KENGKAWAN

Monday, April 30, 2018

Hello Monday 💋

Speak in such a way that others love to listen to you.
Listen in such a way that others love to speak to you.

❤️

Jalan2 with kiddos

Plan nak cari baju raya mommy & Aleesya sebenarnya.. tapi tak jumpa yang berkenan.. tsk. Design baju raya sekarang ni memang jenis plain & ropol2 eh. Buruk nau. Kalau ada pun yang cantik, design jenis tak boleh bawak pi ofis sebab over nau.

Takpe, owner butik tu kata, early May nanti design lain pulak keluar. Kita tunggu je la nah. Hopefully, boleh settle bab2 cari baju raya ni sebelum masuk bulan puasa.

Lepas sesi-cari-baju-raya-tak-jumpa-tapi-beli-baju-kerja-pula, kita pi collect race kit Score Run pulak. Shopping running apparel pula. Sampai kiddos cakap, asyik beli barang mommy je.. huhu..

Ok. Ok. Pastu bawak kiddos pi Bukit Jalil. Main scooter kat sana.

Balik rumah. Semua tidur awal. Pukul 9.30 dah senyap sunyi.    😊😊😊❤️❤️❤️

Lengang. Mommy suka g collecy race kit time orang tak ramai. Tenang je rasa. 

Panaih lit lit kat area Bukit Jalil. Mommy pakai payung, dia pun nak keluarkan payung dia

The pic are not perfect, but they are perfect to me ❤️

Shopping. Pandai heret bakul pastu bubuh apa yang dia berkenan.

Protect each other ok ❤️

Sunday, April 29, 2018

0 mileage

Semalam dah start SAC training session for GC marathon. But tak dapat join. Baru baik demam. Nak rest.

Pagi tadi pun cancelled long run dengan team GC runners. So yeay, totaly zero mileage this week.. kiki.

No running, no prob. Layan anak kat rumah lagi best. Esok lusa pun boleh lari kan kan kan..

Aleesya suka kacau mommy tido. Tak kasi can. Uwaa..

Aaaaaaa....

Korek mata mommy... Wake up.. wake uppp!!

My twinnie
Messy hair pun takpe.

Dah bangun ni.. moh kita gi jenjalan. Excercise kaki sikit ❤️

Saturday, April 28, 2018

Avenger Infinity War

Jangan kata kiddos, mommy & daddy pun suka tengok cerita ni. Penuh dengan watak superhero. Rasa macam tak puas tengok je tadi.

Cuma sayang, Aleesya & Amarr tidur halfway. Ariff je gigih bersengkang mata tengok sampai habis.

Mommy book movie ni pukul 8.30 malam. Kiddos semua jenis tidur awal. Movie habis dekat pukul 11 malam. Tsk. Lesson learnt, next time kena tengok time siang je macam sebelum2 ni.

So kena repeat lagi sekali ke caner? Amarr tak habis temgok lagi. Mommy ok je nak repeat sebab cerita best.. hihi. Esp actor yang berlakon watak hulk tu.. ensem.. ops.. hihi.

Friday, April 27, 2018

There goes April

Finally, April has come to an end (thank God). Like finally! Lets move on.

*************

Dah 2 hari ultramak tumbang sebab demam. Tapi demam2 pun masih gagah pergi kerja 💪💪. Luckily, kiddos semua sihat. Alhamdullilah.

Hari ni ultramak dah makin sihat. Boleh sambung training semula 😊😊

Tak sabar nak balik rumah petang ni. Ada movie date with kiddos. Dah janji nak tengok cerita Avengers ❤️

Wednesday, April 25, 2018

SJMC 2018

Throwback.

My very slow long run 21k. Running without my Suunto. Plus the marking also not so helpful. So lari main2 jadinya. I even walked almost 1km en route.. kikiki. Penangan loop LHDN a day earlier.

The event was well managed.  Except for I felt guilty coz the event caused heavy traffic around the hospital area.

So many questions keep poppping out in my mind: What if someone have an emergency and want to seed medical help but stuck in the traffic? Hope the authority is aware and prepared for this kind of situation.

Finished my run in 2:21 😅😅.

Tuesday, April 24, 2018

Musim demam

Ultramak mode since yesterday.

Mamoru outstation.

Hujan tak menentu sekarang ni. Maknanya hati2 to all moms, perang demam boleh berlaku bila2 masa.

Im trying to do my best to protect my kids from demam. Aleesya ada tunjuk tanda2 selsema & dedar petang semalam. Tapi malam tadi, dah tak ada. Maybe sebab direct breastfeed lebih kerap dari biasa. Ive been eating all the goods and greens. Hopefully she'll get most of the 'goodies' from my breastmilk.

