KENGKAWAN

Sunday, July 09, 2017

Done LSD Hulu Langat Marathon

Hulu Langat Marathon 42km 2017.

Best sangat!

Water station meriah dengan buah-buahan : Pisang, tembikai, nangka, durian, rambutan, kek & kelapa muda. Kat finishing pulak, ada buah-buahan, air sirap, isotonik, cendol & nasi briyani.. kuih raya takde.. haha.

Cuaca terbaik. Redup je. Hujan lebat masa 5km towards finishing. Hujan sekejap je. Tapi lencun jugak lah.

Timing 4:59 (unofficial). Jadi lah kan. Kata nak LSD je. Lagipun aku takde rest langsung. Non stop training sampai hari ni.

Nak push boleh tapi takut amik masa lama untuk muscle to recover. Aku takde masa nak rest lama2. Tinggal seminggu je lagi untuk training cultra sebelum taper week.

Empat hari sebelum marathon ni, total mileage gain 65km (since Rabu). Termasuk hari ni 107km (for 5 days). Still kurang mileage.

Tapi kalau tengok performance hari ni, I feel great! InsyaAllah boleh complete 100km cultra. Cuma tak sure berapa jam aku akan ambil untuk complete the whole race. Hopefully Im not the last to finish.. haha.

Habis lari terus balik umah. Mandi sat pastu masak lauk sambal udang, sup telur & nasik. Superwomen sangat kan.. haha. 

Now anak2 dah kenyang, jom pi open house. Raya kan sebulan ❤️

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...