aku sampai finishing line

Result yang tak tersangka. 
No 12 out of 55 runners bagi kategori aku.
No 95 out of 354 overall ranking (both men/women)

My ultimate race for year 2016.
My second Ultra trail marathon (after Nuang Ultra 60km)
Im stronger than I thought 
:)



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...