Amarr pula kena beri lebih perhatian sebab dia mudah kena asthma. Setiap malam sebelum tidur bagi ventolin puff 2 kali even tak ada tanda2 asthma. As a precaution je. Kita usaha dulu jangan bagi jatuh sakit. Lepas tu doa. Last sekali tawakkal. InsyaaAllah.

So far kiddos alhamdullilah. Sihat. Moga sentiasa sihat ya anak2.. Aminn.

Aleesya : Yang dilindungi Allah (swt)

Monday, April 23, 2018

Tari Tualang Tiga

Been listening to Saloma songs the whole day today. Yes, Im an old soul. Love listening to old songs.

Heres one for the my beautiful Monday! My spirit booster 🔥

Tari Tualang Tiga
By Puan Sri Saloma

Menyusun tari ala tari, sembah di beri
Cergas tangkas ala sayang, gerak dan geri
Menjunjung tinggi amboi tinggi, seni sejati
Pusaka asli ala asli, hai ibu pertiwi

Melenggang gaya ala gaya, gerak wanita
Dengan tari ala sayang, tualang tiga
Menjunjung tinggi amboi tinggi, seni budaya
Dikenang bangsa ala bangsa, oh sepanjang masa

Langkah serentak ala sajak, sama bergerak
Sigak gaya ala sayang, pendekar puteri
Bertepuk tangan amboi tangan, tanda berani
Tiada gentar ala sayang, hai membela diri

Menjunjung tinggi amboi tinggi, seni budaya

Note: Lagu ni buat aku rasa nak menari. Did I ever mention that I love traditional dance? I do. ❤️

More info about this song:

Tualang tiga (juga digelar "Tari Tualang Tiga") merupakan lagu rakyat tradisional Melayu yang dinyanyikan oleh sekumpulan wanita Melayu. Tarian dan nyayian ini biasanya akan dilakukan dengan gerakan tangkas dan dan cergas oleh para wanita yang biasanya mempunyai kebolehan bersilat dan seni bela diri yang baik. Ia ditarikan biasanya dalam acara besar, majlis keraian dan di dewan balairong istana pada zaman dahulu.

Lagu Tari Tualang Tiga ini mula dikomersialkan menerusi filem wayang gambar Sumpah Orang Minyakpada 20 April 1958. Filem ini diarahkan oleh P. Ramleedan diterbitkan oleh Malay Film Productions Ltd. Manakala lagu Tari Tualang Tiga ini telah dinyanyikan oleh Saloma dalam sebuah klip tarian juga dalam filem tersebut. (source: wikipedia)

3 penyanyi popular lain yang pernah menyanyikan lagu ni (Sanisah Huri, Aishah & Siti Norhaliza - but I only loveeee Saloma & Sanisah Huri version)



Saturday, April 21, 2018

Running with the wolf

Gerun actually nk join depa2 ni lari. Semua laju2 belaka. Tapi hakak tak kisah pun, 'throw me to the wolves, I will return leading the pack'.. gitu, konsep larian hakak pagi ni.

Thank you for having me Kyserunners. Siap ada makan2 lepas lari. Konyangg perut suko hati 😅

Sorry hakak balik awal, hakak kena berlari ke dapur pulak. Training2 juga, tanggungjawab kat dapur jangan diabaikan.. hihi.

Layan gambar je nahh. Credit photog: #teamrumie

Sesi korek ilmu 😂

Hadik2 ni semua laju2 okeh. Semput kejar depa

The wolves

Muka pretend hepi lepas layan loop bukit LHDN hihi. Hazabb..

Amik aura kelajuan.. 

✌️❤️🏃

Thursday, April 19, 2018

Melawat kebun Atuk

Dah alang2 kat Melaka, memang tak sah kalau tak singgah rumah ayah.

Seronok kiddos bila cakap nak pegi rumah Atuk. Nak lawat kebun. Nak tengok pokok yang diaorang tanam dulu, katanya.

Ayah cakap ada orang nak jual tanah dusun. Dah siap ada pokok buah-buahan. Ayah macam bagi hint suruh beli. Menarik juga kan. Boleh suruh kiddos tanam sorang satu pokok buah. Nanti pokok tu membesar sama dengan diaorang. Bila dah berbuah sure masing2 boleh merasa hasil tanaman sendiri.

Kat kampung sekarang musim buah rambutan. Tapi pokok rambutan yang ayah tanam depan rumah habis buahnya dikerjakan monyet.. huhu. Tinggal buah kedondong je monyet tak usik.

