KENGKAWAN

Saturday, March 31, 2018

Parenting

Tak kira macam mana perfect aku rasa dalam bab handle anak2 bila Mamoru outstation / pergi outdoor, sebenarnya Mamoru paling tip top kalau bab jaga anak compare dengan aku.

Yep, have to admit this.

Men can do almost everything we, women, can. They have power too. The superdad's power. Its hidden inside them. The good thing is, they never brag about it macam kita orang perempuan.

My ayah is the living proof. He managed to take care all of his 10 kids single handedly without arwah ibu. Without any help at all. Ye lah kan, kalau lelaki yang jaga anak2, takde orang nak kesian sangat. Berbeza dengan ibu tunggal, orang mudah simpati.

To me, without Mamoru, nak bawa kids pergi lunch kat restoran pun fikir tiga pat kali. But to Mamoru, nak bawa kids pegi mana pun, no problem at all. 

Mamoru can get the kids ready early in the morning, make breakfast. Send them to school, nursery and then go to work. Lepas habis kerja, fetch all of them, cook / buy dinner. Check their homework, tidurkan kids. Pastu bila kids dah tidur, dia kemas rumah and make sure semua tip top and ready for next day pula.

Luckily, I already learned how to handle things alone since I gave birth to Amarr dulu. So, takde problem sangat bila Mamoru is away. Kalau tak, sure kelam kabut. Silap2 terpaksa ponteng keje sebab kalut tak tahu nak handle kids macam mana or lebih worst bila kiddos pun terpaksa skip sekolah sama. Nasib baik tak pernah sampai ponteng2 camtu.. 😅

I wish I think and act like a man. Their mind are very simple. If they facing a problem, they just think of how to fix it straightaway and get it done.

Berbeza dengan orang perempuan, problem kecil ke besar ke, emosi jalan dulu. Settlenya belum tentu 😅😅

Okbai.

Nak drill dinding. Nak gantung 'giant' frame gambar yang beli tadi. Tak dapat think like a man pun tak pe lah. Janji dapat work like a man.. hahaha

Mission possible

On a mission hari ni.

Bukan mission lari. Bukan. Bukan 😁😁

Ni mission mencari baju raya. Jeles tengok #Teamrumie dah ada baju raya. Siap dah buat photoshoot gambar raya masa kat Cameron Highlands last week. Amboii sangat tau. Kita pun nak prep awal2.❤️

Dan ada mission lain juga. Mission memborong ice cream Baskin Robbin (kan arini 31st of the month!) Boleh penuhkan stok Jamoca Almond dalam freezer banyak2. ❤️

Lets go! Dam dam dum.. bunyik mercun. Eh!?

Puasa dah ganti, so boleh hepi hepi ❤️❤️

Friday, March 30, 2018

Jumaat already?

So fast...

Macam masih terasa2 angin kat Cameron. Rupanya sekejap je dah seminggu berlalu.

Minggu ni agak relax. Kiddos dah start schooling macam biasa. Means semua kena tidur before 10pm. Semua means aku & Mamoru sekali tidur awal.. hihi.

Malam tadi masa ambil kiddos balik tuisyen, cikgu yang ajar Amarr cakap, Amarr shown significant improvement in his studies. Alhamdullilah. Tenkiuu cikgu. Dan ininpun berkat ke-strict-an Mamoru suruh kiddos spent 30 mins study subuh2 buta sebelum pi sekolah.

********

Teringin nak balik Melaka minggu ni.. rindu kat ayah. Tapi teringin nak melawat nenek kat Kuala Selangor juga. Hm mana satu nak pergi ni.

Tengok esok macam mana. Esok pagi2 ada long run. Mamoru pulak ada white water rafting kat Kuala Kubu Baru.

Maybe lepas habis event esok baru decide kot.

My heavy breakfast. Minggu ni memang awal sampai ofis. Best!!

Tuesday, March 27, 2018

Happiness is outdoor!

Last photos from Cameron trip last week ❤️

Spent our last night tidur dalam khemah as requested by kiddos. Whatever makes them happy, kata aku. Happy kids makes happy parents AND happy parents makes happy kids. Gitu. ❤️

And thank you Nature Explorer @ Sham Castello & Shida for having us ❤️ #12yearsoffriendship #hikingteam #jumpadalamhutanje hihi.

