KENGKAWAN

Thursday, May 31, 2018

Throwback semalam

Day 6 berbuka kat hospital.

Hari ni first time berbuka berdua dengan Aleesya tanpa Mamoru & kiddos. Berbuka sambil video call dengan Mamoru & kiddos. Suka Aleesya makan menghadap henfon tengok muka daddy & abang2 dia.

Mamoru kerja arini. Kiddos pula balik sekolah lewat petang. Memang tak sempat lah nak ke hospital berbuka sama.

Aku berbuka dengan makanan hospital & buah-buahan je. Share dengan Aleesya. Malas nak turun lobby beli makanan. So makan apa yang ada.

Sekejap tu adik lelaki no.2 & sil Ida datang melawat bawa lauk asam pedas ikan tenggiri, sotong goreng tepung (with salted egg) + nasi beras wangi yang dimasak oleh adik lelaki no.3 & sil Sue. Murah rezeki. Sedapppnyaaa makan lauk homemade!!! ❤️

Alhamdullilah.

Aleesya punya fav buah adalah Anana.
Anana.. Anana.. Anana..
🍌🍌🍌

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...