KENGKAWAN

Tuesday, June 12, 2018

27 Ramadhan 1439H

Last day keje sebelum bertolak balik Melaka malam ni. Tinggal nak kemas rumah sikit & packing baju je belum siap lagi. Nak packing baju bawa balik 2 kampung sekaligus bukan senang. Kena prep dan label baju yang nak dipakai setiap hari. Kalau tak, sure tak tersusun.

Baju kotor, cadar semua Mamoru dah cuci bersih kat dobi. Siap lipat. Senang keje akak. Tenkiuu Mamoru!

Ubat2 basic (ubat demam, selsema, batuk, asthma, allergic) dah ready. Just in case lah. Sebab klinik semua tutup time cuti raya ni.

Powerbank semua fully charged. So tak perlu berebut charger / tinggalkan phone merata untuk charge. Especially untuk pelupa macam aku ni.. hihu. Charge dalam bag je.

Kereta pun dua2 Mamoru dah service & wax bersih berkilat. Minyak full tank walaupun balik kampung ni guna satu keta je. Tenkiuu! Tenkiuu Mamoru! Nak harap aku memang tak sempat lah.

Semoga semuanya berjalan lancar, insyaAllah.

Most important. Rest well sebelum start drive jauh. Avoid microsleep.  Salah satu tips untuk elak microsleep is beli kereta Honda with Sensing® technology. Smart car yang akan warning via vibrate streering wheel and auto correct kalau kita tersasar masuk lane lain +  auto stop kalau terlalu dekat dengan kereta depan + byk lagi smart feature yang lain 👍. Jenama kereta lain pun ada. Google jer 😊.

Throwback gambar Aleesya masa kat hospital aritu.


Another good news dihujung Ramadan. Alhamdullilah. 
Ada sesiapa nak beli Alza. Nak jual RM16k plus sambung bayar lagi setahun je 😊😊. 



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...