Terubat rasa rindu naik gunung bila jumpa depa semua. Borak2 sampai tengah malam. Sampai tak reti2 nak tido. InsyaAllah, kalau tak ada aral, bulan Sept nanti aku akan ikut depa pegi trip CBL. Mendaki satu lagi gunung Berembun. Tapi Berembun yang ni letaknya di Terengganu. Kalau tak silap ada beberapa gunung nama Berembun kat Malaysia ni (kat Negeri Sembilan, kat Cameron, kat Terengganu & satu lagi lupa kat mana). Tazabar nak hiking & bermalam dalam hutan macam dulu2 ❤️

Masa kat Cameron, sempat belajar cara buat kuah colek Thai style dari Lofa. Dia keturunan Siam. Colek yang dia buat, sama rasa dengan colek yang aku suka makan kat area Bukit Kayu Hitam. Dulu2 masa belajar kat Sintok, aku suka pi Bukit Kayu Hitam semata nak makan colek mangga siam. Sedap giler weh. Orang siam memang terer bab2 kuah colek mangga ni. Tak sangka dapat belajar buat kuah colek ni masa kat Cameron aritu. Tenkiu Lofa!

Buka setakat cara buat kuah colek je yang aku belajar. Cara buat nasi kerabu pun aku cedok ilmu sekali tau. Sebab pagi Ahad tu Lofa buat nasi kerabu version siam. Sedap wehh. Untung join trip camping kali ni. Dapat belajar macam2 masakan. Sempat juga tanya Lofa tips buat somtam yang sedap. Tenkiuu again Lofa sudi share ilmu. Semoga murah rezeki Lofa ❤️

Ni menu lunch hari Sabtu. Stimbot. Meriah lauk pauk dia. Ketam udang, lala, kerang, lala buluh, sayoq, fishball segama mak nenek ada.

Taim makan. Meriah. Outdoor buddy always the best buddies!

Kiddos with their friends.

Aleesya dengan kawan gegirl dia. Main anak patung.

The gegirls in this trip. 

Aleesya yang happy lepas bebas kat sini. 

Us with them. Dappp nyeeee...

The gang yang sporting sangat. Sayang korang semua! 😘

Ni menu sarapan pagi Ahad. Nasi kerabu Thai style. Sedappp sangat!!

Ni masa lepak makan & borak tetengah malam. Serjukk.. tapi layan ❤️

Berlari di Cameron Highlands

Some of photos taken during my training in Cameron, my happy place ❤️

Live life to its fullest. ❤️

My life basically about people I love and things I like to do. Thats all. Simple. I dont have enemy nor haters. I dont, seriously. Coz I never hates anyone. Thats not my practice. Never. ❤️

I never hates people who forced my parents to divorced.
I never hates people who seperated me from my late mom and forbid me & my siblings from seeing her.
I never hates people who seperated me from my siblings and sent them away to other families even they refused and cried.
I never hates people who never came and visit my late mom when she was sick.
I never hates people who never show up when my late mom passed away.
I never hates people who treated us poorly due to our poverty.
I never hates people for every marks they left on my body with the rotan & kayu api.

Never.

In fact, I thanked them for everthings they have done. For every difficulties they have put me through. Without them, I might not became who I am now ❤️

Again. Im living my life to its fullest. Coz I know what I deserves after all the tears, sweats and bloods!

Note: I went back home dur8ng lunch hour tadi. Purposely to see my Ariff. Sent him to school and hug him again. Love him so much. ❤️

Ariff

Teringat2 reaksi awak bila kena marah pagi ni. Terdiam sambil berair mata pandang mommy.

Wajah itu.. Rindunya mommy. Rasa nak mommy lari pergi sekolah dan peluk awak sekali lagi.

Ariff, hati mommy tak kuat. Sayang mommy setinggi langit. Kasih mommy seluas angkasa.

Ariff dari kecil jarang meminta2. Apa yang mommy dan daddy bagi, itu lah yang dia terima dengan senang hati. Kalau ada pun benda yang dia tak dapat, dia akan pujuk hati sendiri. Dia akan cakap, "Tak apa, benda tu mahal kan mommy. Duit susah nak dapat kan mommy".

Ariff.. Ariff.. matangnya fikiran awak.

Seawal usia 7 tahun sampai sekarang, Ariff tak habis2 cuba buat sesuatu yang baru semata untuk mencari duit poket sendiri. Banyak benda yang dia belajar (dari youtube, dari buku, dari bertanya pada mommy & daddy). Kata Ariff, "Saya nak buat macam ni (plan yang dia selalu cerita pada mommy & daddy). Nanti bila dah ramai orang suka, saya dapat banyak duit. Nanti mommy & daddy pun dapat banyak duit. Nanti kita jadi kaya".

Dulu mommy selalu ingat kata2 awak tu just gurauan. Sekadar penghibur. Tapi bila difikir2kan semula, ada betulnya kata2 awak dan semua perancangan awak. Dan mommy sepatutnya bagi galakkan untuk awak mulakan semua yang awak plan. Why not kan? Who knows, awak akan berjaya seperti mana yang awak selalu impikan. Mommy sentiasa dioakan kejayaan awak dan adik2 awak, sayang. Semoga semua usaha awak diberkati-Nya. Amin.

