Saturday, August 26, 2017

Bali runcation Day 1 : Lunch, race kit collection & dinner

Dari airport, kami terus pi lunch kat restoran Pawan Pasundan  kat Kuta yang famous dengan menu 'the flying gurami'

Sedappp weh.

Ikan gurami tu sebenarnya ikan talapia yang digoreng garing. Rangup sampai tulang pun boleh dimakan tau.

Restoran ni saiz kecik ja tapi deco Balinese tu cantik. Makanan pun sedap ya amat.

Lepas makan, terus naik bas semula ke marine park Begawan. Collect Bali marathon race kit.

Meriah kan lunch? Air sampai 3 jenis untuk aku sorang: air avocado, cincau & air mineral. Nasi yang dihidang pun unik.
Belakang tu entrance dan alamat restoran the flying gurami

Nasi special sangat. Dibungkus dalam daun pisang. Dihidang dengan sup sayur, tempe, ayam goreng, tahu, ulaman, sambal pedas, sambal kicap. Makanan orang Sunda katanya.

Ni la dia the famous flying gurami. Deco ikan macam ikan nak terbang. Sedapp tau.

Ni masa nk collect race kit. Aleesya senang ja jaga dia. Lena tidur dalam baby carrier.

Kat dataran area race kit collection. Sangat2 meriah. Siap ada bean bag untuk melepak atas padang. Banyak sangat aktiviti kat sini.

Belakang tu route map untuk rase ahad ni. Route dia berubah setiap tahun. Didnt expect much for this race. Tanak stress. Tanak fikir PB. Just nak enjoy my every moment here ❤️

My name was there :)

Dapat 2 tshirt adidas & sock Yamatune (fr Japan). The rest tu ussual stuff yang biasa dapat masa race kit collection.

Menu dinner. Kami gi makan kat Jimbaran. Makan tepi pantai. Sit down dinner. Start dengan sup sayur, kerabu sayur pedas, seafood (main dish) dengan nasi putih & air alpukat. Carboload yang overload.. haha
Sambil makan dihiburkan dengan tarian tradisional bali. Asyikkk.

Our table tepi pantai. Cantik view dia tapi sebab malam.. so tak nampak view laut dan sampan2 cantik.

Dah kena reserved. Tak boleh kacau tau. Hihi.

No comments: