Ada 2 laluan yang aku guna untuk pergi keje.
1. Star 》 Putra
2. Komuter 》 Putra
Buat masa ni, aku tak fix guna laluan yang mana. Kadang guna no. 1. Kadang pula no. 2. Ikut mood.
Laluan no.1 sangat chaotic. Sebab tren Putra kena interchange kat stesyen Hang Tuah. Memang kena berlari, berkejar, berlaga bahu dengan penumpang lain. Setiap tren macam sardin. Penuh dengan orang yang rushing nak pergi keje. Laluan ni ambil masa 45 minit untuk sampai ke tempat keje. Tren pula sentiasa ada selang 5 atau 7 minit.
Laluan no.2 sangat aman dan tenang. Tak ramai penumpang. Setiap kali naik komuter, mesti ada tempat duduk kosong. Kalau guna laluan ni, aku akan ada banyak masa untuk rehatkan badan & minda sambil tunggu komuter dan karang blog macam sekarang ni 😅. Laluan yang ni pula ambil masa 30 minit untuk sampai ofis. Cuma tren hanya ada selang 30 minit (peak hour) atau selang satu jam 😅😅.
Bila bangun tidur, hari² kena decide;
- Nak ikut laluan tenang atau laluan chaos?
- Nak tunggu lama di stesyen atau nak naik tren cepat?
- Nak berasak atau nak tempat duduk?
Sama macam hidup juga. Ada banyak pilihan. Tak semua yang sukar tu susah. Dah tak semua yang mudah tu senang. Semua ada pros dan cons. Yang penting apa pun pilihan yang dibuat, haruslah memberi hasil yang kita nak. Gituu.
*********
Setakat ni, aku tak pernah lambat ke ofis. Malah sentiasa sampai awal setengah jam atau kadang, awal satu jam di ofis. Bergantung pada laluan yang dipilih.
Hepi working.