KENGKAWAN

Thursday, November 10, 2016

Carbo load katanya

Bila rest day. Bila kiddos takde homework (coz buku teks semua dah pulangkan kat cikgu). Maka dapatlah spend masa lama2 kat dapur. 

Masak untuk perut sendiri ja malam ni. Kiddos dah dinnner awal2 lagi.


Ada pisang tanduk sebiji dalam fridge. Rupa dah tak senonoh sebab dah terlebih masak. Nak goreng pun lembik. Nak buang sayang sebab ayah yang tanam. Hasil kebun ayah. So, buat lepat pisang je lah. 

Lenyek pisang kasi hancur, campur tepung gamdum, buh garam secubit, buh kelapa parut (yang putih ja), buh gula pasir sikit (optional) last skali buh gula melaka yang diracik (dadu - coz bila dah masak nanti gula melaka tu meleleh... pehhhh ~ o la la. 

Daun pisang takda. Kukus gitu je lah. Bila dah masak tabur coklat rice (optional). Nampak macam kek.. :)

Makan dengan kelapa parut / coklat / aiskrim.. dapppnyerrr kata anak2.

Dinner malam tadi. Daging pekasam masak gulai cilipadi & telur goreng ja.

Total cooking hours untuk kek lepat pisang + lauk daging + nasi + telur goreng = Setengah jam je. Laju sebab pes masak lemak cili api aku dah buat sesiap weekend aritu. Tinggal nak perah santan je.

UltraMak's Kitchen.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...