KENGKAWAN

Wednesday, April 26, 2006

pewai~

*giler*.. bangun lewat arinih. jam berbunyik pun tak dengar. melompat aku bangun dari katil. tengok jam kat dinding dah pukul 8.30 pagi. kelam kabut capai towel. dalam kepala nih duk pikir sempat ke aku attend meeting pukul 9.00 pagi kang.. (matilah ada exco meeting).. masa tengah bersiap, sempat gak aku bukak organizer.. tengok tarikh arinih.. eh, sebenarnya arinih berapa aribulan ek?.. aku capai henpon - pilih secara rawak je dlm phone directory, pastu terus dial..

heLo, weh arinih baper aribulan haa?
err.. 26hb.. kenapa ek?
26? rabu kan?
err.. a'ah.. kenapa ni?
fuhh lega.. ok lah nak kompemkan tu je.. askum

*gegelak*.. sure member aku bengang. call semata-mata nak tanya tarikh.. (sory beb, wa gelabah la pagi tadi).. aper pun, alhamdullilah.. ingatkan arinih 27 aribulan..*syukur*

start dari balik Nuang weekend aritu, sampai la arinih aku tak cukup rehat.. banyak seyy, keje yg nak disiapkan.. plus projek utk outdoor xtvt lagik.. (nOoo its not dat aku merungut.. aku enjoy buat memender nih semua.. cuma kenkadang tu, aku rasa aku kurang bagi perhatian kat diri sendiri).. e.g., skrg nih aku senang sangat kena selsema. nih la akibatnya kalau rehat tak cukup.. makan minum toksah cakap lah.. breakfast di-cum sekali dgn tea time.. lunch + dinner di-combine-kan dgn supper.. *sighs*.. seingat aku la kan, seminggu sekali je aku sentuh nasi.. tu pun taim dalam hutan..*gegelak*.. aper nak jadi dgn aku ni daa..

jumaat - sabtu nih, aku off ke negeri semilan. nak kena arrange another event kat sana. lepas tu maybe spend cuti kat melaka. hari selasa baru balik KL. dah sebulan aku tak balik kampung.. hmm, patut la bapak called masa aku tengah trekking kat Nuang aritu. dia tanya, bila nak balik.. aku cakap, labour day nnt aku balik la.. dia duk heran naper aku termengah-mengah masa on the phone taim tu.. tanak dia risau, aku bohong sunat (isk.. tak patut sungguh).. aku cakap tengah exercise (boleh?)..*adeii*.. kena balik mintak maaf nih. kang tak selamat aku keluar masuk hutan..*gegelak*

*********************************************

got no time to blogging la.. anyway, sebelum terlupa, memandangkan ramai org yg email aku tanya tentang xpdc Godongs ke gunung Yong Yap, aku bubuh info kat sini la ek. sesiapa yg berminat nak join, inpom je coz xpdc kali nih mmg open utk semua..

XPDC Gunung Yong Yap

Lokasi : Perak
Tarikh : 11, 12, 13, 14 May (note: 12 public holiday)
Fee: RM 130 - including transport pegi balik, 4wd, guide, ration (makanan) & khemah

Day 1
11 May depart dari KL (mlm) naik ketapi gegamai -- arrive Sg Siput kul 2.00 pagi (12 May) -- sementara nak tunggu siang, lepak / tido kejap -- pagi, sarapan pastu gerak ke Kuala Mu naik 4wd -- start trekking -- arrive puncak dlm pukul 8.00 mlm (best!) -- kemsait kat puncak

Day 2
sarapan + snappy pics -- kemas / packing -- gerak turun dari puncak -- kemsait kat kuala Mu -- mlm ada games

Day 3
gerak keluar utan naik 4wd -- singgah Ipoh jap -- xtvt bebas -- naik bas balik KL (raggae)

take note, gunung Yong Yap nih gunung yg ke 6 tertinggi di semenanjung me'sia. ketinggian dia melebihi 7000 kaki (G7). cuaca kat puncak mmg sejuk giler.. so, saper yg berminat nak join, inpom awal-awal & jgn lupa bawak:
  • sweater
  • rain coat (in case la)
  • sleeping bag (beli kat pertama kompleks - murah je)
  • kasut getah (beli kat chow kit - RM 4.50)
  • torchlight
  • barang peribadi yg lelain tu, ikut suka la
peralatan camping yg lelain (fly & ground sheet, khemah, stove, etc, semua disediakan).. lastly, gegajin lah exercise sikit sebelum pegi nih.. ek.. warm up, katanya.. *wink*

7 comments:

Anonymous said...

easy busy dizzy ad..
ko tu dahla saiz xs..xreti2 nak makan lagi..
_sdian

silent reader said...

aiyak.. i dun have the stamina laa nk panjat gunung.. i like outdoors.. last time boleh laa kot.. skang dah obesiti terlampau dah i ni.. haih laa.. tape laa enjoy ur trip.. jgn lupe makan.. whatever it's, health comes first.. nnt u dah sakit tkder sape nk jaga u..

daily quotes
-Health is the soul that animates all the enjoyments of life, which fade and are tasteless without it.

Lucius Annaeus Seneca

efwin said...

hi aD,

jus nak tny pasal kinabalu..i ngn kwn2 plan nak naik ogos nie..cume nak tau cmne nak deal ngn sesape kat sana utk panjat kinabalu tu?ada sesapa yg i leh contact ke?or jus sampai sana then panjat?
tenkiu..

amizgig said...

geng, esok aD reply ek.. x sempat nih.. esok ek?

Anonymous said...

hehhe..ad lagi satu nak tanyaa
pewai tu hapa?bahsa apa?_sidian

amizgig said...

dian:
pewai tu bahasa yg slalu bebudak gunung guna.. meaning dia, lebih kurang.. penat/letih/mengong/mengarut.. *hehe*..

silent reader:
iyer..iyer.. macik paham.. *gegelak*..

efwin:
awk naik ikut timpohon / mersilau? kalu nak view yg cun, ikut mersilau la.. byk bonsai, air terjun, lgpun ikut mersilau boleh dpt satu lagi certificate (selain sijil official mendaki kinabalu).. tp perjalanan jauh sikit.. kalau ikut timpohon, azab naik tangga.. cepat pewai.. view kurang.. aD naik aritu ikut mersilau. pagi tu kitaorg daftar nama + byr guide (70 inggit rasanya).. nnt dia bagi tag (kena sentiasa pakai).. pastu start mendaki.. then kena overnite kat laban rata.. tunggu sampai kul 2.00 pagi, baru guide yg sama dtg bwk kita naik puncak.. basically, dats it la.. kalau ada further inquiry, juz tanyaaaa jer. it'll b my pleasure to help new climbers nih =)

efwin said...

ok aD - tenkiu!nnt kite tanye awk lagi,eh!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...