KENGKAWAN

Tuesday, March 27, 2018

Happiness is outdoor!

Last photos from Cameron trip last week ❤️

Spent our last night tidur dalam khemah as requested by kiddos. Whatever makes them happy, kata aku. Happy kids makes happy parents AND happy parents makes happy kids. Gitu. ❤️

And thank you Nature Explorer @ Sham Castello & Shida for having us ❤️ #12yearsoffriendship #hikingteam #jumpadalamhutanje hihi.

Terubat rasa rindu naik gunung bila jumpa depa semua. Borak2 sampai tengah malam. Sampai tak reti2 nak tido. InsyaAllah, kalau tak ada aral, bulan Sept nanti aku akan ikut depa pegi trip CBL. Mendaki satu lagi gunung Berembun. Tapi Berembun yang ni letaknya di Terengganu. Kalau tak silap ada beberapa gunung nama Berembun kat Malaysia ni (kat Negeri Sembilan, kat Cameron, kat Terengganu & satu lagi lupa kat mana). Tazabar nak hiking & bermalam dalam hutan macam dulu2 ❤️

Masa kat Cameron, sempat belajar cara buat kuah colek Thai style dari Lofa. Dia keturunan Siam. Colek yang dia buat, sama rasa dengan colek yang aku suka makan kat area Bukit Kayu Hitam. Dulu2 masa belajar kat Sintok, aku suka pi Bukit Kayu Hitam semata nak makan colek mangga siam. Sedap giler weh. Orang siam memang terer bab2 kuah colek mangga ni. Tak sangka dapat belajar buat kuah colek ni masa kat Cameron aritu. Tenkiu Lofa!

Buka setakat cara buat kuah colek je yang aku belajar. Cara buat nasi kerabu pun aku cedok ilmu sekali tau. Sebab pagi Ahad tu Lofa buat nasi kerabu version siam. Sedap wehh. Untung join trip camping kali ni. Dapat belajar macam2 masakan. Sempat juga tanya Lofa tips buat somtam yang sedap. Tenkiuu again Lofa sudi share ilmu. Semoga murah rezeki Lofa ❤️

Ni menu lunch hari Sabtu. Stimbot. Meriah lauk pauk dia. Ketam udang, lala, kerang, lala buluh, sayoq, fishball segama mak nenek ada.

Taim makan. Meriah. Outdoor buddy always the best buddies!

Kiddos with their friends.

Aleesya dengan kawan gegirl dia. Main anak patung.

The gegirls in this trip. 

Aleesya yang happy lepas bebas kat sini. 

Us with them. Dappp nyeeee...

The gang yang sporting sangat. Sayang korang semua! 😘

Ni menu sarapan pagi Ahad. Nasi kerabu Thai style. Sedappp sangat!!

Ni masa lepak makan & borak tetengah malam. Serjukk.. tapi layan ❤️

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...