KENGKAWAN

Thursday, January 31, 2019

There goes January

Happy with my training this month. Berjaya ikut jadual dengan jayanya. Jadual training ni aku draf sendiri je. I am coach-less at the moment.  Buat masa ni aku join SAC untuk core & strenght session sahaja. Tak berani nak join running program coz masih dalam recovery mode.

Tahun lepas banyak ajar aku erti sabar. Especially bila aku injured dalam bulan Julai aritu.

Sabar. Sabar. Sabar.

Aku start lari dari bawah. 3km per day.. then 5km per day.. masuk race pun just ambil 10km. Dah takde lagi lari ikut hati. Dah takde lagi mileage2 ultra etc.

10km beb. Dulu aku memang mengelak race short distance ni. Kalau lari nak yang jauh2 je. Tapi sekarang, aku faham. Nak grow stronger or faster kena bermula dah race yang short distance. Kalau short distance tak laju, macam mana nak laju lari long  distance.

Anyway cant wait for my next race in March. Nak tengok sama ada training yang aku buat ni berkesan atau tidak 💪💪

Happy holiday!

#forallsweatandtears
#keepshowingup


Wednesday, January 30, 2019

Kepenatan

Minggu yang paling penat. 

Bukan badan yang penat tapi mental. Terlalu banyak berfikir agaknya.

Biceps still lenguh2. Penangan core training dua hari lepas. Lambat pula hilang rasa lenguh ni. Maybe aku kurang nutrition. Kurang intake protein. Minggu ni memang tak sempat prep meals untuk bekal ke ofis. Asyik makan makanan tak healthy je😢

Atau  maybe sebab beberapa minggu dalam bulan ni aku increase mileage - average 40km to 45km per week. Hmm dunno.

Luckily, esok last keje sebelum cuti panjang sempena tahun baru cina. Boleh rest puas2.

Cepat lah esok..

And cant wait for this weekend long run too!

Tuesday, January 29, 2019

Core & strenght training with SAC

My first session with SAC in 2019 at Bukit Jalil last night.

Tapi bukan running session. This one focus mainly on core and strenght for runners. And since Im still on recovery mode, this session is exactly what I need right now.

The best things is dekat dengan rumah. Just a few lrt station away (4 station kut).

Honestly, aku tak pernah naik lrt pergi Bukit Jalil (drive selalu lah). So, tak sangka sangat dekat. Tak payah pening2 pasal jem/parking. Dari atas train aku dah nampak team SAC berkumpul dekat one of the area depan stadium. Cuma yang tak best, bila time balik, takda orang kat lrt bukit Jalil. Tapi takdelah takut pun sebab staff lrt ada. Dalam tren pun ada la juga dua tiga passanger. Selamat.

Selalunya aku buat core sorang2 je kat rumah. Bila dapat buat ramai2 rasa meriah pula, takde lah hazabb sangat (walaupun lengan aku rasa berat dari malam tadi sampai pagi ni.. lenguh rasa tangan masa buat easy run pagi tadi. tskk).

Most of the core workout malam tadi, aku dah selalu buat. Cuma yang hazab bab reps. Minta nyawa nak habiskan setiap session 😂😂

Jolene impress tengok biceps kat lengan aku. Dia tak tengok abs aku lagi.. haha. 💪💪



Friday, January 25, 2019

Kehidupan fanfasi

Gertak angin memaksa aku berlindung
Antara cerun batu menakutkan
Di kilas kain sutera gadis lintasan belantara
Aku jejaki langkahnya
Merentas ular dan kala
Aku terpegun rimba menjadi kota
Alam yang sungguh berbeza
Insannya hidup sentosa
Tiada sengketa tidak perlu senjata
Mana tempat ku yang ingin kaya
Hilang nilai nya materialistik
Gerun rasanya bergandingan
Malu melayang besalaman
Hilang martabat keturunan
Ku kikis hasrat kedengkian

Layan lagu zaman kanak2. Die hard fan Exist (version Mamat je)

Aleesya tak sihat

Pukul 4 pagi tadi Aleesya minta susu. Baru aku nak susukan Aleesya, dis terus muntah kat dada aku. Cepat2 aku dudukkan dia.

Lepas bersihkan Aleesya (dan sementara aku bersihkan diri), Mamoru bagi Aleesya minum air kosong. Pastu tidurkan dia kat katil Mamoru (since katil Aleesya ada kesan muntah)

Tapi sekejap tu, dia muntah lagi. Sempat alas dengan towel. Habis keluar kuey teow (yang dia makan kat taska). Terus bawak dia pergi mandi.

Lepas mandi muntah lagi. Keluar air je. Maybe perut dia dah kosong sebab muntah banyak kali.

Mamoru volunteer amik cuti untuk jaga Aleesya. Risau betul dia kat kat anak gadis nannan seorang ni.

Tadi Mamoru cakap, dia dah bawa Aleesya pi klinik. Amik ubat tahan muntah. Kata Mamoru, total dari pagi tadi dah 5 kali Aleesya muntah2.

Haish. Cepatlah pukul 4 petang. Tak sabar nak balik rumah. Mamoru suruh cepat2 bagi susu badan.

Aleesya sayang.. tunggu mommy ya.

Mamoru hantar gambar ni masa Aleesya nak breakfast kat Q Bistro tari. Tapi tak jadi makan sebab Aleesya nak muntah lagi. So, tapau bawa balik rumah je. Kesiannya anak mommy..



Thursday, January 24, 2019

How to de-stress?

...travel!

Next, visa application.

😊😊😊😊😊

Minggu yang busy

Minggu yang paling busy.

Aku ambil my niece, Ayuni stay dengan kami coz her parents (adik no.3 & wife kena admitted kat hospital Pantai Ampang).

Since aku tak boleh hantar Ayuni transit kat taska dan since Ariff sama sessi persekolahan dengan Ayuni, aku pass kunci rumah kat Ariff & Ayuni.

Means Ariff & Ayuni terpaksa berdikari pergi dan balik sekolah jalan kaki dari rumah.

Amarr & Aleesya je kami hantar ke taska macam biasa.

So, setiap malam, task aku bertambah - masak lauk pauk untuk next day untuk Ariff & Ayuni makan bila balik dari sekolah.

Setiap tengahari, aku akan call rumah, check sama ada Ariff & Ayuni dah sampai rumah, dah makan ke belum, dah mandi, dah solat, dah pakai baju sekolah petang dan remind kunci rumah, tutup lampu / kipas bila nak keluar pergi sekolah petang.

Alhamdulilah, everything went smooth and well.

Penat sikit lah, tapi best coz aku dah experience satu pengalaman baru - bila anak2 dah tak transit kat taska.

InsyaAllah, kalau semua ok, next year, no more transit kat taska once sessi persekolahan Amarr sama dengan Ariff nanti.

Esok Jumaat, yeayy! Boleh rilex sikit coz kiddos takda tuition dan tak perlu terkejar2. Cuma yang tak best, esok aku pula tak dapat pegi kelas talaqqi.  😢😢




Monday, January 21, 2019

Monday is restday

Ikutkan hati, nak pegi berlari hari ni. Maklumlah cuti Thaipusam. Perfect day for a run. Lagipun kaki rasa tip top. Takde rasa lenguh or penat.

Tapiii... kena sabar. Stick to the plan. Jumping on everything wont help u go anywhere but expose more fatigue / injury.

To get faster you dont need to change your training, you just gotta keep doing it.

So, I just did my ussual core strenght workout on myr restday💪💪

Cant wait for my easy run tomorrow!

Lets create more epic moment!

Eat real food also part of the training too.
Cuba teka siapa yang sabotaj my tempe?
Siapa lagi kalau bukan my only daughter. Dia pi gigit tempe ni dari dalam plastik. Tak sabar nau nak makan. Mentah pun bolehh 😂😂😂

Another prizes from Twincity Marathon Organizer


Received this just now from Twincity Marathon organizer.
Sooo tempting.

Its a free training plan from The Running Plan.

But, if I take this, I will be automatically terminated from being SAC member. Im not allowed to train under 2 different coaches with 2 different plan. It can never work that way.

I love SAC so much. But Im also dying to know how the elites train with The Running Plan.. hihi



Later lah fikir. Nak keluar bawa anak2 pergi memanah 🏹🏹🏹🏹



Twincity Marathon 2019

Id say this year is going to be epic!

I got 9th placing under women senior (age category 35 and above). It was a very competitive run. I ran with elites -ome serious fast marathoner / ultra marathoner! ButIdidnt let my fear control me. Im not competing with them. 

Sampai awal kat starting point. Thanks to Mamoru for drove me there. Sempat warm up 2km sebelum flag off. 

I already memorized the route (thanks to Mamoru again sebab bawa recce route a day earlier. So that I would know what to expect during my run. 

I was hilly route - And I like it.

Felt reallyyy great during the 12km run. Managed to finish as per targeted time 1:10 - official time. Finished so strong. And I was literally dancing towards finishing - yep, that happy.

