Tuesday, July 04, 2017

Masak dodol

Throwback.

Aktiviti rasmi setiapkali dibulan puasa - mengacau dodol.
Untung adik beradik lelaki ramai. Senang nak buat keje.

Nampaknya aktiviti ni akan berterusan sampai ke generasi seterusnya coz cuci ayah ramai lelaki. Senang nak dapatkan kerahan tenaga. Harap semua cucu ayah rajin2 belaka.

Jumlah cucu ayah setakat ni 18 orang. Perempuan 6 orang je tau.. yang lebih 12 orang tu semua lelaki.

Next year turn beraya kat Melaka pula. Tak sabau. Sure meriah. InsyaAllah. Semoga diizinkan Tuhan untuk kita spend masa sama lagi hingga ke hari tua ❤️❤️

Adik no.2 a.k.a Pangah tengah mengacau.. siap pakai overall cover kaki.. takut dodol terpercik. Dodol panas kalau terpercik, boleh hilang bulu kaki okeh.

Adik no.4 tengah cedukkan dodol cair untuk santapan Kalong dia yang comei.. hihi. Cousin Sapik amik turn mengacau.

Ni masa baru jerang tepung pulut ngan santan. Nenek ngan ayah mandor kawal kualiti.

Meriah part mengacau ni. Start masak dodol dah malam. Pukul 3 pagi baru siap tau.. 

Sambut birthday Ayah yang ke-62

Semoga ayah dipanjangkan umur, dikurniakan kesihatan yang baik, dilindungi dari segala perkara yang tak diingini dan semoga ayah sentiasa happy je ❤️❤️

Allah selamatkan ayah.. Allah panjangkan umur Ayah.. Allah lindungi Ayah.. Allah kurniakan kebahagiaan pada Ayah..

Yours truly nak menempel jugak.. haha

My heroes tengah mengecat pagar rumah masa bulan puasa aritu.

No comments: