KENGKAWAN

Tuesday, July 03, 2018

Fly to Melbourne

Bangun super awal harini. The girls semua tidur lagi. Aku keluar tak kejut sesiapa pun coz malam tadi dah peluk cium bagai. So tanak kejutkan. 

Tak cukup tidur pagi ni. Malam tadi punya sharing session habis pukul 12.30 malam. 

Janji dengan Edward nak keluar pukul 6.00 pagi ni pergi airport. Edward balik Malaysia hari ni. So ada geng pegi airport sama2.

Sampai aiport, bermula lah perjalanan aku secara solo dari Gold Coast ke Melbourne. Pada orang lain maybe tak mencabar pun. Cuma pada aku yang baru belajar berjalan ke negara orang sorang diri ni agak challenging la juga.

Aku naik Jetstar dari Gold Coast. Flight departed pukul 8.30 pagi. Almost 3 jam baru sampai Melbourne. Cuaca kat Melbourne sejuk sangat. Silap tak pakai tebal2 dari Goal Coast tadi. Menggigil woo. Suhu kat sini 12°c. Suhu time malam lagi lah drop.

Sampai aiport, aku amik bas gi Melbourne city. Ada setengah jam jugak lah nak sampai Melbourne city. Aku naik bast 2 tingkat. Best. View kat sini masyaAllah cantik. View pokok2 kering time winter. Cuma takde salji je. Forecast cuaca cakap, bulan July ni bulan paling sejuk kat Melbourne.

Jarak hotel aku dari stesen bas dalam 17 minit kalau jalan kaki. Dekat je. Aku guna gps pegi hotel. Checkin hotel semua smooth. Alhamdullilah. 

Masuk bilik je aku terus baring. Badan rasa penat sangat. Kepala pening. Maybe sebab tak cukup rest plus perubahan cuaca kut.

So hari ni kebanyakkan masa aku spent atas katil je. Ni pun still rasa dizzy.

Bangun tidur petang tadi, terus buka gps cari restoran halal. Alhamdullilah, sini banyakkk makanan halal. Jarak pun dekat2 dengan hotel.

Aku pergi restoran indonesia. Nama restoran tu Blok M kat Little Bourke Street. 6 minit jalan kaki dari hotel ke sana. Hotel yang aku stay ni kat Elizabeth Street.

Ramai tau orang Malaysia kat restoran tu. Aku tapau nasi dengam ayam belado. Sedappp oiii. Pedas tip top cukup piawaian tekak Malaysia aku ni. Aku tapau je bawa balik hotel coz kepala still pening. Esok je lah aku explore Melbourne.

Hari ni banyak videocall dengan Mamoru & the kids je. Dah start homesick teruk ni.. haha.

Dalam Jetstar. Dapat duduk tepi tingkap lagi.. hihi. Dua seat sebelah aku tu kosong. Heaven!

Gly above the clouds

View cantik kat bawah

Arriving melbourne. Nun kat hujung bangunan tinggi2 mencakar langit tu lah Melbourne city. Lain2 area semua kawasan perumahan landed.

Dalam bas.

Chevk on time

Bilik aku. Aku tak amik bilik style backpacker. Tanak lah share bunker bed dengn public toilet. Safety issue. Kira trip aku ni takde lah bavkpacker sangat kan. Takpe. Janji selesa & selamat. Bilik ni tak lah besar sangat. Ada tv besar 60 inci, bilik mandi, mini fridge, heater, kettle & beverages, free wifi. Ok la kan. Cuma tv tu besar gila. Bilik kecil, tv besar pening kepala aku tengok movie 😂😂

Tu restoran Indo Block M. Senang je cari.

View dari dalam restoran

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...