KENGKAWAN

Wednesday, June 20, 2018

Menjelang Syawal

Throwback sehari sebelum raya.

Bekerja keras menyediakan juadah raya sambil mendengar lagu2 raya. Meriah sangat!

Masing bertungkus lumus nak make sure semua tugas siap sebelum masuk waktu berbuka sebab nak solat berjemaah dan takbir raya sama2. Aku yang cadangkan adik2 buat takbir raya kat rumah ayah, instead of takbir kat surau atau masjid malam tu. Alhamdullilah adik2 & ipar duai pun excited nak berjemaah & takbir ramai2 kat ruang tamu rumah ayah.

Its a dream comes true. Alhamdullilah sangat. Syukur ya Rabb.

Tenkiuu adik2 & ipar duai memeriahkan Syawal tahun ni.

Masing2 busy buat keje kat area porch. Bentang ground, pastu lapah ayam, daging segala. Mamoru busy pasang fly untuk tempat bakar lemang.

Terer adik2 aku anyam ketupat bawang. Time ni busy isi beraa pulut dalam buluh lemang.

Masak rendang pun kat luar rumah. Senang.

Meriah sangat. 

Adik no.8 busy kopek kelapa

Lari2 jap keluar rumah semata nak bergambar dengan lemang. Pastu masuk dapur balik, sambung masak juadah berbuka.

Aleesya yang susah betui nak bergambar lately. Tapi aku paksa gak.. hihi

Dah macam kenduri kekdahnya

Gambar tunggang terbalik. Ni masa baru balik dari pasar.

Beli daging untuk rendang & rusuk untuk buat sup tulang ❤️

Kat pasar Masjid Tanah. Beli Aleesya punya anana..

Nak juga interprem.. hihi

Aleesya dengan jajan.. dia tak makan pun. Sepahkan je lebih.

Ni masa kat pasar. Beratur nak beli ayam. Pasar jem oiii.. penuh umat manusia.

Tunjuk skill parut kelapa.. hihi. Sampai naik musle kat lengan..  💪💪💪

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...