Tenkiu kat Pakcik Leman sudi petikkan rambutan kat rumah dia dan hantarkan ke rumah ayah semata tanak aku kempunan. Terharu pula dibuatnya. Pakcik Leman hantar sampai 3 jenis rambutan, rambutan kuning, rambutan gading merah & rambutan merah gula batu. Sedapppp!!! Manih leting.

Sebelum balik KL, ayah siap bekalkan sayur sayuran dari kebun. Takut nauu anak dia tak cukup makan..❤️

Petani cilik. Depa amik cangkul mini atuk pastu ratakan batas yang atuk buat untuk tanam jagung 😂😂😂

Kemain bergaya lagi pakai topi atukk. Gaya petani moden

Atuk & pakcik Leman petik bendi untuk aku bawak balik KL

Petik hasil tanaman. Besar2 peria ayah tanam.

Aleesya kat batas pokok kacang panjang

Kiddos berlari2 kejar atuk

Keje aku bila balik kampung. Cari buah untuk makan dengan colek

Yang dilindungi

My broods

Dapp oii.. 

Jalan2 Bandar Hilir Melaka Part III

Sambungan..

Turun dari Bukit St Paul, aku sewa beca berhias untuk sambung gi jalan tempat2 menarik yang lain.

Boleh je nak jalan kaki sebab semua tourist attraction kat sini walking distance je pun. Tapi saja nak buat kiddos hepi. So kita jelajah Melaka old style. Naik beca!

Meriah beca yang kiddos naik. Ada muzik, colorful, ada hon untuk kiddos picit2. Aku pulak tumpang teruja. Mujur pulak badan aku sama saiz macam kiddos. Boleh share satu beca je.. hihi.

Sewa beca RM25 (without pitstop). Tapi kalau bayar RM50, dia akan berhenti kat banyakkkk tempat menarik untuk bergambar.

Kiddos hepi sangat. Mommy apatah lagi. 😊

Mana datang ntah dinosour sesat ni.. haha

Depan kapal terbang lama

Abang beca.. abang beca di tengah jalan..🎵🎵

Hepi faces

Kat bangunan merah

Dalam muzium kastam

Mana sesat tah manusia gold ni.. Tahan dia cari rezeki halal pakai kot tebal camni

Keretapi lama

I love Melaka!

Dalam bangunan merah

Beca hello kitty

Cantik beca ni. We even requested abang beca hantar kami balik ke hotel. Best!

A compliment

Copied this from Rumie' blog (https://alrumiejourney.wordpress.com)

Thank you for the compliments. Im nobody actually. But when someone listed me as one of influential marathoner, Im flattered.

So blessed being surrounded with so many good people. I always believed when ur heart is pure and ur intention is good, thats more than enough to define ur character to others.

❤️❤️

Wednesday, April 18, 2018

Jalan2 Bandar Hilir Melaka Part II

Sambungan..

So proud with kiddos coz berjaya panjat Bukit St Paul tanpa mengeluh.

Dan mommy pun berjaya buat recovery sambil bawak 11kg load.. hihi.

Sambil2 panjat bukit St Paul, mommy cerita pasal sejarah Kota Afamosa. Cerita pasal macam mana Melaka dijajah Belanda. Sambil2 tu tokok tambah sikit2 hihi. Nak tarik minat kannn.. Kiddos bab perang2 memang dia suka. Macam2 soalan kiddos tanya, kenapa atuk2 kita kalah masa lawan belanda dulu? Kat mana kubur orang Belanda, etc. Penat mommy menjawab. Harap betul lah jawapan2 mommy. Risau pula kalau bagi ajaran sesat.. hihi.

Brotherhood love. 
Amarr cakap dia tak larat nak jalan (hes not feeeling well that morning). Ariff carried him volunteerly. Mommy so proud with both of you!

They asked for some coins to throw into a well.l - to make wish katanya. Pengaruh mat salleh sangat. Mommy cakap throw with a niat to sedekah. So that the management use the money to take care of the historical place.

We at the top of St Paul's hill

One of the many memorial stone

Inside the Afamosa fort

Almost reaching St Paul's peak

The historical building.

The famous Afamosa building

I saw this kids on our way to St Paul's peak. All of sudden, Ariff tarik aku ke tepi & bisik suruh beri duit kat budak penjual buah ni. Kesian katanya. Aku bagi Ariff duit dan surih beli buah2 yang budak tu jual. Kiddos asked so many question on why that kids duduk situ sorang jual buah. Alhamdullilah, dapat ajar tentang erti syukur. Dan dapat share dn belajar banyak perkara bermanfaat sama2. A real definination of a quality time together.

Kiddos

Aleesya memang tak turun dari baby carrier. Senang mommy nak manage semua anak2.

Mommy & broods
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...