Saturday, February 25, 2017

Shah Alam Half Marathon 2017

Lat aku lari kat Shah Alam was 3 year ago. Lupa pulak kat sini route bukit killer. Uwaaa.. semputtt!

Sejam pertama berlari dalam hujan. Lencun. Kasut pun basah. Mental tau. Berlari malam2 taim hujan.

Managed to complete the 21km race in 2 hours 4 minutes. Placing no.7 under women open.

7th female

Lencun habis.. kikiki

Thursday, February 23, 2017

Kedai bunian

Lunch kat sini memang tersangat best. Kedai makan ni jauh gila kat dalam kawasan kampung area Bangi. Dia buka time weekdays ja. Weekend buka juga tapi untuk breakfast menu ja.

Kalau keje kat KL memang tak merasa lah lunch kat sini. Gila jauh nak meredah jem. Kebetulan ahkak cuti keje coz survey route Powerman (kiki..gigih kan?) So, merasalah lunchie kat kat sini.

Sedap okay. Menu dia berbeza setiap hari. Konsep makan pun berhidang. Best!

Set menu yang berbeza setiap hari

Mamoru & the lauks pauks.

Lets eat carbs! Nyumss!

Training for Powerman

Doesn't have much time to train on bike. Got less than 2 weeks before the event date. Whatever it is, I just gotta give it a few tries.

Bought this triathlon top from Compressport. Cost me a bomb jugak lah for this little piece. As an investment for my future triathlon event.. hihi. But for now, will rasmikan for my powerman dualthlon event.

Trying my new entry bike. This one also not cheap okay. Haish. Good this is, boleh guna all the receipts buying all sports things to claim back from income tax.. hihi

With Mamoru yang patiently teman aku training pagi ni. 

Live life to its fullest 💪💪

Wednesday, February 22, 2017

Your only limit is you.

Happy dengan last night punya training. Happy but not satisfied :)

Will be on leave this Thursday & Friday.. to concentrate on my training.

Can't wait!

Sunday, February 19, 2017

BBR Trail Run at Bandar Sungai Buaya Rawang

Trail run yang pertama dalam tahun ni. Dekat je pun 10km (tapi actual distance 12km).

Seronok lari kat sini. Tak teknikal sangat route dia. Lalu kawasan denai, ladang kelapa sawit & yang paling best lalu kawasan kebun.. view dia subahanallah. Cantik! Tapi rugi takde photographer kat area ni. Kalau amik gambar, serious cantik.

Aku rasa aku underperformed kat sini. Takut nak push my limit. Takut hit the wall.

Ntahlah. Kena work on my speed lagi. Kena betul2 prepare. No excuse allowed at the starting / finishing line. 

Aku dapat no.9 kategori women veteran. 12km in 1:15.. terrible timing :(

Kat finishing 

Dapat cash RM50 for 8th placing

Peneman setia arini ;)

Race results

With top 10 winners under veteran open category

My mini with finisher medal

Saturday, February 18, 2017

Kepenatan

Kes nak collect race kit untuk BBR trail run.

Organizer just tulis collect kat Sek. Keb Sungai Buaya. Tapi tak tulis kat mana. Aku search website & FB pun takde tulis kat mana letaknya sekolah tu.

Aku pun google. Map cakap sekolah tu kat Banting. Maka ke Banting lah aku. Sejam ok drive. Sampai sekolah, guard kat sekolah cakap takdak apa2 event pun organize kat situ. Uwaa..

Google lagi.. jumpa lagi satu sekolah nama yang sama. Cuma kat Rawang pulak. So ke Rawang lah aku. Drive sejam 15minit dari Banting.

Sampai sekolah kedua, pun takdak apa2 berlaku. No event, no nothing. Aku da mula rasa organizer ni pentipu kot.. tsk.

Frust tau. Drive sama sini bawak 3 anak imut sekali. Nasib baik semua behave dalam keta.

Dalam 5km dari sekolah kedua tadi aku pun pusing2 la cari kedai makan. Nak  bagi kiddos & Aleesya makan. Dalam pusing2 tu jumpa tempat collect race kit. Nama sekolah yang sama!?

Adoyai.. ada banyak rupanya sekolah kebangsaan sungai buaya kat dalam selangor ni. Setakat yang aku jumpa tadi je ada tiga okay.

Exhausted drive arini. Haish. Camner nak lari esok ni?

Nangis. 😢😢😢😢

Friday, February 17, 2017

New ultra-running event kat Melaka

Aku tak suka lari ultra-road. Tak pernah try, tapi aku rasa, aku tak suka kut. Lari atas tar lama2 buat kaki rasa nak terbakar. Kalau cuaca panas, memang sangat mencabar fizikal & mental.

Tapi untuk upcoming Melaka Ultra ni aku kasi exception. Sebab lari kat hometown sendiri!

Aiming for 100km. InsyaAllah.

:)


Note: Hari ni ada ultra trail kat Koh Chang, Thailand. Dunno why aku rasa macam semangat aku turut berlari dengan kengkawan kat sana :)

Tuesday, February 14, 2017

Night ride

Riding a bicycle is easy peasy

I'm loving this new sports ❤

Yours truly in action.

Saturday, February 11, 2017

Aleesya sayang

Muscles tight. Roller session with coach Aleesya this evening.

Much love!

Friday, February 10, 2017

Road bike

Mamoru bought me this one as anniversary gift. Entry road mike for my first dualthlon

Thank you so much, Mamoru!

xo!

Aleesya playing with the tent

The good thing buying road bike in here is the lifetime warranty :)

Thursday, February 09, 2017

Jenjalan naik cable car

We're among the earliest people yang merasa naik cable car baru kat Genting Highlands. Cable car lama kat Gohtong Jaya tu dah tak beroperasi lagi. Yang baru ni terletak kat Awana.

And.. kawasan canle car no pun besar.. siap ada Genting premium outlets okay. Shopping sampai pingsan.

Cuma nothing much kat puncak Genting coz still under construction lagi..

Cable car bari ni lagi tinggi.. lagi thrilled & banyakkk pitstops :)

Si cantik kesayangan dengan baju tradisi vietnam hadiah dari Pak Ngah & Mak Ngah

Puteri cantik, nak pergi mana?
Dah ada self service tiket machine untuk beli tiket skyway

Semua pakai baju hadiah dari Vietnam

Wednesday, February 08, 2017

Morning run at Genting

Serjukkkkk.

Tapi lari, tetap lari.. hihi.

Morning from Genting Highlands ❤

Stretching after run


Lepas lari, bawak kiddos mandi kat pool ❤

Tuesday, February 07, 2017

Happy 9th anniversary!

Its our 9th wedding anniversary!

Almost a decade of ❤

Excited tengok kek.. hihi

Blow the candles

Cake cutting session

Happy anniversary, Mamoru!

Weekday at Genting View Resort

Just arrived!

Going to spend our short gateway kat Genting Highlands. Bawak kiddos pegi jenjalan. Lama tak stay hotel kata depa. 

Amboihhh.

Maka ke hotel la kami menunaikan permintaan kiddos.

Trying out the mesin penimbang. Scale ni untuk mommy sebenarnya. Tapi biasalah, tukang rasmi tu ramai.. hihi

Hepi sokmo!

My heroes & heroin

Yang kecik tu kemain baca manual instruction

Puteri nan seorang..❤

Training week

Tough week.

Training non-stop dari hari Sabtu lepas.

Semalam, tapak kaki rasa stress. Bukan sebab training, tapi sebab pakai heels sekerat hari sambil dukung Aleesya dalam baby-carrier. Supposed aku pakai flat - so boleh avoid injury sebab kaki tengah stress training non-stop. Tapi ngade nak look good in heels sangatt, maka mendapat la kan.. tsk.

Dah almost nak rest dari training malam tadi, tapi tetiba petang tu dah tak terasa lagi 'ball' kat tapak kaki. Terus tak jadi nak rest.. teruskan training.. huhu. Tapi, berhati2 jugak lah time lari

Alhamdullilah, lepas lari tak rasa apa pun kat tapak kaki.

Happy!

Malam ni sambung lagi :)

Registered myself for my first ultra 50km this year. A good training ground for my upcoming  virgin 100km. 
Wish me luck!

Sunday, February 05, 2017

Kiddos day out

After hectic weekdays with works, trainings & schools, we decided to spent our weekend jalan2.

Went to Mid Valley, our usual place to hang out. Malas nak panas2 kat luar.. hihi.

Ariff buat wall climbing. He was the fastest kid yang panjat sampai atas in less than 22 seconds. Other kids amik masa more than 30 seconds. Amarr pun not bad.. His timing was 25 seconds. At first aku ingatkan both of them will never reach even half of the wall. Sebab tengok budak2 lain lagi besar dari depa pun macam susah nak sampai atas. I shouldn't underestimate them. Tsskk. Im sooo happy and proud sangat bila parents lain tengok dua orang budak kecik ni memanjat dengan laju & confident!

Lepas penat main, kita lunch kat Tony Romas pulak.
Makan time!

Jemput makan ❤

With giant Deuter bag

Amarr in action.

Ready nak panjat

Try wall lain pulak

My heroes

Gambar tunggang terbalik.. ni masa baru keluar rumah

Abang belayer tengah setting harness kat badan Ariff

Mommy & little princess

Amarr yang super excited

Ready.. get set..

Look at me.. I am spiderkid!