Saturday, March 16, 2019

Merentas desa sekolah Ariff

Tahap 2 ada merentas desa pagi ni. Ariff join kategori 3km, jadi kami datang suport.

Tak sangka pula ada kategori untuk parents juga, so Mamoru daftarkan nama aku. Dia tak dapat join sebab nak babysit Aleesya.

Lari pakai jeans okay. Tak selesa sebab keras dan ketat. Masa aku masuk kat barisan parents, semua emak-emak kat situ tegur dan cakap aku akan menang.. haha. Depa tengok badan aku kecik kot.

First 500 meter aku pretend lari2 anak je. Tanak tarik perhatian  sangat. Bila dah jauh dari kawasan sekolah, aku terus timggalkan group parents. Sebab nak cari Ariff coz sepanjang 3km tu tak ada water station.

InsyaAllah, tahun depan aku nak volunteer buka satu water station masa merentas desa sekolah Ariff & Amarr.

Masa last 1km aku nampak Ariff dengan kawan dia. Aku towing Ariff kat sini, tapi dia tanak tinggalkan kawan baik dia. So aku towing dua2 sekali, kiri kanan aku tarik sampai ke kawasan sekolah.

As expexted by the moms, aku dapat first place.. haha. Rasa serba salah coz compete dengan beginner. Tapi happy sebab the moms kat situ tertarik nak join running pasni. Maybe tengok aku yang jauh lebih berumur dari diaorang lebih aktif. Happy dapat pengaruh orang lain buat aktiviti sihat 😊😊

Johan tanpa sengaja.. 😂

Barisan top 10 moms category

Suka Ariff & Aleesya bila mommy menang. Amarr tak join kami pagi ni

Briefing by cikgu sebelum flag off

Right after lari. Ariff tak menang pagi ni, tapi stil happy 💪

Next, nak train Aleesya pula 😊

No comments: