Sunday, April 26, 2020

Sedekah

Kena selalu ingat charity begins at home. Dulu bila bercakap tentang sedekah, selalu ingat nak cari orang fakir miskin, nak bantu orang fakir miskin. 

Hakikatnya, orang fakir dan dan miskin takkan wujud kalau  kita ambil tahu dan bantu saudara² terdekat yang memerlukan. Orang fakir miskin dan gelandangan pun pasti ada saudara mereka sendiri. Mungkin saudara² mara mereka pun tak berkemampuan, tapi mereka (dan kita) kena ingat, bersedekah takkan membuatkan kita jatuh miskin).

Bantulah adik beradik, saudara² terdekat dahulu. Bila yakin tiada saudara² terdekat yang mencatu beras untuk makanan seharian mereka, baru lah diluaskan sedekah kepada mereka yang memerlukan. Ambil berat, tanya khabar. Kalau semua orang mulakan sedekah dari rumah, insyaAllah, takkan lagi ada orang yang homeless, peminta sedekah (unless, sindiket).

Sedekah menambah rezeki. Sungguh. Lepas transfer duit buat belanja ayah & adik² yang terkesan akibat covid-19 pagi Jumaat, 1 Ramadan aritu, tiba² dapat whatapps dari owner homestay di Melaka. Owner tu cakap dia nak pulangkan duit RM1,030.00 yang aku transfer dulu. Duit tu deposit homestay untuk hari Raya nanti. 

Tahun ni, turn beraya di rumah ayah. Dari hujung tahun lepas aku dah booking dua buah homestay dekat kawasan perumahan rumah ayah. Maklum lah adik beradik 15 orang, campur ipar, anak² buah, memang tak muat rumah semi-D ayah. Jadi aku sewakan dua buah homestay sekaligus. 

Aku memang lupa sungguh part duit homestay ni. Duk fikir keje, PKP, adik beradik yang job depa affected dengan covid-19 ni, etc.

Kira rezeki lah juga kan. Baru lepas bersedekah, Tuhan tambah pula rezeki yang aku pun dah terlupa. Alhamdulilah. Semoga murah rezeki owner homestay tu.

Raya tahun ni, dalam sejarah tak dapat balik kampung. Ziarah saudara mara, bersalaman, bunga api, lemang, dodol segala. Semua kena beraya dirumah sendiri. Duit raya pun kena bagi online je kat anak² buah. Dan macam hidup dizaman futuristik je. Semua buat hujung jari. 

Salam 3 Ramadan. Nak order lampu lip lap online satgi. Nak kasi mood happy kat anak². 

Ajar anak² cara buat sabun. 

Suka depa mix fragrance dan warna untuk sabun masing²

Aleesya tuang sabun dalam mold sambil dibantu oleh daddy

Hasil sabun² mereka. Semia sabun bentuk cawan sebab mold pun guna cawan plastik

Wangiii dan dan banyak buih kata kiddos



Friday, April 24, 2020

Ramadan Kareem


Selamat menyambut bulan Ramadan
Selamat berpuasa
1 Ramadan 1441H tahun ni jatuh pada penghulu segala hari. Tapi sayang, sebab masuk hari ni dah 6 minggu tak ada solat Jumaat di masjid.

Semalam baru dapat tahu PKP akan masuk masuk fasa ke-4 dan dilanjutkan sehingga 12 May. Buat yang sedang diduga dengat hebat akibat PKP ni, banyakkan bersabar ya. Aku sendiri pun sibuk menolong adik beradik, saudara terdekat yang memerlukan bantuan. Ada rezeki lebih, kita kongsi sama². Lebih² lagi dibulan mulia ni. 

Bulan puasa ni, alhamdullilah, anak² dah besar, tak banyak karenah. Senang banyak. Cuma tadi Ariff tiba² minta potongkan buah mangga. Dia lupa yang dia tu puasa 😊.

