KENGKAWAN

Sunday, November 13, 2016

Putrajaya Night Marathon 2016

Meriah larian malam tadi.
Meriah dengan hujan
Meriah dengan kawan2.

Macam biasa, aku selalu lambat sampai starting point. Sampai2 je dah nak start lari. Maklum lah, aku mana ada geng lari. Ikut suka hati nak keluar rumah pukul berapa. Haish. Pasnih kena datang awal2 bila race. Macam malam tadi, kelam kabut keluar keta, tak perasan mp3 tak function. Kalau tau awal, dah lama aku tinggalkan dalam kete je. Buat berat je bawak 

Target race malam tadi just nak beat record 2 tahun lepas.

Aku sendiri tak tahu performance sendiri untuk full marathon ni. Lama sangat tak lari 42km. Last masa kat Singapore aritu pun tak complete. Timing disaster.

Kali ni aku try ubah cara lari. Kalau dulu aku asyik try untuk bank time, kali ni aku try untuk bank energy pula. 

Dulu aku suka save masa dengan lari laju untuk first half. Tapi end up second half, aku tak mampu kekalkan pace yang sama. Dan lagi 10km ke finishing, aku lari2 anak & sometimes berjalan (bila naik bukit). 

So, malam tadi, first 6km, aku lari pace 7.00. Memang supee slow sampai lebih dari half runner semua jauh tinggalkan aku. Sampai aku sendiri doubt dengan strategy aku ni. Betul ke cara aku lari ni? Haha.

Tapi aku tak berani nak increase pace. Lantak lah apa nak jadi. Banyak kali aku ingatkan diri, I'm not competing with other runners. I'm bere to complete with myself. 

Trust my strategy. 
Trust my training. 
Believe in myself.

Masa kat km 8, Mawi (KabusGunung) lalu kat sebelah. Dia tegur. Happy jumpa kawan lama. Kawan sepergunungan dari 10 tahun dulu. Lari sambil borak2. 

Borak dengan Mawi dapat distract aku dari fikir nak increase pace. Which is good!

Paling best, bila ada sorang runner lelaki approached nak bergambar. 

Runner lelaki: Boleh saya bergambar dengan akak?
Aku: Ha.. aapadia?
Runner lelaki: Saya nak amik gambar dengan akak. Saya suka baca blog akak. Saya pun budak gunung gak.

Owhhh.. gitu. Tetiba perasan retis.. haha. Terima kasih baca blog merapu ni. Hakak ni kalau ajak bergambar memang tak tolak punya :)

Lepas 21km, aku rasa best. Fresh. Try increase pace 6.45-630. So far takda masalah.  Kat sini baru aku rasa strategy ni menjadi. Aku start take over sorang demi sorang runner easily. Naik bukit pun relax je.

Surprised sangat bila aku boleh tinggalkan Tini kat belakang. Tak sempat nak tanya dia ok ke tak sebab ada few runnes (Botak & kawan2 dia) lari dengan dia. Crowded sangat.

Lagi 10km nak sampai finishing, aku start mental. Bukan mental sebab tak larat lari. Performance kaki still tip top. Cuma nak kejar masa habiskan 10km dalam masa sejam tu, buat aku rasa tertekan. Sejam read as, nak beat record aku tahun 2014 (5 hours 6 minutes) Route relatively flat kat sini. 

Kat sini aku tau aku tak cukup training, especially speed. Aku tak rasa aku mampu habiskan another 10km below 1 hour! Well, not after u have run 32km. Lesson learned.

Lagi 4 km nak sampai finishing, aku almost give up. Tapi ada sorang uncle runner (Chinese), lari sebelah aku. Dia macam nak suruh aku lari, tapi dia tak pandang aku or tegur, whatsoever. Cuma cara dia lari, dia macam nak aku lari dengan dia. Maybe dia perasan pace aku start slow.

Invitation accepted. He smiled. Kitaorang lari non stop sampai finishing. Surprise tengok pace kami masa lari 5.30-5.15. Aku sendiri tak sangka aku mampu lari selaju tu non-stop untuk last 4km! After running 39km?! We crossed the finishing like sode by side. Strong!

Terlebih distance untuk marathon malam tadi. 43km. Memula ingatkan sunnto aku salah, tapi Zul & geng lain pun cakap terlebih distance. Ada yang 42.9km. Ada jugak yg 44km. Ntah lah mana yang betul pun tak tau.

Timing aku untuk 43km? 5 jam 1 minit (unofficial). Mission nak pecahkan record tahun 2014 accomplished. Faster by 5 minutes. But tak berapa nak  happy coz tak berjaya buat sub 5.. hihi.

Takper, sekatang dah tahu kat mana nak kena improve. Boleh focus training kat situ.

Oh.. ada perkara weird aku tengok kat finishing line malam tadi. Coz by time aku cross finishing, timer kat situ tulis 4 jam 43 minit. Kegilaan apekah? Kalau aku tak pakai suunto, sure aku ingat aku habis race dengan timing yang super laju camtu. Pelik okay. Timer rosak ke?

Yep, finish strong. No injury. Petang ni boleh buat recovery run (provided tak hujan lah). Credit Zulhafizy Ahmad for this pic.

43km in 5 hours 1 minutes.



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...