My first and last xpdc for this year (I didnt know that I am pregnant during this xpdction!!)
Trip : XPDC Mendaki Gunung Trusmadi & Gunung Tambuyukon, Sabah
Date: 1 - 6 April 2010 (Tempoh pendakian 5 hari 4 malam)
Line up : Aku (the only lady in this trip), Mamoru, Chua, Talha, che Jaafar & che Lai
Detail log, aku buat kemudian ek. Layan gambar dulu. Aku post gambar untuk untuk Trusmadi je dulu. Gunung Tambuyukon, tunggu next entry.
DAY 1 (Khamis, 1 April 2010)
Kami sampai KK Airport pukul 12 tengah malam. Terus gerak ke Tambunan (TVRC). Pukul 3.00 pagi sampai Tambunan. Sempat la tidur sejam.
First Kem. Lupa nama tempat nih. Aku pewai kat sini & termaksa transfer barang sikir kat team member yang lain. Pelik tau, baru trekking setengah jam dah pewai gila. Rupanya, aku pregnant rupanya!
Kem Sulaiman. Rehat lagi. Oh, di setiap Kem / Pondok ada disediakan toilet yang lengkap dengan sinki & paip air (tertutup ok).
Sampai Kemsait. Ada kabin yg dibuat dari kanvas kat sini. Katil double decker pun ada. Kami sampai sini dalam pukul 2.00 petang. Rehat.
DAY 2 (Jumaat, 2 April 2010)
5.30 pagi.. yayy!!! Puncak Gunung Trusmadi berjaya ditawan!!! Oh, celcom full bar kat puncak ok. Sempat lah bercalling-calling dengan orang kat KL.
View Kemsait kami. Nasihat aku, kalau tidur sini, sila pilih katil atas sebab tikus tanah asyik la melompat-lompat atas katil bawah cari makanan.. eiyyyy!
Aku yang kepewaian kat Pekan Tambunan sebelum bertolak ke Ranau untuk mendaki Gunung Tambuyukon pula.