KENGKAWAN

Thursday, December 29, 2016

Amarr orientation day!

Alhamdullilah, lepas dah dedua anak aku masuk sekolah rendah. Now Amarr dah unofficially masuk darjah satu - sama sekolah dengan Ariff. 

Lega sangat. Tahun depan, senang banyakk keje mommy. Semua anak2 hantar ke taska yang sama (untuk daycare & transit). Tak perlu terkejar2 pegi BBIM, etc.

Amarr nampak nervous masa mula2 kena beratur kat padang masa perhimpunan. Tapi lepas masuk kelas, dia nampak happy & tersenyum. Dalam kelas, dia duduk kat depan sekali (aku yang suruh sebenarnya.. hihi). 

Semoga Amarr happy selalu setiapkali gi sekolah. Dan semoga dia dapat kawan2 yang baik & guru yang berdedikasi sepanjang alam persekolahan. Mommy doakan Amarr, Ariff & Aleesya berjaya dalam pelajaran & kehidupan dunia akhirat. Amin :)

Amarr queue nak masuk kelas. Dah start senyum :)

Masa kat perhimpunan. Comel je tengok dia nervous.

Rehat sekejap. Minum pagi kat kantin. Comel ja tengok anak2 yang blur2 pagi ni.. first time kena pegi sekolah :)

Buku2 latihan dah beli. Tinggal buku teks ja tak ambil lagi. Pasni, tinggal urusan pendaftaran kat sekolah agama pula. Hari ni last day untuk registration sekolah agama :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...