Friday, July 27, 2018

Journey to Cameron Highlands

Best perjalanan ke Cameron kali ni. Sebab banyak sangat pit stop. Banyak singgah sana sini. Maklum lah musim 'deghoyan' bak kata orang Perak. Berlambak orang jual deghoyan sepanjang jalan.

Kali ni kami naik Cameron melalui Tapah. Lalu jalan lama yang berliku2. Bawak slow2 ja. Kereta tak banyak coz hari Khamis kan. Kalau naik esok ramai.

Even kat kawasan air terjun Lata Iskandar pun tak ramai orang. Selalu kat sini parking payah kemain.

Kiddos pulak, asal nampak air nak tiruk. Mamoru bagi green light piknik kat sini. Apalagi, dari kolam atas sampai bawak kiddos berenang. Kemain enjoy depa semua. Baguih naa.

Lewat petang baru kami sambung perjalanan naik ke  Cameron.

Happy mom makes happy kids

Ayu nya minah ni berbaju kurung duk tepi ayaq terjun. hihhi. Malaih tukau baju. Mamoru fetch dari ofis. 

Cantik ayaq terjun ni. Takde orang mandi pun time kami sampai. Cuaca pulak terbaik. Rugi tak bagi anak2 mandi. Bila lagi nak dapat peluang camni kan. Selalu tu penuh tempat ni dengan umat manusia. Dari plan nak menyinggah amik gambau, terus melekat piknik makan deghoyan sekali.

Kami pi 2 keta dengan adik no.6

Water confident. Dalam tau kolam kat sini. Kiddos berenang dengan confident. Tapi Mamoru monitor jugak lah.

Kiddos dengan cousins depa & Mak Uda.

Aleesya pun aku lepaskan berenang. Aqua princess kan. Aku monitor dari atas tebing je.

Friendship forever

Aleesya mandi sorang2. Abang2 dah pi explore kat atas.

❤️💋❤️💋❤️💋

No comments: