KENGKAWAN

Saturday, November 05, 2016

Compressport trail run

Another drama. My running drama. What a run without a drama kan.

Almost DNS pagi ni. Bangun pagi, suara terus hilang. Badan rasa tak larat. Try tidur balik. Tapi rasa macam tak best. So, pergi je lah.

Turn up not so bad. Ramai familiar faces kat sini. Rasa macam reunion Cultra pulak. 

Start lari, aku try maintain pace masa training, tapi tak boleh. Badan rasa berat. Tekak seriously rasa tak best. Minum air pun rasa sakit. Sampai aku refused minum air untuk first 7km. Luckily, aku dah ter biasa training LSD tanpa minum air, so takde lah suffer sangat.

Lepas 3km, masa daki first bukit, aku perasan Nanei stop. She's crying. Aku nak stop tapi runners kat belakang push kedepan. Tak dapat nak tanya dia ok ke tak. 

Sampai kat km6, aku tengok ada few runners berkumpul kat sini. Diaorang cakap tak jumpa marking. Ada Lebih empat kali kot aku lari & patah balik kat tempat yang sama. Sampai almost half runners yang kat belakang pun dah sampai & berkumpul sama. 

Ramai runners, especially yang lari 50km dah bising & marah organizer sebab tak letak proper marking. Lebih teruk bila crew yang bertugas pun tak familiar dengan route & tak tahu nak point correct way untuk runners. Nih first time aku join Compressport event. Aku tak blame organizer sangat. Benda nak jadi. Marking banyak sebenarnya. Cuma banyakkk yang dah jatuh atas tanah atau hilang. Lately hujan lebat & angin kuat. Mau tak hilang or terbang ditiup angin. 

Masa berkumpul tu, aku nampak Nanei. Dia nak DNF kat CP1. Ada few runners pun decide tanak lari. Aku pun almost nak join sekali. Lari pun dah start main2 time ni.

Sampai kat CP1, dah 9km+. Nak DNF rasa tak berbaloi pula. Sebab tinggal halfway je lagi. Little did I know the distance weren't actually 25km as what they said in the last email. It was more than 28km! Mental ok. 

Trail lepas CP1 adalah sangat enjoyable. Aku lari non stop (except masa naik bukit lah) Amazingly, I've improved my power-walk a lot. Impressed okay. I'm faster than some guys yang jalan dengan aku. No more struggling bagai nak gila while runers lain jalan effortlessly. O yeahh. Happy.

Sampai kat CP2, organiser sediakan energy drink brand Gorila. Laju je aku amik & minum. Baru seteguk, aku cecepat belek air tin tu. Kot la tu alcohol (teringat satu run ni nama dia Beer Run.. haha). Nasib bukan. 

Kat sini ada aku perasan ada sorang runner lelaki lari ikut pace aku. Kekejap kat belakang, kekejap kat sebelah aku. Cuma dia tak lari depan aku je. Maybe dia mark aku as pacer kut. Aku buat muka serious je all the way. Tanak borak2. Suara aku kan takde. Lantak la dia nak fikir aku sombong ke apa. Bukan aku sengaja. Demam kot.

Actually kan, aku rasa best pulak lari ada 'partner'. Sebab kat sini banyak anjing berkeliaran. Asal nampak anjing, aku nyorok belakang dia. Masa lalu kat tepi lembu2 besar pun, aku nyorok belakang dia. Nasib baik dia berani. Gila besar lembu kat sini. Tatotttt.

Almost finishing line aku dah start batuk2. Demam getting worst. Lari dah start slow. Stress tengok jam dah 27km + tapi still tak sampai2 finishing line. Aku expect dia akan lari tinggalkan aku la kan. Surprisingly, dia pun slow kan pace. Maybe dia tau aku tak sihat kut. Kekejap, dia toleh nak make sure aku ada kat belakang dia. Whoever he is, tenkiu so much. Sory aku tak bercakap. Suara hilang :(

Surprised sangat bila tau aku dapat 3rd place. Kelakar pun ada. Really didn't expect for it.

Despite sesat barat & demam, I do enjoy the run. Love being here. Really. I had fun :)

Another good run towards end of 2016. Yay!

Kalau ada run kat sini lagi, definitely join. Best route. 

Depan finishing line 

Thanks Nanei tolong amik gambar ni

Dapat cash voucher Compressport. Tak sabar nak redeem.

Mileage for today.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...