Ah.. cepatlah petang. Mommy tak sabar nak balik rumah. Tak sabar nak peluk putera sulung mommy. Penyejuk hati mommy. Yang sentiasa meringankan  kerja2 mommy.

Semoga semua anak2 mommy sentiasa sihat dan selamat di bawah lindungan yang Esa. Amin.

I miss my Ariff so much

Marah Ariff pagi tadi.

Now Im crying in the car. Misses him so much. Rasa nak amik cuti je.

Aku tak suka marah2 waktu pagi. Atau dengar orang lain marah2 time pagi. Sebab waktu pagi adalah waktu yang paling penting setiap hari.

Tapi hari ni.. 😭😭😭

Ariff anak yang bijak dan baik sangat. Sentiasa utamakan adik2. Pandai ambil hati mommy & daddy.

Maaf sayang. Mommy rosakkan pagi kita. Mommy supposed check dulu  dan bukan marah2 macam tu.

Monday, March 26, 2018

Kiddos at Camsite Sg Pauh

Antara aktiviti outdoor kiddos mada cuti sekolah: Belajar setting khemah, fly, ground, buat campfire dan mandi sungai.

Really hope kiddos enjoy their time while mommy curi2 masa training marathon 😅

Sebenarnya, tak plan pun nak tidur dalam khemah. Mamoru & kiddos setting fly ni semata nak cop tempat camping untuk team Nature Explorer (Sham Castello). Kebetulan kami memang sentiasa bawa peralatan camping kalau pi berjalan. So pasang kan sekali. Sementara tunggu team depa naik Cameron.

Tapi since kiddos insist, maka kami layankan je lah permintaan kiddos untuk tidur satu malam dalam khemah.  😊😊

Setting campfire

Us dgn Sham Castello #12yearsoffriendship

Kiddos setting fly & tent. Lulus!

Us layan kiddos buat campfire

Tekun Ariff & Amarr

Serjuk kat sini tau.. pasang khemah dalam kesejukkan

My Amarr

My Aleesya

My heroes

Daddy layan Aleesya mandi air sungai yang sejuk beku. Tapi Aleesya rilek je. Maklum lah, baby Ultra.. dia duk teman mommy masa buat Tahan ultralight 2 hari 1 malam dari Merapoh ke Kuala Tahan masa dalam perut mommy dulu.

Syoknya main air sejukkk

Kiddos in Cameron Highland (again)

Nih aktiviti first day kat Cameron. Kiddos mostly spent time kat booth LTDL main ganes kat situ.

Pastu gi jalan2 kat Mardi Agrotek. Best masuk sini. Ada macam2 aktiviti sempena cuti sekolah yang Mardi buat. Meriah. Tapi kena datang awal2. Kalau lambat memang ramai orang. Sesak.

Tengok pokok strawberry

Strawberry ni buah favorite Aleesya 😊😊

Ariff kayuh beca mini.. Aleesya duduk dalam beca

Kemain lagi budak2 ni. Enjoy habis.

Aleesya dalam beca. Comel je.

Masing kagum tengok pokok strawberry

Tengok ikan dalam kolam

Kesian abang Ariff, kena bawa Aleesya naik basikal. Aleesya tak pandai kayuh basikal lagi.

Weeeee.....

Amarr bawa basikal apantah. Suka sangat dia naik benda ni. Sampai tamau turun.

Bagi rabbit makan pulak.

Aleesya atas vespa bunga

Sekali sekala naik benda ni.. hihi.

Sunday, March 25, 2018

Woodz Apartment in Cameron Highland

Cuti2 kali ni decided ambil apartment yang easy access dengan pasar & yang paling penting, boleh memasak. Coz duduk sini almost 5 hari kann. Tekak tu kalau boleh nak makan masakan homemade. Baru selera nak makan.

Part yang best, kat bawah apartment ni ada pasar malam start dari pukul 4 petang sampai pukul 11 malam. Hari2 okay. Meriah. Senang nak masak.

Cuaca pula superb. Tak hujan langsung. Alhamdullilah.

Deretan khemah pasar malam kat bawah apartment ni. Meriah kan. Depa start meniaga dari pukul 4 petang sampai pukul 11 malam.  Tayah susah2 nak pi Kea farm segala. Sini semua ada.

View ruang tamu.

Ni menu hari pertama kat sini. Masak sendiri. Ayam masak merah, tongkeng goreng & sup. Bertambah2 makan.

View ruang makan & dapur. 

Jemput tengok

View bilik tidur

Ariff excited guna selfie stick

We are at the pasar malam

Suka betul amik gambar guna selfie stick. Selalu tu payah nak bergambar.

Dan lagi.. hihi

Lagi jugak..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...