Tuesday, March 26, 2019

Caving Gua Tempurung

Misi caving berjaya. First time bawa anak2 pergi caving.  Kami ambil sampai platform 2 (1 hour dry caving). 

Turns out kiddos enjoy explore gua Tempurung. Sampai minta nak proceed ke platform seterusnya. Tapi route selepas tu dah more to technical. Kena guna headlamp  & helmet. Kena masuk laluan 'tikus' dan redah air. Next time kita try next level pula ya anak2.

Beli tiket. Harga tiket depends pada route yang kita pilih. Kami ambil pakej ke "top of the world" (platform 2). Dewasa RM12, kanak2 umur 6 tahun ke atas RM8. Kalau pegi Platform 1 lebih murah harga tiket atau kalau nak wet caving lebih mahal sikit. 

Kiddos paling excited kat sini.

Entrance masuk gua

Serious lawa gunung ni. Banyak laluan bertangga (tinggi2 tangganya okeh!!) Ada kawasan tangga yang licin. So kena hati2. Panas sikit kat dalam ni. Bawa kipas tangan kalau tanak kepanasan. View memang superb. Nampak jelas batu2 dalam gua sebab lampu terang benderang.

Nampak sayup je tangga2 yang kena didaki dari jauh. Besar dan panjang gua ni. Lupa nak on gps. Kalau tak sure tau dah jalan berapa kilometer dalam ni. 

Tangga dan tangga lagi.

Ni wind tunnel. Kat sini je ada angin.. hihi

Subhanallah, cantiknya.

Platform 2. Our tour ends here. Depa panggil "top of the world" sebab kami berada kat kawasan paling tinggi dalam gua ni. Route selepas platform ni kena start turun tangga dan dan masuk kawasan gelap takde lampu. Very technical tapi doable untuk kanak2 baya Ariff dan Amarr. Cuma kena berani je lah. Kalau panik, payah nanti. Boleh kena klastrophobia.

Ni dah nak sampai pintu keluar gua

Hujung tu pintu keluar. Trip yang kami ambil ni, keluar dan masuk ikut pintu gua yang sama. Kalau trip advance, pintu keluar dia lagi besar dan adventure! 
Next time, promise!

Alhamdullilah, dalam busy dengan kerja, dapat juga spend time dengan anak2 time cuti sekolah. Hectic betul jadual sehari2. Tapi happy sebab time well spent. When u really happy and thankful with ur life, it shows. 

Be thankful, be happy, be kind even to those who always have unfinished business with you. 

Move on. Im already in a new chapter 😊😊

1 comment:

ain.ya.nun. said...

Wahh, best ni. Nanti boleh try bawa anak.