KENGKAWAN

Thursday, April 05, 2018

Rest

My fav dinner every night. Takde nasi pun tak apa. Dappp!! Dulu tengok orang makan sayur rasa pelik. Sekarang dah terikut2. Malah, makan mentah pun tak apa.. 😅😅

*Semua gambar sebelum letak dressing*
*Love to eat it with roasted sesame or thousand island*

Okies. Kiddos dah balik tuisyen. Time for bed time stories.

Minggu ni semua tidur awal. School night kan. Lagipun this week ada race. Badan kena cukup rest. Good rest bukan masa sehari sebelum race. Its the whole week sebelum race. Baru boleh perform better.


Update:

Kiddos dah tidur. Kali ni mommy menang coz berjaya buat depa tertidur sebelum sempat habiskan 4 mukasurat bedtime stories. Selalu tu, sampai 2 buku baca pun belum lena lagi (2 buku sebab ariff & amarr ada fav bedtime stories masing2).

Sometimes, rasa penat nak bacakan buku2 cerita untuk kiddos. Sebab kiddos suka interrupt dan tanya seribu satu soalan tentang cerita yang aku baca. Lagi satu, aku ni, kalau dah ikut depa baring, cepat je terlelap sama. Bila dah lelap, maka tak dapat nak settlekan housechores. Nanti tertangguh esok hari pula. Double penat.

Tapi, since kiddos memang minat mendengar aku membaca, layan kan je lah. Time ni lah nak selit2 baca buku pasal sejarah nabi2 dan para sahabat. ❤️


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...