Sunday, July 15, 2018

Weekend well spent

Kesian kiddos, mommy tak kasi can langsung. Weekend pun tak boleh bangun lewat.

Pukul 6.00 pagi, semua dah siap mandi. Lepas subuh, semua mommy & daddy angkut pi stadium. Pi main basikal kat situ sementara tunggu mommy settlekan 13km easy run.  Tenkiu daddy tolong teman dan layan kiddos sementara mommy habis lari.

Pastu upah breakfaat kat mamak.

Petang, pukul 3 pi turun swimming pulak. Tapi mommy tak mandi sama. Serjukk. Lagipun semalam dah mandi sungai. Tak larat nak berendam hari2 nakk oii. Kecuttt.

Malam ni, pukul 9.00 semua dah selamat berlayar. Mimpi yang indah2 ya anak2 semua.

Now mommy nak gosok baju sekolah pulak. Gosok sambil layan lagu agogo.. cari mood nak pi keje esok.. hihi.

Haish. Boleh tak nak suggest cuti weekend ditambah jadi 3 hari: Jumaat + Sabtu + Ahad. Gaji kurang sikit pun takpa lah, janji kualiti masa bekerja + kualiti masa dengan keluarga dapat sama rata. Plss pak menteri. Plss...

3 orang anak teruna aku.. hihi. Pagi2 buta mommy ajak main beskl. Semua aku pakaikan baju sama. Senang nak recognize. Ekceli Adam aku kidnap bawak balik rumah semalam.

Daddy dan aqua princess kesayangan. Pantang nampak air, nak tiruk je dia. Tak tau takut langsung.

Tak boleh berenggang depa ni. Sesaat daddy hilang, riuh sekampung duk jerit panggil daddy..

Nak toys..

Santai petang kat b rumh

No comments: