KENGKAWAN

Saturday, February 18, 2017

Kepenatan

Kes nak collect race kit untuk BBR trail run.

Organizer just tulis collect kat Sek. Keb Sungai Buaya. Tapi tak tulis kat mana. Aku search website & FB pun takde tulis kat mana letaknya sekolah tu.

Aku pun google. Map cakap sekolah tu kat Banting. Maka ke Banting lah aku. Sejam ok drive. Sampai sekolah, guard kat sekolah cakap takdak apa2 event pun organize kat situ. Uwaa..

Google lagi.. jumpa lagi satu sekolah nama yang sama. Cuma kat Rawang pulak. So ke Rawang lah aku. Drive sejam 15minit dari Banting.

Sampai sekolah kedua, pun takdak apa2 berlaku. No event, no nothing. Aku da mula rasa organizer ni pentipu kot.. tsk.

Frust tau. Drive sama sini bawak 3 anak imut sekali. Nasib baik semua behave dalam keta.

Dalam 5km dari sekolah kedua tadi aku pun pusing2 la cari kedai makan. Nak  bagi kiddos & Aleesya makan. Dalam pusing2 tu jumpa tempat collect race kit. Nama sekolah yang sama!?

Adoyai.. ada banyak rupanya sekolah kebangsaan sungai buaya kat dalam selangor ni. Setakat yang aku jumpa tadi je ada tiga okay.

Exhausted drive arini. Haish. Camner nak lari esok ni?

Nangis. 😢😢😢😢

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...