KENGKAWAN

Tuesday, March 27, 2018

Ariff

Teringat2 reaksi awak bila kena marah pagi ni. Terdiam sambil berair mata pandang mommy.

Wajah itu.. Rindunya mommy. Rasa nak mommy lari pergi sekolah dan peluk awak sekali lagi.

Ariff, hati mommy tak kuat. Sayang mommy setinggi langit. Kasih mommy seluas angkasa.

Ariff dari kecil jarang meminta2. Apa yang mommy dan daddy bagi, itu lah yang dia terima dengan senang hati. Kalau ada pun benda yang dia tak dapat, dia akan pujuk hati sendiri. Dia akan cakap, "Tak apa, benda tu mahal kan mommy. Duit susah nak dapat kan mommy".

Ariff.. Ariff.. matangnya fikiran awak.

Seawal usia 7 tahun sampai sekarang, Ariff tak habis2 cuba buat sesuatu yang baru semata untuk mencari duit poket sendiri. Banyak benda yang dia belajar (dari youtube, dari buku, dari bertanya pada mommy & daddy). Kata Ariff, "Saya nak buat macam ni (plan yang dia selalu cerita pada mommy & daddy). Nanti bila dah ramai orang suka, saya dapat banyak duit. Nanti mommy & daddy pun dapat banyak duit. Nanti kita jadi kaya".

Dulu mommy selalu ingat kata2 awak tu just gurauan. Sekadar penghibur. Tapi bila difikir2kan semula, ada betulnya kata2 awak dan semua perancangan awak. Dan mommy sepatutnya bagi galakkan untuk awak mulakan semua yang awak plan. Why not kan? Who knows, awak akan berjaya seperti mana yang awak selalu impikan. Mommy sentiasa dioakan kejayaan awak dan adik2 awak, sayang. Semoga semua usaha awak diberkati-Nya. Amin.

Ah.. cepatlah petang. Mommy tak sabar nak balik rumah. Tak sabar nak peluk putera sulung mommy. Penyejuk hati mommy. Yang sentiasa meringankan  kerja2 mommy.

Semoga semua anak2 mommy sentiasa sihat dan selamat di bawah lindungan yang Esa. Amin.

2 comments:

DonnaSha said...

Ishkk .. !! *sigh*

So very dusty lah the room.. mana makcik cleaner nh?

DonnaSha said...

Semalam hantar my youngest daftar masuk F1 di MRSM.

Sayu jer pagi2 ni tengok katil dia ..

Pagi ni plak bukak blog.. adeii...

#melancholymoodpagi .. just a bit.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...