KENGKAWAN

Monday, January 09, 2017

Aleesya yang bijak

Lately Aleesya suka tolong mengemas. 

Bila nampak aku kemas beg breaspump, Aleesya akan amik botol2 storage & pass kat aku. Kadang2 tu aku tak perasan pun. Tau2 je dah ada dua or tiga botol storage kat tepi beg breaspump ( dia longgokkan kat situ sebab dia tak boleh masukkan dalam beg sebab ber-zip. So, dia letak kat tepi je) Impress sangat tau. Usia baru setahun dua bulan, tapi cepatnya faham apa yang orang buat.

Lately jugak, Aleesya suka kemas beg (Princess Elsa) dia. Dia akan letak semua barang yang dia suka kat dalam tu. Konon nak ikut style abang2 la kut. Packing bag nak bawak gi sekolah. 

Yang buat semua orang kelam kabut, bila semua benda2 penting macam kunci rumah, kunci keta, handphone semua Aleesya masukkan dalam beg dia.

Macam pagi tadi, melilau Mamoru cari handphone dia. Satu rumah cari tak jumpa. Nasib baik aku teringat yang Aleesya suka collect barang2 yang dia suka & simpan dalam beg comel dia. Bila cek beg comel dia tu, memang ada pun handphone Mamoru kat situ.. 

Haish. 

Tak dannn nak kata apa. Takde siapa mampu marah si cantik Aleesya. Pasrah je lah.. :)

Aleesya yang cantik & bijak :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...