Monday, April 22, 2024

Gathering ex schoolmates Daddy

Gather dengan kawan² kelas daddy masa tingkatan 4 sains tulen dulu. Meriah semuanya. Kami buat style potluck.

Mommy masak rendang ayam ciliapi, kek batik, agar² jeli, salad (untuk mommy hihi sebab nak diet) dengan serunding (yg ni je beli). Sepatutnya mommy just kena bawa rendang ja.  Tapi biasalah kan mommy memang suka overboard bila memasak.

Kami pakat sembang dari tengahari membawa ke petang.

Ariff tak ikut pergi sini sebab busy beraya rumah kawan². Just Amarr dan Aleesya ja yang ikut. Tapi takda gambar Amarr dan Aleesya kat sini sebab memasing ralit duduk kat ruang tamu.






Ni la beberapa kawan kelas daddy yang datang. Suka tgk relation diorang. Stil



 

Friday, April 19, 2024

Baraan raya kat Kuala Selangor

Sekitar Syawal ke-4.

Keluar baraan dari pagi sampai lewat petang baru balik rumah. 

Anak² penat tapi happy 😊

Lain betul wajah anak² kalau compared dengan tahun lepas. Nampak lebih matang, lebih tinggi dan handsome pada mata mommy 🥰



















 

Tuesday, April 16, 2024

1 Syawal 2024

Raya tahun ni just family aku dan family adik no.3 (As & Sue) tidur di rumah ayah. Yang lain² tidur di homestay tepi laut. Sudahnya malam raya just aku dgn Sue je yang bertungkus lumus kat dapur masak juadah pagi raya. 

Malas nak komen lelebih. Rasanya semua family alami perkara ni. Semua jenis nak beraya dalam keadaan relax tanpa perlu berpenat di dapur. Lucky for my adik² coz aku jenis suka memasak. Suka duduk dapur. Tapi next time aku nak requeat diorang bawa balik maid sorang satu.. kikiki.

Salam aidilfitri dari kami















 

Monday, April 15, 2024

Main bunga api

Ada 2 sessi kiddos main bunga api ni, first dengan cousins di Kuala Selangor. Sangat meria sebab Tuk Wan kat sana sanggup berhabis beribu beli bunga api. Meriah sangat.  Tapi mommy lupa nak ambil gambar sebab mommy pun leka main bunga api sama 😅

Gambar² bawah ni sessi kedua di Melaka. Kami main dekat tepi laut ❤️








 

Friday, April 12, 2024

Throwback last weekend

Sepatutnya, hari Sabtu aritu kami dah bertolak ke Melaka. Tapi mummy terpaksa masuk ofis hari Sabtu & Ahad sebab nak siapkan kerja yang pending. Kesian Aleesya terpaksa ikut mommy pergi ofis. Sudahnya, hari Isnin barulah kami dapat ke Melaka untuk sambut raya 😭 


Dah besar nanti sure Aleesya akan ingat moment² dia teman mommy kat ofis. Sorry sayang, maybe next time mommy akan fikirkan xtvt yang sesuai untuk Aleesya buat masa dia teman mommy kat ofis. 

Bakal business woman yang berjaya suatu hari nanti, insyaAllah.

 

Friday, April 05, 2024

Ramadan jangan pergi

Semalam mommy berbuka kat ofis. Anak² berbuka dengan daddy kat rumah. Mujur daddy sempat belikan juadah berbuka lepas balik kerja.

Ye, volume kerja terlalu banyak.  Compared dengan di Menara, volume kerja banyak, tapi environment toksik. Kat sini, masih overload dengan kerja cuma mommy suka environment kerja di sini. 

Mommy admit, malam tadi memang agak berlebihan. Mommy terlalu focus dengan kerja. Sampai dekat pukul 11 malam baru keluar ofis. Mujur daddy dah tunggu siap² kat bawah ofis, kalau tak mommy balik naik grab je . Daddy pun risau dengan workload mommy.

Hari ni last kerja sebelum bercuti untuk raya. Mommy cuba ganti balik masa yang hilang dalam bulan puasa ni untuk spend dengan anak² walau mommy tau takkan cukup dan takkan sama.

Mommy doa semoga ada lagi peluang untuk mommy focus pada anak² sepenuhnya sebelum masing² membesar dan tinggalkan sarang.