KENGKAWAN

Wednesday, May 30, 2018

Throwback semalam

Lately entry banyak 'throwback2' je.

Akak busy. Dengan nak manage 3 orang anak (sorang tengah sakit pula), dengan kerja ofis yang takkan habis, dengan training lari yang asyik tak cukup mileage, etc.

Akak takde masa nak update berpuluh2  status atau entry dalam sehari. Kadang wonder macam mana orang lain boleh ada masa sebanyak tu menghadap internet. Maybe diaorang lebih bijak manage masa kut. Akak tak bijak camtu.

Semalam, hari ke 5 berbuka kat hospital. Menu paling simple. Syukur anak2 & Mamoru tak komplen. Makan je apa yang ada. Still kenyang juga. Malah berlebih.

Perkara paling best yang jadi semalam bila dapat call dari ayah. Bercerita tentang jagung dia yang gemuk2 dan meriah tumbuh sebab sekarang musim hujan. Senang keje ayah musim hujan ni tak payah siram kebun dia. Jimat tenaga. Cuma ayah komplen rumput pun turut panjang dan subur juga lah.. huhu. Nak meracun tak boleh sebab hujan. Nak mesin pun tak boleh sebab batas jagung dekat2. Nak cabut? Mau sakit pinggang ayah sebab kebun tu besar dan luas. 

Ayah bagi tahu, orang kampung dah mula tebang buluh lemang. Ayah cakap, kalau aku jadi nak buat lemang tahun ni, ayah nak pegi tebang buluh kat belakang rumah nenek siap2. Takut buluh yang cantik2 habis ditebang orang lain. Raya pun tak sampai 2 minggu je lagi. Dah siap tebang nanti, rendam dalam air. Takde lah buluh rosak katanya. Aku ikut je cadangan ayah. Dia lebih arif pasal buluh. Aku just tau prepare bahan2 untuk buat lemang je.

Adik2 aku semua dah pakat2 amik cuti dua tiga hari awal sebelum raya. Nak mendodol, melemang, merendang, memBBQ segala bagai kata depa. Masing2 dah bahagi tugas. Tinggal nak buat collection je untuk barang2 dapur. Meriah lah rumah ayah nanti.

Haish.

Apa2 pun, harap Aleesya boleh discharge minggu ni. Semangat mommy dah takde kat KL ni. Nun jauh bersama ayah dan buluh lemangnya.. haha.

Ni je menu berbuka semalam. Cukup 5 beranak.

Amarr tu bukan cranky. Tapi dia tak suka selfie. Candid je dia suka. Hihi. Aleesya tengah berbuka minum susu sampai tak nampak muka 😁

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...