KENGKAWAN

Friday, May 18, 2018

2 Ramadhan 1439H

Another productive day. Not a second wasted. Alhamdullilah.

Balik kerja on time hari ni. Berlari2 naik LRT.

Sampai parking, terus amik kereta drive pegi supermarket Hero. Beli barang basah untuk masak.

Pastu fetch kiddos pulak sebelum balik rumah.

Sampai rumah terus bersilat kat dapur.

Dan taraaa.. dua jenis lauk dan satu desert siap terhidang dalam masa satu jam! Syabas mommy. Pat bahu sendiri.. hihi.

Kita emak2 ni memang hebat. Serba boleh. Mampu buat magic. Hihi.

Hepi tengok anak2 makan dengan berselera. Mamoru pun siap melambung puji. Mommy hepi ❤️

Amarr puasa penuh. Dia duk kompang kat telinga mommy nak minum air sebab nampak Aleesya minum air. Dia kata macam sedap je dia tengok Aleesya minum. Tssk.. Aku suruh dia tahan sikit lagi sebab tak sampai sejam je nak berbuka.

All homemade kecuali roti john tu (Mamoru beli kat gerai tepi jalan). Semua cook with ❤️. 
1. Ayam masak sambal hijau (cili padi)
2. Sup ayam
3. Agar2 gula melaka sebagai desert. Aku sejukkan dalam tempat ais kiub dalam freezer. Tak sampai 10 minit dah boleh keluarkan dan hidang. Tips memasak sepantas kilat. Comel kan bentuk kiub.  Nak makan pun senang, ngappp je. Aku masak guna gula melaka original tau. Dappp oiii..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...