KENGKAWAN

Tuesday, December 27, 2016

Legoland theme park

Throwback last 2 weeks.

Tunaikan janji dengan anak2 bawak pi Legoland, Johor. Best trip at the best time coz cuaca sangat baik walaupun sekarang ni musim hujan (alhamdullilah). Paling penting, semua ride Ariff & Amarr boleh join. Kalau pergi setahun awal, maybe ada few rides yang Amarr tak lepas. Kat sini, strict sikit safety dia. Tak cukup tinggi or tak cukup umur, memang diaorang tak bagi main certain rides. Kesimpulannya, kalau nak pi sini bawa anak umur 4 or 5 tahun, better tunggu dulu sebab nanti budak frust tak dapat main dengan puas.

Even baby pun, ada few rides je yang boleh. Selebihnya, Aleesya jadi tikang tengok ja.. huhu. Tapi nasib baik dia tak pandai demand lagi. Kalau tak, sure dia sedih. 

Legoland buka pukul 10 pagi. Since tiket dah beli awal2, kami terus masuk je. Kalau tak, queue kat kaunter tiket je dah amik masa sejam. Tu tak termasuk queue untuk naik rides. Good thing, is kami pergi time weekday, so tayah queue nak maik games. Kat sini kena maksimumkan pengguna masa coz ada banyakkkkkk games & rides yang nak di explore. Kena datang awal2. 

Btw, kalau nak bawa bekal makanan kat theme park ni, depa tak bagi. Depa cek beg tau (kalau waterpark je depa kasi & tak ada beg checking). Makanan kat dalam ni agak pricy dan paling tak best, menu western sesaje. Tapi aku bawak gak bekal nasi. Letak dalam beg Aleesya.. hihi. Diaorang tak cek beg baby :)


Port mesti posing


Lego maskot Maybank.

Amik gambar lesen. Kena belajar cara memandu sebelum pi driving

Amarr pulak amik gambar

Pandai betul depa ni belajar undang2 jalan raya

Naik bot

Disebabkan Amarr 6 tahun, almost semua rides kena ada adult yang teman. 

Ni pertandingan padam api. Kena naik kereta & drive sampai kawasan kebakaran pastu kena pam air utk padamkan api

Macam solero shoot kat genting dulu2 tu. Ariff & Amarr memula rilek ja.. sampai atas tu.. cuak muka masing2.. haha

Ride ketapi.. toot.. toot... 

Ni tough sikit coz kena panjat sambil tarik tali. 

Tempat main lego kecik2 ni berlambak.. aku masuk pun sebab nak aircond je.. 

Naik kuda

Ariff in action

Isi minyak penuh ya bang

Ariff depan castle. Dalam ni ada rides macam roller coster

Amarr yang tak takut langsung naik rides camni.. siap lepas tangan okay.

Depan studio starwars

Kat dalam ni just banyak figurin lego star wars ja.. macam.muzium

Main baling tin. Daddy got us one big soft toy!

Tataw apa nama ride ni

Suka sangat kiddos dapat main semua games & naik semua rides

Ada banyak lagi games yang aku tak sempat amik gambar sebab sibuk breastfeed Aleesya. 

Miniature area :)

Themepark tutup pukul 7 petang. Dan pukul 7 jugak lah baru kami keluar dari situ. Mission accomplished. Semua games berjaya di conquer. Kiddos puas hati. Mommy sakit kaki.. hihihi. Aleesya pula, sangat behave. Next year kita gi lagi okay.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...