KENGKAWAN

Thursday, July 20, 2017

Data overload

I havent got the time to think about my first attemp to run 100km ultra trail marathon in Cameron Highlands this Saturday. No time at all.

Dalam kepala penuh dengan data UAT, datelines, submission, meeting etc etc..

Good thing is, aku tak sempat pun nak rasa nervous. Tak sempat nak fikir pasal hazab nak berlari 100km dengan cut off tine 29 jam. Takde rasa apa langsung.

Tapi the bad things is, aku tak packing lagiiii.. sila menangis dalam hati. Tskkk..

Plan nak gerak ke Cameron malam ni. Tapi tolak tambah masa ambil untuk packing dan cari barang2 last minit, confirm subuh esok baru bertolak kot.

Haish.

Right. Sambung keje balik. Harap sempat siapkan semuanya. Kalau tak, balik malam lagi la nampaknya.

Wednesday, July 19, 2017

Energy drained

Acaner ni?

Cultra belum start tapi badan dah lemau.

Harini full contrentation buat keje. Break pun masa birthday celebration tadi.

Nak kejar dateline punya pasal. Pukul 8.30 malam baru keluar ofis.

Penat otak oii. Lari full marathon pun tak penat sampai camni.Dah berapa minggu asyik balik keje malam je.

Serious tough. Terpaksa curi2 masa lari at odd hours and weird places.

Lucily, its tapering week this week before cultra raceday this Saturday. So, no more long run. No more running 20km almost everynight.

Cuma, plan untuk rest dan dapatkan tidur yang cukup masih tak kesampaian.

My work is killing me. Tak cukup dengan keje kat ofis, terpaksa bawak balik ke rumah. Sambung hadap data sampai subuh 😭😭😭

Worried about my race this weekend - Im lack of rest/sleep.
Worried about work - datelines!
Worried about lots of thing ☹️☹️

Ok. Enough membebel. Nak sambung siapkan keje. Bersusun dateline nak kene kejar.

Makanan masa birthday celebration tengahari tadi. Tenkiuu collagues, siap belikan kek, dan bersusah payah masak & bawak makanan dari rumah. Sedappp. Puas carboload siang tadi.

Geng2mulut lazer tapi baik hati budi

Tenkiuu girls! ❤️❤️

Monday, July 17, 2017

17.7.17

Cantik kan tarikh ni. Secantik orang yang lahir pada tarikh ni kan kan.. haha.

Tak berenti notification kat fb & whatapps dari tengah malam tadi sampai sekarang ni.

Terima kasih semua. Tak sempat nak reply. Terima kasih juga atas wish & doa. Aminnn.

❤️

Sunday, July 16, 2017

Throwback

Last Friday.

My Imams. All 3 of them.

Ariff: Mommy, Allah yang jadikan orang kafir kan dengan Allah jadikan orang Islam juga kan.
Me: Ya. (Jawab sambil tengok henfon)
Ariff: Mommy orang kafir masuk neraka ya? Orang Islam masuk syurga kan.
Me: Ya, sayang.
Ariff: Tapi kenapa Allah jadikan orang kafir untuk masuk neraka? Kenapa tak jadikan semua orang Islam, boleh semua masuk syurga.

Terus letak henfon dan tarik dia duduk depan aku. This one requires serious conversation. 

Told him, Tuhan jadikan semua babies yang lahir kat dunia baik & suci. Bila baby tu dah besar, kalau dia lahir dalam family kafir, dia boleh buay pilihan untuk masuk islam, so dia boleh masuk syurga. Kalau dia still tak mau masuk islam, dan pilih untuk jadi kafir, then its his choice. Dan kalau dia masuk neraka, its not Tuhan to be blamed why dia masuk neraka ☺️☺️

#My8yearsOldBoy

❤️❤️❤️❤️❤️

Ariff & Amarr

Kena dengan teks khutbah ❤️

Saturday, July 15, 2017

Weekend is for kiddos

No running today.

Daddy pegi daypack hiking Bukit Kutu kat KKB.

Mommy layan kiddos buat inddor xtvt kat rumah sambil memasak je lah.

