KENGKAWAN

Saturday, June 02, 2018

17 Ramadhan 1439H

Pada hari ni dalam sejarah, pada 17 Ramadhan 2H, berlaku perang Badar. Pada hari ni juga diturunkan al-Quran. Cuma bezanya, hari ni hari Sabtu, perang Badar jadi pada hari Jumaat.

Lepas sahur tadi, buka cerita tentang perang Badar dekat kiddos. Rupanya kiddos dah tahu dan hafal detail tentang sejarah penting ni. Kiddos siap betulkan aku tentang jumlah tentera kafir dan tentera Islam yang terbabit dalam perang Badar.

Me: Semasa perang Badar berlaku, tentera muslimin ada 313 orang je. Tapi tentera kafir ada beribu orang..

Ariff: Eh tak la mommy. Tentera kafir ada 1000 orang je.

Impressed aku. Ariff ingat every detail.

So, instead of bercerita, kami tukar jadi sharing session. Sama2 kongsi ilmu. Tentang punca terjadinya perang Badar, tentang bagaimana malaikat datang bantu umat Islam dalam perang ni. Dan kemenangan orang2 Islam. 

#qualitytimewithmysons

Note: Aleesya pun bangun sahur arini. Sama2 duduk menghadap meja kecil hospital ni. Sama2 makan sambil tengok cerita kartun kat tv.

❤️❤️❤️

Yang dilindungi

Menu berbuka hari ke-8 kami kat hospital semalam Mommy beli KFC je on the way balik ofis. Semalam mommy kerja, daddy take over jaga Aleesya. Kiddos pun kami pontengkan sekolah. Exam dah habis, so ponteng je lah. Darurat.

Time berbuka. Semua sejuk berselubung. Bilik ni kena sentiasa pasang aircond sejuk maksima sebab tempreture Aleesya sentiasa tinggi.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...