KENGKAWAN

Sunday, April 01, 2018

Jenjalan kat Genting Premium Outlet

Seharian kat sini.

GPO ni tak sampai pun kat atas Genting Highlands. Tapi still serjuk. Masing2 tak bawak sweater. Menahan sejuk la jawabnya. Lagi2 bila hari makin petang, kabus start penuh kat kawasan gunung. Menggigil badan memasing.

Salah aku jugak. Mamoru dah ingatkan pack baju tebal, tapi aku konfiden cakap setakat kat GPO tak sejuk pun. Sekali hambik.. mendapatlah kan.

So, spent time kat GPO je. Tak naik pun skyway pi atas nun. Kat bawah pun tak tahan sejuk, kat atas apatah lagi kan.  Tsk.

Besar jugak GPO ni. Besar sikit dari Melaka Premium Outlet.
Johor Premium Outlet aku tak penah pi lagi. So tak boleh nak compare.

Shopping running apparel je kat sini. Butik lain tak pandang pun.. hihi.

Pastu on the way balik KL, pi survey route SCKLM (start dari Duke Highway at km20 sampai fimishing). Rasa semput tengok last 10km route. Tatottt.. hills after hills.. haish.. strategy apa nak pakai supaya tak bonk kat bukit bukau ni ya?

Lewat petang tadi. Ariff sampai terpaksa pakai baju tshirt yang aku baru beli sebab takbtahan sejuk. Amarr & Aleesya tertidur atas cart.
Mahal sewa cart comel ni. RM30 + deposit RM100 (boleh guna sampai pukul 10mlm)

Girls in pink

Boys in blue. 
Cantik view ginung ganang kat sini. Belakang tu hotel Awana. Dulu, sebelum keje dengan Maybank, tetiap tahun stay kat hotel tu (since 2003 - 2008) sebab handle event dari Harvard, Boston. Rindu pulak ❤️

Mamoru teman kiddos & Aleesya naik tren. Free 1 complimentary ticket untuk setiap pembelian min RM200 (in single receipt). Kalau nak naik ramai2 kena spend lagi dan lagi.. tskk.

Cantik deko restoran baba & nyonya kat belakang tu. Tapi kami makan kat restoran sebelah (restoran korea)

Dapppnyaaa ramen & kimci. 

Ni masa pagi2.. tak ramai orang. Taim tengahari & petang memang takde can nak bergambar camni
 Penuhhh umat kat atas ni.

Aleesya & penguin.

Choo choo..

My Ariff

Hepi depa ni noh..

Dan lagi..

Hasil reward untuk diri sendiri

Ngantuk sangat ni.

Rumah ais ( tapi bukan ais )

Yeay, masing2 dapat belon!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...