Im sooo looking forward for next race! Lets create more PB

A good start for this year.


Look at their timing.. very competitve!

With my suppoter

Suka betul Aleesya dengan semua maskot kat sini

With SAC team

Aleesya pi tinjau costume abang sojar sampai centu sekali

!

Sunday, January 20, 2019

Collect race kit

Complicated betul binaan bangunan Tamarind Square (venue untuk race kit collection). Maybe sebab belum siap sepenuhnya. I like D'pulze better. Macam tahun2 sebelum ni.

Anyway, lepas collect race kit, kami pi makan laksa sedap kat Bangi (sebelah library). Bestttt makan kat sini.

Habis makan, straight pi pasar basah Selangor. Restok barang masak.

Supposed minggu ni nak pi piknik with the siblings. Nak buat BBQ. Tapi family adik no.3 tak sihat. Postpone lain hari.

Kiddos pi mana pun hepi aje

Kejap je dah besar anak2 mommy

Amarr main lompat2. Jarang dia nak bergambar macam ni

Amarr yang memakmurkan

Tea time with laksa kat Bangi

Makan tepi sungai.. feeling betul

Friday, January 18, 2019

Baru boleh rilek


Asal Selasa, Rabu & Khamis je memang busy tahap dewata. Berkejar semua benda sebab kiddos ada tuition. Nak make sure semua makan sebelum pergi tuition etc.

Malam pula, wajib tidurkan kiddos. Ni request dari hero2 kecil. Sorang nak tidur bergaru, sorang nak tidur dipeluk - dua2 nak dibacakan bed time story. Lepas habis story, mesti kena "nyanyi" (read as zikir) sampai depa tertidur. Dari kecil sampai dah masuk 9 & 10 tahun pun masih nak mommy ulang rutin yang sama. Lepas diaorang tidur baru mommy keluar tutup pintu bilik.

Kadang2 mommy tak larat. Kadang2 Mamoru tegur kiddos suruh tidur on their own. Tapi mommy tak sampai hati. Alasan mommy, tak lama je lagi. Soon kiddos dah cukup besar, sure takmo mommy peluk or garu sambil nyanyi sebelum diaorang tidur.

Hari ni kiddos takda tuition, tapi mommy ada kelas ❤️
Nota 1: Henry dah ada 2 kawan baru, Goldie & Blacker namanya. Amarr takut Henry sunyi duduk rumah sorang2. So, dia beli lagi 2 ekor ikan. Katanya, macam Amarr 3 beradik dengan Ariff & Aleesya. Henry pun dia nak bertiga juga ❤️


Nota 2: Cuti panjang sampai Isnin. Best! Nak plan apa ya 😊

Thursday, January 17, 2019

Amarr dan Henry

Sekejap je dah masuk pertengahan January.

Alhamdullilah dah boleh manage dengan jadual persekolahan anak2. Kiddos pun dah ok dan dah selesa dengan rutin baru. Cuma ada few things nak kena arrange, ie bilik belajar kiddos.

Dan, nak kena beli baju Pengakap & set alatan memanah untuk Ariff gunna masa hari Koko (setiap Rabu). Selain Pengakap, Ariff masuk kelab memanah juga (dua2 ni dia yang pilih sendiri).

Amarr tak ada sesi Koko sebab masih Tahap 1 lagi. Student darjah  4 ke atas je yang join Koko. Sure dia jeles tengok abang Ariff ada set memanah nanti. Tapi takpa, sure Mamoru belikan set memanah untuk Amarr juga. Boleh praktis dari awal.

Semalam Amarr balik sekolah bawa seekor ikan. Dia beli RM1 katanya. Beria suruh aku belikan makanan ikan. Pastu masa nak keluar pergi tuition, dia duk risau ikan dia tinggal sorang2 kat rumah. Amarr suruh aku cepat2 balik rumah lepas hantar dia dan Ariff ke kelas tuition. Suruh tengokkan ikan dia. Dia siap namakan ikan dia, Henry.  😂😂😂

Aiyoo..

Minta2 Henry mampu bertahan kat rumah arini. Makanan Henry tak beli lagi. Tadi aku buh roti secubit. Tataw lah Henry makan ke tak. Kalau Henry mati satgi, mana laa aku nak cari ganti ni. Haish.

Henry the fish. Tergelak2 Mamoru dengar keletah Amarr bila dengar aku cerita pasal Henry.

Amarr & Henry (dia sendiri yang bagi nama ikan ni)

Monday, January 14, 2019

My boys

Hari ni kiddos said something that really really touched my heart. Nanti lah aku share kat sini.

Mommy love you both, boys. Thank you.

No running today. Restday. So, terlebih rajin masak rendang ketam for tonights dinner. I know I shouldnt skip my "eat clean" diet coz I have Twincity 12km this weekend. But cannot tahan la eat roots and leaf everyday.. haha. So lets cheat for tonight.
2 fat meaty crab for me and Mamoru. Kiddos tak makan ketam. Aleesya share dengan mommy ❤️

Sunday xtvt with kiddos

Balik dari long run session, terus ajak kiddos berendam dalam swimming pool. Mommy jadi whale kali ni. Kiddos asal mommy join swim je mesti nak berpaut kat bahu / badan / kaki mommy.. 😂😂

Lepas mandi, Mamoru ajak breakfast kat luar, pastu pergi main basikal kat area stadium.

Penat main basikal, kami pegi makan pizza kat rumah adik no.7 - melawat baby baru! New addition to Dollah Tengku's family. ❤️❤️❤️

Balik rumah, sambung berenang lagi dengan cousin2 depa pula.

Malam semua tido awal. Dengan mommy sekali tido awal. Sekian. 😂😂

My mini

Sama tak?

Aleesya suka bunga

My heroes

Dualthlon wannabe

Ni je gambar Mamoru yang ada. Tu pun kaki je.. hihi. 
Lifeguard on duty

Saturday, January 12, 2019

Lupa

Dah halfway keluar dari rumah nak buat long run subuh tadi, tetiba teringat hari ni Ariff ada aktiviti kokurikulum (Koko) kat sekolah. First session pulak tu. Hari ni dia kena pilih nak join badan beruniform yang dia suka.

Dari malam tadi dia duk remind pasal Koko. Nak pegi sekolah seawal mungkin katanya. Coz dia takut kelab beruniform yang dia minat tu penuh. Dia nak join Pengakap (yeay, mommy support!)

Aku ada terbaca surat dari sekolah, penglibatan dalam xtvt Koko ni akan dikira 30% markah keseluruhann untuk masuk sekolah berasrama.

Tho aku tak ada fikir or ready bab masuk sekolah asrama apatah lagi berjauh dengan kiddos, tapi aku tanak la jeorpadize peluang untuk kiddos ke sana.

Mamoru busy this week. Mommy kena multitask. So training kena tukar sebelah petang la nampaknya. Buat easy run je. Esok pagi baru buat Long run.

Balik dari hantar Ariff, disambut dengan wajah kesayangan ni. Rambut dia berikat dari malam tadi, bila buka ikatan getan, jadi curly camni. Comel sangat!

Yang dilindungi

Thursday, January 10, 2019

Kurik kendi

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang baik itu budi
Yang indah itu bahasa

❤️

Wednesday, January 09, 2019

Turn mommy

Malam tadi turn mommy hantar dan amik kiddos tuition.

Suka tengok kiddos hepi dengan kelas tuition masing2. Sampai mommy pula pelik tengok depa excited pergi tuition. Bila tanya kelas ok tak? Masing2 cakap bestttt sangatt. Especially Amarr. Wow. Mesti tutor tu pandai tackle kiddos. 

Amarr jenis tak suka nak bagi credit kat sesuatu yang dia suka. Paling2 pun dia akan cakap "ok". Dia jenis kalau dia tak suka, memang dia cakap direct je takde sorok2. So, kalau dia cakap "besttt" kuat2 tu, maknanya memang menda tu yang terbaik la.

Ariff pula jenis suka jaga hati orang. Jawapan dia selalu akan amik kira perasaan orang instead of apa yang dia rasa. Sama macam perangai aku.. hihi. Jenis duk jaga hati orang. Tapi bila tengok dia excited nak pergi tuition siap ingatkan aku lagi tentang kelas tuition dia, means memang best lah kelas tu.

Kelas tution kiddos setiap hari Selasa, Rabu & khamis. Dua jam setiap sessi. Kesian juga kat kiddos coz kena sekolah agama, sekolah kebangsaan, mengaji, tuition lagi. Tapi, as long as they are ok and happy, then ok lah. 

Yes, ramai cakap tak payah lah nak hantar tuition bagai. Menyusahkan anak2 coz depa kecik lagi. Pada aku, biarlah susah2 dari kecik dari menyusahkan bila dah besar nanti. Ada masa kita boleh main-main. Tapi, jangan main-main.