Aleesya pun senang nak jaga. Tak minta nasi pun. Just makan buah² je sepanjang hari. Tak perlu nak masak awal pagi. Tunggu  lepas Asar nanti baru start masuk dapur. Work from home pun, bukan tiket untuk masuk dapur awal². Ni dari pagi sampai petang menghadap laptop. Apa nak buat. Tak boleh mengeluh. Ramai orang kat luar yang hilang keje. Awak yang masih ada kerja ni, bersyukurlah banyak².

Cuma sedih, time² awal puasa ni, bendera jepun naik. Frust tak dapat nak kejar pahala Ramadan. Tak apa lah, malam ni kita spend dengan buat sabun.

I just received my Laurel berry berry oil yesterday. Freshly made in Turki. Cant wait to make Aleppo soap from it! Ever heard about Aleppo soap? Will update about it in IG @womenofmalaya soon!

And ooh, I also received breastmilk stock from one of my customer. She wanted me to make customize breastmilk soap for her and her babies. Cant wait to do it tonight ❤️


Tenkiu runner Melaka coz hantarkan kek dari Secret Recipe ke rumah ayah. Suka betul ayah makan kek chocholate brulee (my fav too).

Selamat menyambut bulan puasa ayahanda dan dan bonda. Ampun dan maaf tahun ni tak dapat puasa sama². Semoga ayahanda dan bonda sentiasa hepi dan selamat dibawah lindungan Allah swt.

Senyumm panjang runner bila minta tolong tuliskan atas kek macam ni. Tak kenal pun runner tu, jumpa nama dalam FB Melaka. Semoga dia murah rezeki.

Video ayah 

Saturday, April 11, 2020

Covid 19 curfew extended again

Hari ke 25 perintah kawalan pergerakan. Semalam Perdana Menteri dah announced fasa ke-3 PKP. Semua kena sambung duduk rumah aampai 28 April ni.

Dan kemungkinan besar akan ada lagi fasa seterusnya sebab fasa ke-3 ni termasuk awal bulan Ramadhan. Kalau PKP berakhir selepas fasa ke-3, tentu ramai yang menderu balik  ke kampung sebab dah masuk bulan puasa & raya. Govement pasti tak benarkan semua orang berkumpul mendadak. Takut jadi macam kat China, virus merebak sebab semua pakat balik kampung sambut CNY.

Bila dapat tahu cuti sambung lagi 2 minggu, rasa bersyukur sangat. Sebab selalu memang susah nak apply cuti even cuti tahunan berlambak². Asyik carry forward je tetiap tahun. Itu tak termasuk yang forfeited sebab lambat sangat ambil cuti.

Tapi bila fikirkan saudara² terdekat yang mengharap PKP berakhir sebab income terganggu, rasa happy tu tenggelam. Walau berat hati, aku turut berdoa supaya cepat² dapat cipta antivirus. Moga² keadaan pulih semula secepat mungkin.

Kiddos pula memang hepi sangat bila dapat tahu sekolah sambung cuti lagi. Nasib baik lah kiddos bukan jenis suka berjalan. Dah lebih 25 hari huduk berkurung pun tak pernah sekali pun minta keluar rumah. Asyik menghadap PS4 je. Aleesya je kadang² request nak mandi swimming pool. Haish, memang tak dapat lah.

Nasib baik cikgu² rajin buat online tutorial, zoom discussion, skype segala bagai. Seronok kiddos dapat belajar online camtu. Lagi praktikal. Tak perlu habis masa pi hantar gi pusat tuisyen or pergi sekolah. Agaknya, beberapa tahun akan datang, semua orang belajar dari rumah je. Time exam je pegi exam hall.. hihi.

Sekarang dah ada bazar Ramadham online kat area rumah ni. Alhamdulilah. Sebut je nak makan apa, semua ada. Nak beli barang basah pun berderet supplier. Tunggu depan pintu je. Paling buat aku rasa happy sangat bila ada supplier buah² tempatan. Kiddos suka makan buah. Dekat 20 hari depa duk minta nak makan mangga. Kat supermarket semu memang tak wujud dah mangga. Bila masuk group bazar ni, jumpa pulak supplier mangga. Terus beli banyak² buat stok. Mangga susu. Cantik² buah dia. Kuning² semuanya. Alhamdullilah.

Puasa dah dekat, persediaan  semua biasa² je. Tak rasa nak sambut meriah². Kuih raya pun mungkin tak buat. Bukan boleh ajak orang datang beraya pun. Kalau buat pun, mungkin sekadar nak penuhkan masa atau nak amik mood raya je.

Oklah, nak aambung buat sabun. Till later, stay safe.

Throwback gambar Aleesya sebelum PKP aritu. 4 years 4 months.





Monday, April 06, 2020

Stay strong

Hari ni hari 20 perintah kawalan pergerakan. 20 days staying at home. 

Tak ada istilah bosan kat sini. Masa dihabiskan sepenuhnya buat perkara yang disukai.

Spending my sweet time concentrating on my small business Women of Malaya ™

I know its not a good timing for my soap business to grow, but its okay. The most important thing is I enjoy doing it. I really do. Making soap make me happy (apart from running marathon 😊)

Currently, Im working from home until end of the movement control order. Multitasking from doing my office work, house chores, cooking and making soap at the same time. And yes, excercising to maintain my body fitness for my next marathon -  if it ever going to be held (my next race would be the Standard Chartered Marathon in June, but I doubt its going to happen in). But thats okay, safety first. 

Anyway, Ive been super busy at home. And I love it! 

And I made new batch of soap from fresh avocados 🥑 yesterday. I loveee avocados. Want to know the benefit of using avocado soap to your skin? Follow me at IG Women of Malaya ™


Take 5 minutes rest

Pardon my handmade arm sleeve 😁. I cut it from Aleesya's old jeans.

Freshly made avocado soap. Smells soooo lovely

The soap weight 120gm each


Friday, April 03, 2020

Women of Malaya™

Semalam first time aku sedikit stress sebab work from home. Rasa rimas bila boss asyik whatapps non stop event time tengah² malam. Dan rasa agak tak puas hati sebab ada certain colleague yang tak ada access email, boleh santai duduk rumah sahaja whilst yang ada email access tak cukup tangan bekerja sampai ke malam. 

Yelah, sebelum covid, stress kat ofis habis kat ofis. Tapi bila work from home, aura stress buat keje ofis memenuhi ruang udara kat rumah pula 😭

Rasa nak marah semua orang dalam group ofis whataps semalam. Tapi Mamoru bagi tazkirah dan automatik aku jadi sabar focus pasa benda lain. 

Duduk kat rumah ni seriously buat diri rasa asyik nak shop online. Lebih² lagi semua penjual termasuk lah penjual ikan dah venture into online seller. Haish. Pastu seller baju raya pula macam cendawan. Duk perang iklan kat FB & IG non stop. Cobaan sangat okay. Cobaan nak kawal nafsu makan mewah, cobaan nak beli baju baru. Kebetulan baju raya dab beli dari awal tahun aritu. So, memang tak tergoda sangat dengan iklan² baju raya ni. Kalau hari biasa, dah lama dah tambah koleksi baju raya. Tapi memandangkan kebarangkalian besar raya tahun ni terkurung dalam rumah, maka, tidak lah tergoda tengok baju² cantik ittew. 

Kalau still rasa nak beli mende tak perlu dan merapu, better sedekah je duit pada adik², ibu ayah atau sedara² terdekat yang lebih memerlukan. Ada juga pahala.

Ok done membebel kat sini. 

Meh cerita lain pula. Bawah ni gambar sabun yang aku buat. Dah lama sebenarnya start buat sabun, cuma tak share kat sini. Blog ni pun sebulan sekali berupdate 😋

Kalau nak tengok n latest natural home made bath and body care product yang aku buat, klik & add IG  Women of Malaya atau klik kat link bawah ni. More product coming soon ❤️: 


Nama IG ni sempena nama my late mom, Noor Malaya ❤️ My datuk bagi nama ni sebab Ibu lahir pada hari kemerdekaan - 31 Ogos 1957 ❤️

Wednesday, April 01, 2020

24 hours KL - Desaru - KL

Throwback 17 March 2020. A day before #PKP (perintah kawalah pergerakan) or #MCO (movement control order).

Sepatutnya bulan March, kami bawa ayah & ibu bercuti ke Bali. Tapi sebab worldwide kecoh tentang covid-19, kansel plan bercuti ke luar negara dan tukar cuti² dalam Malaysia je. 

Plan asal nak habiskan seminggu cuti sekolah bulan March dengan pusing dari KL - Putrajaya - Desaru - Mersing - Rompin - Cherating - KL.

Tapi masa masa hari 1st sampai Desaru, hati dah tak sedap. Macam dah agak sesuatu akan jadi. So, tak jadi nak sambung cuti². Sampai Desaru dah almost maghrib, sebab kami bertolak dari Putrajaya belah tengahari (sebelum tu kami overnight kat Dorsett Hotel, putrajaya)

Kami spent satu malam kat Hard Rock Hotel sebelum decide untuk kansel trip dan patah balik semula ke KL.

Esoknya lepas breakfast dan  teman anak² mandi kat pool, kami terus berkemas untuk balik ke KL. Kebetulan, masa masa nak balik, kami dengar ura² PM nak announce lockdown. Sempat dengar pengumuman #PKP online dari radio kereta.

Dan sekarang, dah masuk minggu ketiga PKP. 

Apa pun, alhamdulilah, keputusan teebaik kami buat untuk kansel road trip kali ni. Kalau tak, entah kan kami terkandas di tempat orang tak boleh balik rumah pula.

Tak pasti #PKP ni sampai bila. Bila tengok jumlah pesakit covid-19 bertambah 100++ dari hari ke sehari. Macam lama lagi je PKP ni.

Lebih² lagi bila banyak bantuan gov beri untuk semua. Macam beri bayangan yang PKP ni bukan sementara. Walaupun income kami tak affected, bonus tahun depan sure akan affect juga. So, kami plan untuk saving sebaiknya 6 months morotarium yang Bank Negara bagi untuk housing loan & loan kereta. 

EPF pun bagi 2 kemudahan: First, caruman dikurangkan dari 11% ke 7% untuk 12 bulan & second bantuan  RM500 sebulan dari akaun 2 juga selama 12 bulan. See how much extra cash flows one will have starting May 2020? 

Other entitlements, kami tak layak. So far, ini je yang kami boleh apply. Ada orang berdebat jangan amik EPF lah, itu duit sendiri lah, duit hari tua lah. Pada aku, tepuk dada tanya selera.

Apa nak buat dengan lebihan cash flow? SAVE. SIMPAN. Sebab kita tak tahu apa effect covid-19 ni untuk beberapa bulan akan datang dari segi ekonomi. Tahun depan sure banyak company kurangkan bonus. Atau some, mungkin tak ada bonus langsung, so, consider ini sebagai bonus in advance.  

Lagi 3 minggu nak masuk bulan puasa, tak perlu simpan niat beli baju raya, kuih raya, mercun dan sebagainya. Tahun ni boleh jimat banyakk benda. Dan tak pelu juga spend duit minyak dan tol sebab tak terlu teruja nak balik kampung atau melawat saudara seluruh malaysia.

 Negara China punya kes covid19 naik mendadak sebab rakyat dia sibuk balik sambut CNY bulan January aritu. Walhal China dah aware dengan virus covid19 since november 2019 (actually september 2019). Dan kebetulan kita pun akan  sambut aidilfitri bulan depan. Nak ke ulang kesilapan yang sama?

We are at war with unseen yet deadly enemies. Lets us fight this together. To win this war, you dont have to carry any weapon to any battlefield. You just need to stay at home. 

So stay home. Fight covid-19. 

P/s: layan gambar holiday less than 24 hours di Desaru aritu.












Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...