KENGKAWAN

Saturday, June 24, 2017

29 Ramadhan 1438H

Hari terakhir puasa dalam bulan ramadan tahun ni.

Dari subuh tadi masih di dapur kecil di rumah KL. Memasak.

Tahun ni turn beraya di Kuala Selangor. Plan balik sana petang ni. Balik awal pun, tak ada orang. Still aku sorang2 yang masak kat dapur nenek Mamoru. 

So, better masak siap2 kat dapur sendiri pastu bawa balik kampung. Mamoru pun lebih suka aku masak kat umah sendiri. Senang katanya. Kalau masak kat rumah nenek, nanti dia kena jadi orang kerahan sebab tak tahu kat mana letak kuali periuk belanga semua.. haha.

Family Mamoru tak ramai. Kalau campur jumlah adik beradik Mamoru dengan sepupu sepapat dia still tak boleh celen jumlah adik beradik kandung aku. Kalau balik sana sekarang, memang tak ada orang. 

Lauk pauk untuk pagi raya dan lauk berbuka untuk dibawa balik kuala Selangor satgi:

1. Rendang hijau melaka
2. Masak lodeh (lontong)
3. Sambal bilis
4. Bubur kacang hijau campur durian
5. Kek batik
6. Kek lapis
7. Ikan tuka bakar

InsyaAllah, raya kedua akan berada di Melaka pula.

Selamat hari raya buat semua dan maaf zahir batin.

💋💋

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...