Mommy masak, kiddos makan.
Kiddos makan, mommy masak.. ❤️

Buat spaghetti carbonara, baked macaroni, oreo truffle & kek batik. Nak buat biskut cornflakes tapi tak sempat sebab Aleesya ajak main tulis2.. hihi. Aleesya tak pandai menulis lagi. Menconteng pandai lah. Pastu bebel2 pasal apa yang dia conteng tu. So, layankan.

Lewat petang, bawa semua gi turun swimming pool. Elok lah tu. Boleh Mommy join buat recovery dalam pool.

Lets mandi!

Tengok tu, tak menyempat abang2 dia nak buka selipar, dia dah laju nak terjun masuk pool.

Eh camne buat jari peace eh?

Semua kena pakai floaties.. hihi

Lepaskan caye.. caye nak mandi dalam pool!

Swimming pool, here I come!!

Gambar masa mandi takde, mommy kene kosentret jaga si Cantik. Dia tak pandai berenang lagi. Abang2 dah pandai berenang.

Monday, July 10, 2017

Raya lagi

Lepas lari semalam, buat recovery walk a.k.a berjalan raya.

Sampai ke Kuala Selangor kami berjalan.

Best melawat rumah kawan2. Sharing info deco rumah, info busniess. Mencurah2 idea datang. InsyaAllah.. soon!

Almost maghrib baru sampai KL. Kiddos semua pukul 8 ++ dah pingsan. Semua tidur awal.

Percubaan amik family photo

Semua tanak bergambar. Sibuk nak gi bermain. Aleesya pun sama..haha

Daddy layan main buaian

Manja tau.. asyik nak daddy je dia ni. Nak susu je datang kat mommy.. gewam.

Happy dapat main batu.

Kepenatan.. ❤️

Amboiii..

Weee...

Sunday, July 09, 2017

Done LSD Hulu Langat Marathon

Hulu Langat Marathon 42km 2017.

Best sangat!

Water station meriah dengan buah-buahan : Pisang, tembikai, nangka, durian, rambutan, kek & kelapa muda. Kat finishing pulak, ada buah-buahan, air sirap, isotonik, cendol & nasi briyani.. kuih raya takde.. haha.

Cuaca terbaik. Redup je. Hujan lebat masa 5km towards finishing. Hujan sekejap je. Tapi lencun jugak lah.

Timing 4:59 (unofficial). Jadi lah kan. Kata nak LSD je. Lagipun aku takde rest langsung. Non stop training sampai hari ni.

Nak push boleh tapi takut amik masa lama untuk muscle to recover. Aku takde masa nak rest lama2. Tinggal seminggu je lagi untuk training cultra sebelum taper week.

Empat hari sebelum marathon ni, total mileage gain 65km (since Rabu). Termasuk hari ni 107km (for 5 days). Still kurang mileage.

Tapi kalau tengok performance hari ni, I feel great! InsyaAllah boleh complete 100km cultra. Cuma tak sure berapa jam aku akan ambil untuk complete the whole race. Hopefully Im not the last to finish.. haha.

Habis lari terus balik umah. Mandi sat pastu masak lauk sambal udang, sup telur & nasik. Superwomen sangat kan.. haha. 

Now anak2 dah kenyang, jom pi open house. Raya kan sebulan ❤️

Saturday, July 08, 2017

Kalau dah rezeki

Orang baik dalam dunia ni memang rare. Susah nak jumpa. Kalau yang pretend baik melambak.. haha.

Isnin aritu aku beli buah- buahan kat supermarket Hero. Masa nak gi kat parking, aku singgah kat gerai apam balik tepi JPJ Bandar Sri Permaisuri. Sedapp woo apam balik kat situ. Meriah dan melimpah ruah bahan-bahan dalam apam balik yang dia buat. Aku paling suka apam balik coklat.. melelehhh okay!

Masa kat gerai tu aku leka tengok sorang budak lelaki baya Ariff. Dia nak beli 5 apam balik kecik (satu apam balik kecik harga lima posen. Tapi duit dia just boleh beli 2 je kot). Masa nak balik, aku kasi budak tu duit raya, pastu terus gerak pi keta. Tak perasan tertinggal satu plastik besar buah-buahan kat gerai tu. Dah malam baru teringat.

Aku bajet, pakcik tu sure simpankan dan aku boleh collect esoknya. Tapi, start dari hari Selasa sampai Jumaat, aku balik keje lambat. Malam baru sampai parking keta kat Permaisuri. Gerai apam balik pun dah tutup.

So, start dari petang selasa lagi aku dah niat sedekah je lah.

Pagi tadi, aku lari kat Tasik Permaisuri. Masa nak balik, aku nampak pakcik yang jual apam balik tu buka gerai kat area playground. Rupanya weekend dia bukak gerai kat Tasik Permaisuri. Weekday kat JPJ.

Aku singgah tapau apam balik sebelum balik rumah. Bila nampak je muka aku, pakcik tu terus suruh aku tunggu jap, dia nak balik umah amik plastik buah yang aku tinggalkan kat gerai dia.

Aku macam terkejut. Biar betul dia simpan sampai hari ni. Dekat seminggu kot aku tertinggal buah tu. Aku refused nak amik sebab dah niat sedekah kann.

Aku tanya kenapa tak makan je. Takut buah manggis tu keras, nanti tak boleh makan. Wife pakcik tu cakap, tak berani nak makan. Kalau orang tertinggal barang kat gerai, dia akan usaha pulangkan semula. Berniaga kena jujur katanya, baru rezeki berkat. Dia bimbang, kalau dia amik hak orang, perniagaan dia tak untung.

Semoga bertambah murah rezeki dia dan semoga aku dikelilingi orang2 macam dia❤️

Ohh, nak jot down. Tadi abang yang jual buah kat Tasik invite aku pi wedding anak dia. Aku selalu beli buah & air kat abang tu kalau lari area tasik. Dia buat majlis kat restoran Santai. Dekat sangat. InsyaAllah, aku datang 😉😉

Buah2 yang tertinggal kat gerak apam balik. Still fresh even dah dekat seminggu pakcik tu simpankan.

Homemade lunch dengan apam balik as desert ❤️

Ni status aku letak kat FB Isnin aritu. Masa aku tertinggal plastik berisi buah kat gerai apam balik.

Thursday, July 06, 2017

LSD

Dapat bib free for Hulu Langat Marathon

Didnt expect it. Especially bila dah last minit macam ni. Thanks to Mamoru for arranging it. And thank you Nea  for the bib❤️

Im a happy runner!

Now I have another LSD right before Cultra 😉

Baca infor tentang marathon ni, organizer provide water station every 3km. Mewah dengan air.. haha. Tayah bawak hydration bag.

Lebih meriah bila organizer  provide buah-buahan including durian! Amboi, amboi, amboi.. kuih raya takde ke? Haha.



Cold feet

16 days left..

For my first 100 km ultra trail marathon.

So much pressure.

Can I do it?

#cameronultra2017

Wednesday, July 05, 2017

Open department Raya

Berlari aku dari EPF building kat Jalan Raja Laut ke menara Maybank. 

Semata nak menghantar daun kadok. Penat akak. Almost 1km jalan kaki okay. Nasib baik akak rajin training lari. So bab lari tak ada masalah, cuma lari berbaju kurung dengan handbag? Hilang keayuan akak tadi 😫😫

Sempat join kawan2 se-department buat portluck raya. Akak supply daun kadok & buah mata kucing ja. Tak sempat nk masak segala bagai. Akak busy. Pagi tadi pun tak habis training dengan staff EPF.

Daun kadok tu untuk menu utama miang kham. Dapp!! Dari last week plan dengan kak sue nak buat makanan siam ni.. hihi. Menjadi jugak..

Tuesday, July 04, 2017

Out of office

Strunggling dengan kerja.

Satu paperwork dah overdue. Satu lagi due Jumaat ni. Stress kepala akak dik oiii..

Hari ni dengan esok kena berkampung kat EPF building kat Jalan Raja Laut. Ada training kat sini.

Taim bila nak siapkan keje akak pun tataw. Teringat laptop kat umah.. Haih, lupa pulak nak bawak. Akak tataw pulak lunch hour kat EPF ni sampai 2 jam lebih. Kalau tak, sure akak sempat bukak laptop siapkan paperwork..

Uwaaa...

Dua jam rehat tataw nak buat apa. Nak gi Sogo kat sebelah nia pun takde mood duk fikir keje.

Tsk.

Gambar takde kena mengena dengan cerita.. Ni gambar kat belakang rumah nenek.. PakNgah tadah air nira pokok kelapa. 

Masak dodol

Throwback.

