KENGKAWAN

Wednesday, May 23, 2018

7 Ramadhan 1439H

Been busy.

With family
With work
With training (ops, this one is so-so je)
With baju raya hunting
With baking kuih raya

Last weekend berbuka dan overnight di Kuala Selangor. Meriah rumah nenek dengan my ipar duai. Sempat juga buat my long run kat area sana (which not that long pun coz bangun lambat. Supposed pukul 2 pagi start lari, tapi terlewat sejam -  maka dapat 15km je lah). Tenkiu Mamoru willing teman aku lari dari pukul 3 pagi sampai 5 pagi 😅.

Bila fikir2 balik, rasa macam menyesal register GCM coz training weekdays almost 0. Harapkan long run time weekend je lah. Aku takde masa. Bulan Ramadhan ni ada banyak perkara penting lain yang aku nak kejar. Training is good cuma bila ada race bersaing dengan bulan penting ni, rasa macam terpukul sangat.

Guess, aku boleh lupakan target nak break PB kat GCM nanti. Just enjoy the run je lah, lari santai2 macam kat Bali last year (pasrah dah ni hihi)

My baju raya & Aleesya dah settled. Finally. Konon nak settlekan bab baju raya sebelum puasa.. nan hado. Yours truly cerewet sangat bab pilih baju.

Official kaler baju raya hari pertama is royal blue. Raya kedua belum decide lagi kaler apa.. huhu.

Aku seriously ada masalah shopping. Especially baju Aleesya. Coz semalam je aku dah beli 6 pasang baju raya untuk Aleesya seorang. Aku kena tutup mata bila lalu kat baby-girl-department. Boleh hilang pedoman kat situ. Maklum lah sebelum ni anak2 aku semua lelaki. Fashion tetiap tahun sama je - baju & shirt. Npw ada babygirl, fashion macam2 uols. Macam2.

Anyway, now tengah gigih buat biskut raya. Ada few kuih lagi aku nak buat. Nak minta tolong kiddos buat sekali. Esp kuih bijan.. laju sikit siapnya.

Orite. Till next entry 😊😊

Menu berbuka simple for me & kiddos only. Mamoru berbuka dengan boss dia arini. Semua homemade. Cook with love:
Kuey teow udang, fries, sosej, epal, salad with roasted sesame dressing & bubur kacang hijau (extra dari menu berbuka semalam)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...