KENGKAWAN

Wednesday, October 12, 2016

Throwback Cultra

Masa tengah race ke CP 6 (almost 30km lari) kat Cameron aritu, ada sorang runners ikut belakang. Memula ingatkan Zol (ultra-Jol) sebab muka & saiz badan macam sama.

Aku tengok race tag kat tangan dia - warna merah. Means dia runner category 100km. Aku perasan dia pun tunduk tengok warna race tag aku. Tetiba dengar dia cakap;

"You make this run looks effortless"

Aku toleh kat dia. Tak sure kenapa dia speaking kat aku. Ada kah dia ingat aku peserta luar negara?

"Effortless?", Aku tanya dia balik.

"You don't look struggle at all", Jawab dia.

Haha.. dia tak tau aku dah separuh nyawa layan trail kat ladang teh tu.

Sempatlah suai kenal kat situ. Borak sambil berlari. Lari naik bukit. Which is so not comfortable. Ramah betul pulak dia ni. Macam2 soalan dia sampai timing pun duk tanya aku (walhal dia pun pakai sports watch juga)

Dia cakap nama dia Sam or Sham (mana2 pun boleh katanya). Okay. Lepas tanya nama aku, dia sambung lari tinggalkan aku on trek. Actually, aku slow down lari. Kacau bilau breathing aku time lari bila berbual dengan dia. Dia boleh lah.. runner 100km kut.

Maybe dia nak cari pacer or geng lari. Seriously bila lari long distance macam tu, lari dengan partner memang sangat membantu. Especially untuk elak dari fikir pasal penat. 

Anyway, bila teringat balik apa dia cakap, rasa macam compliment pula hihi.. Betul ke eh?

Belakang aku ni bukan Sam. Gambar ni masa kat CP 1 (baru 5km lari)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...