Aktiviti rasmi setiapkali dibulan puasa - mengacau dodol.
Untung adik beradik lelaki ramai. Senang nak buat keje.

Nampaknya aktiviti ni akan berterusan sampai ke generasi seterusnya coz cuci ayah ramai lelaki. Senang nak dapatkan kerahan tenaga. Harap semua cucu ayah rajin2 belaka.

Jumlah cucu ayah setakat ni 18 orang. Perempuan 6 orang je tau.. yang lebih 12 orang tu semua lelaki.

Next year turn beraya kat Melaka pula. Tak sabau. Sure meriah. InsyaAllah. Semoga diizinkan Tuhan untuk kita spend masa sama lagi hingga ke hari tua ❤️❤️

Adik no.2 a.k.a Pangah tengah mengacau.. siap pakai overall cover kaki.. takut dodol terpercik. Dodol panas kalau terpercik, boleh hilang bulu kaki okeh.

Adik no.4 tengah cedukkan dodol cair untuk santapan Kalong dia yang comei.. hihi. Cousin Sapik amik turn mengacau.

Ni masa baru jerang tepung pulut ngan santan. Nenek ngan ayah mandor kawal kualiti.

Meriah part mengacau ni. Start masak dodol dah malam. Pukul 3 pagi baru siap tau.. 

Sambut birthday Ayah yang ke-62

Semoga ayah dipanjangkan umur, dikurniakan kesihatan yang baik, dilindungi dari segala perkara yang tak diingini dan semoga ayah sentiasa happy je ❤️❤️

Allah selamatkan ayah.. Allah panjangkan umur Ayah.. Allah lindungi Ayah.. Allah kurniakan kebahagiaan pada Ayah..

Yours truly nak menempel jugak.. haha

My heroes tengah mengecat pagar rumah masa bulan puasa aritu.

Sunday, July 02, 2017

BBQ pulak

Throwback malam tadi.

Lepas makan, makan je keje nya. Lepas settke kenduri, layan BBQ satay & kambing pulak. Semua homemade. Seddapp sangat!

Best adik beradik gamai ni. Buat simple2 pun meriah kemain.

Sakan kiddos main bunga api. Main dengan pengawasan Pak Ngah.

Aku just beli bunga api kucing (jenis besi tu) & mercun pop baling2 je. Yang lelain memang tak kasi kiddos main. 

Pak Ngah mengawal ketat

Punyalah banyak satay yang dapat dibuat dengan 3 ekor ayam. Makan sampai puas.

Dengan ayah, adik2 & cousin.

Seddapp sangat!

Selamat hari raya semua!

Saturday, July 01, 2017

7 Syawal 1438H

Kenduri di Melaka.

Subuh2 dah siap cecantik semata nak duduk kat dapur potong bawang.. hihi.

Redho je baju terpercik minyak, bau belacan segala tau. Tapi, akak kalis bau-bauan masakan coz setengah botol perfume akak dah spray kat badan siap2. Wangi sampai petang ❤️

Posing belakang umah nenek

Meriah kat dapur

Selamat hari raya ❤️

Sambal belacan akak buat semangkuk pink besar habis licin tau. Nenek siap mintak resepi! Like seriously, my nenek yang akak kagumi kepakaran memasak mintak resepi sambal belacan dari akak! 😱😱

Wishlist akak nak rumah dapur besau luas supaya senang nak buat kenduri kendara. Selain berlari dan memanjat gunung, akak suka masak dan jamu orang makan.

Tengah masak pun comei.. (masuk bakul angkat sendiri haha)

The husband, siblings, step & granny

Kelas kan posing sambil memasak. Redho je nenel akak tengok perangai cucu2 dia..

Makan bawah pokok jambu.. feeling sangat.

Dulang feveret akak. Klasik.

Bergambar atas kui. Ni tempat simpan padi zaman dulu2 tau. 

Posing raya ke-7

Ada orang cakap baju akak style 60-an. Eh, akak suka tau baju zaman dolu2. Klasik.

The kiddos & their mak sedara & cousins. Kemain Ariff.. main ukulele sambil nyanyi lagu cinta. Oh, akak pengsan.

Ada macam model tak akak pose? 

Gadis ulam. Gadis ke? Haha.. Ni pucuk tenggek burung. Petik kat belakang umah.

The kiddosa lagi

Kecik2 akak dah train memasak tau.. hihi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...