Saturday, August 26, 2017

Bali runcation Day 2 : CSR Day

Sureeeely arini tak cukup rest. Sebab aktiviti sangat pack. Dari pagi membawak ke petang penuh jadual.

Pagi tadi pukul 5 pagi dah bangun. Kelam kabut mandi dan bersiap untuk company punya CSR event.

Kat Bali, seawal pukul 6 pagi dah terang benderang. Macam kat Sabah.

Kiddos pun kena bangun awal. Ajak pi breakfast kat hotel sesama sebelum aku tinggalkan diaorang sepanjang hari.

Jeles dengar Mamoru nak ajak kiddos naik kereta kuda jenjalan kat Kuta. Bestnya!

Pukul 8 bertolak ke Taman Beghawan. Jumpa Maybankers Indonesia. Meriah ya amatt.

Lepas habis CSR, gi lunch kat the famous restoran Minang, Natrabu. Disebabkan dah biasa makan masakan Minang kat Malaysia, tak ada lah teruja sangat. Cuma suka tengok style orang Bali hidang makanan. Nampak berselera je nak makan.. hihi.

Habis makan, kena pegi berjalan ke area Pecatu.. Dreamland Beach. Lawa gila pantai kat sini. Dikelilingi tebing2 tinggi. Ombak dia pun tingggi weh. Terkejut aku bila tetiba ombak paling besar meleru laju ke Pantai. Tak sempat nak lari beb. Basah kasut!

Kalau kat Malaysia, ombak datang kita boleh elak lompat2 je. Kat sini, memang menakutkan. Siyes. Ombak sini bukan untuk kanak2 ya. Ni ombak untuk orang dewasa. Untuk surfer. Sekali dia hempas pantai, semua orang sure jatuh macam pin bowling.

Tatut hakak.

Lepas main ombak (tengok je, tak main), pegi shopping kat Ole-ole Krishna. Nak pi shopping area ni amik masa 45 minit kalau tak jam. Mati lah, habis masa atas jalan je arini. Bila nak rest ni oii...

Ni update blog dari atas bas. On the way balik hotel. Now dah pukul 5 petang. Uwaa..

Ada few hours je lagi nak rest. Pukul 2 pagi nanti kena bersiap naik bas ke starting point. Flag off pukul 5 pagi. Kena keluar awal dari hotel sebab Bali punya traffic jem memang dasyat.

Menangis la kat dalam bas sambil berdoa esok tak DNF 😭😭😭

With balinese little dancers

My feeling right now

At Dreamland beach. Ombak besar dik non.. cuci mata je kat sini tengok buah-buahan bak kata geng runners.. haha

Lunch at Natrabu!

Dengan model2 pakaian tradisional Bali

Entrance Natrabu

Setiap kali makan, sampai 3 air aku.minum. Air alpukat (takde dlm gambar sebab belum sampai lagi), air es jeruk (limau) & air kosong.. dapppp oii..

Tengok waves tu.. ni jenis kecik.. ada yg lagi besau.. tatuttt..

Dengan anak2 Bali pagi tadi. Biasalah, gambar tunggang langgang.. 

Entrance Ole Ole Krishna. Nak beli souvenir murah, kat sini banyak.

Entrance Dreamland Beach

Ni masa CSR pagi tadi. With my ekor gimau.. Aku sorang je gigih pakai. Yang lelain tamau.. malu katanya. Ah, aku dulik apa.. kiki. Enjoy beb!

1 comment:

DonnaSha said...

Oooo... ekor ghimau ker tu. Pelik gak masa first nampak post. Ingat tali.. hihi

Best wishes and prayers for the run tomorrow. No pressure .. just run mightily and finish strong...*hugs*

Looking forward to your next posts xoxo..