Tuesday, January 08, 2019

Next marathon?

I think Im ready to train for a half marathon race. Training je. Race belum decide kat mana.

Tapi bukan dalam masa terdekat. Maybe dalam bulan July nanti kut.

Tak berani nak lari HM or FM sesuka hati dalam masa terdekat ni. Tahun ni nak lebih selektif. Nak avoid injury dan paling penting nak make sure finish strong setiap race.

January ni masuk bulan ke-5 aku train dengan konsisten. Mileage maintain average 35km - 40km per week. Long run pun dalam 10 - 18km.

Pasni boleh lah increase mileage sikit2. I got the feeling that this gonna be awesome year for me & my family. InsyaAllah. Gonna make every second count!

Oh, aku ada race Twincity 12km on 20th January nanti. Diulang 12km okay.. hihi. My recent best timing for 12km is 1:14.

Twincity 2019 ni, aku target nak finish 12km dalam 1:10 insyaAllah 💪💪 Tazabar!!

Aleesya shopping toys

Sampai tak cukup tangan dia angkut toys. Mommy perati je.

Muka minta mommy tolong angkatkan toy dia coz aku cakap aku akan beli yang mana dia mampu bawa ke kaunter je...hihi

Monday, January 07, 2019

Our weekend

Spent cuti2 kat Kuala Selangor.

Nenek tak sihat. Dan dah mula pelupa. Sekejap2 dia tanya siapa nama cucu2 dan cicit dia. Bila kita beritahu nama, dia ingat semula. Tapi sekejap je lah sebab lepas tu dia lupa semula.

😢😢😢😢😢😢😢😢😢

Kesian nenek. Kalau masa dia sihat dulu, dia suka bercerita dan suka masak untuk cucu cicit semua.

Kiddos pula suka sangat balik kampung. Ramai sepupu sepapat yang sebaya.

Tak bawa depa pegi beejalan sangat coz nak spend masa dengan nenek. Sempat bawa kiddos naik bukit Melawati je. Jadi lah dari tak ada.

Kat puncak bukit Melawati

Background rumah api

Us

Aleesya kepenatan berjalan. Suka sangat bila daddy dukung camni

Naik tram panjat bukit

Isnin yang super busy

I never crack under pressure - ever.

Super duper busy hari ni. Busy kejar orang suruh submit report. Lusa ada meeting dengan BNM.

Ni pun dah gelap baru nak balik rumah. Tskk.

Esok another challenging day. Kiddos start tuisyen semula. Masa cuti sekolah bulan lepas kiddos turut cuti tuisyen. Kasi peluang masing2 enjoy cuti sepuasnya. Tapi bila dah start sekolah, kena lah sambung semula.

We can do this kids! Belajar rajin2 okay. Weekend nanti kita main puas2.

💪💪💪

Tenkiuu colleagues. Bawak aku lari keluar ofis untuk lunch. Kalau tak tadi, memang aku duduk menghadap pc je. Keje melambak, malas nak turun.

Lunch at Nandos

Friday, January 04, 2019

Class cancelled

My very first class tonight was cancelled.

Sedih.

Punyalah bersemangat balik dari keje tadi semata nak pi kelas. Sanggup tak pi lari pagi tadi semata tanak rasa penat atau mengantuk masa kelas malam ni.

Haish.

Takpe lah.

So next kelas will be next Friday.. adoyai.. lamanya nak tunggu 😔

Since kelas cancelled, tukar plan lain. Kita buat core workout hari ni.

Puas hati dapat keluarkan peluh. Lebih hepi dapat tengok abs semakin keras berketul2.. hihi. 💪💪

Dinner untuk long run esok. 
Keledek rebus + beet + avoc + green leafy + orange + bluberry

Melawat Akram

Gigih redah jem balik keje semalam semata nak pi melawat Akram (anak pada adik lelaki no.5) kat Columbia hospital.

Dia masuk hospital sebab athma - penyakit keturunan 😂😂. Syian Akram, supposed dia start masuk darjah satu, tapi seems next week je lah dia start masuk kelas. Cempat sembuh ok. Kawan gaduh aku ni. Suka ajak aku main lawan2 kalau berjumpa.. hihi

Awal tahun ni insyaAllah aku akan dapat 3 orang anak buah baru. Meriahlah raya tahun ni dengan suara baby kat rumah ayah nanti.

Dinner kat my fav Kak Mah bubur nasi kat Kampung Bari on the way balik dari hospital.

Akram dengan MummyLong & DaddyLong
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...