Monday, December 31, 2018

Legoland revisit for the 5th time!

Kena update semua pending entry dalam tahun ni sebelum masuk tahun baru 2019.

Ni gambar throwback masa awal bulan Disember aritu. Dua bulan berturut pegi Legoland. Macam Johor ni kampung aku je kan balik tiap2 bulan ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚. InsyaAllah kalau ada rezeki memang aku beli nak rumah kat Johor ni.

Tak banyak bergambar kali ni sebab dah banyak kali datang kann.. hihi. Kiddos pun busy dengan robotik Lego class.

Ni je lah gambar yang ada.

Dalam iglo. Happynya Aleesya!

Breakfast kat Haji kacang pool kat Bomba Larkin
Ni je la gambar ramai2 yang ada. Pastu semua busy main kat dalam Legoland ni

Anything for their happiness

Ni kat dalam Lego theathe

Orang lain makan sekeping roti ja, aku sampai 2 keping! Sedap uols!!

❤️❤️❤️

With my mini

2018 with ❤️

Alhamdulilah.

Surrounded and indulged with lotsa love this year ❤️❤️

Today is last cuti2 for kiddos sebelum start sesi persekolahan tahun 2019.

Hepi kiddos dapat jumpa sepupu sepapat semua ๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š
Hepi dapat jumpa atuk, nenek & moyang
Hepi dapat lepas bebas main atas tanah (KL kan rumah atas angin hihihi)

Mommy share gambar je lah buat kenangan manis korang semua ❤️

Aleesya & Adelia kat umah atuk

Ni kat umah moyang. Seronok moyang tengok cicit2 dia datang. 

Adik no.3 & ayah petik kelapa pandan muda

Seluar kami sama. Beli kat Chiang Mai aritu.

My kampung.. always bersih.. always cantik

Sunset berlatar belakangkan kebun ayah. 

Gelihati tengok Aleesya. Beria dia kaji pokok2 tanaman atuk dia

Ayah & nenek tengah tunggu ayam masuk reban belakang tu.

Gigih ayah amik kelapa muda untuk anak2. Sayangggggg ayah dunia akhirat.

Anak2 & sepupu depa main nenek2 si bongkok tiga.

Kelakar tengok diaorang main2 sama2 ๐Ÿ˜๐Ÿ˜

Mana ayam nenek tak balik2 ni.. hihi. Dah nak magrib da ayam oiii.. balik cepat, kata nenek.

Lepak kat pangkin layan kelapa muda. Datang rumah nenek memang ke paksa makan. Nenek masak puyuh lemak cili api. Sedap.

Yang dilindungi

Ketam nipah hidup2 + kupang + ayam untuk menu rumah ayah.

Kuih bakarrrr!! Sedapp uols. Bahagian dalam soft, luar crunchy dan bijan yang rangup. Bau wangiiii sangat.

Diet letak tepi.. hihi.. berselera makan ramai. Lauk pauk ni ditaja oleh adik no.3 dan wife.

Minum kelapa muda tayah nak kontrol2 ayu sangat lah.. hihihi

Sunday, December 30, 2018

Spend year end dengan yang tersayang

Mamoru was away for hiking trip in south Thailand since Friday - climbing Mount Silipat.

So I took the kids balik kampung. Kami bertolak awal pagi Sabtu right after my morning run.

Rindu kat ayah. So, bila rindu datang mesti cepat2 balik. Mesti peluk cium selalu ❤️

No sayur salad bila balik kampung. 
Ayah cakap nak satay. Maka hakak cargas pi cari satay kat pekan Masjid Tanah. Beli kat depan Petron. "Satay Brother" katanya. Tersedapp dia Masjid Tanah. Rezeki hakak malam tu. Coz customer yang datang order satay lepas hakak order tak sempat merasa makan satay ni coz da habis. 

Seronok makan rebut2 dengan ayah dan adik2 yang lain. Makan sambil pekena air Loncan. Nikmat donia.
Alesya dan Adelia. Geng main masak2 kat kampung  ❤️

Friday, December 28, 2018

Chiang Mai Marathon 2018

Its race day!

Dari 9 orang team SAC yang join Chiang Marathon 2018 ni, aku sorang je yang lari 10km ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚ Yang lain semua buat half marathon 21km.

Tepat pukul 1.00 pagi, semua bertolak ke race village (600 meter dari hotel). Aku sorang je keluar lambat pukul 3.00 pagi coz 10km flag off pukul 4.00 pagi.

Masa turun kat lobby, aku tengok Kik (our tour guide) dah setia menunggu aku kat situ. Komited betul dia ni tau. Padahal, aku dah cakap tayah tunggu. Aku nak warm up lari dari hotel ke starting point. Tapi dia berkeras nak teman aku jugak. Haish.

So berjalan la kami ke race village sambil borak2 hilangkan ngantuk.

Sampai kat Tha Pae gate, aku suruh dia balik sebab anak start warm up tapi dia tanak. Responsibility katanya. Dia nak tunggu sampai flag off baru dia balik. Tskkk... Baiknya laa orang Chiang Mai ni ❤️

Suhu time ni 20°c. Best sangat. Cuaca cerah. Meriah.

Flag off 10km start on time pukul 4.00 pagi. Tapi disebabkan aku leka warm up, aku terpaksa beratur kat barisan belakang sekali. Penat juga lah nak zig zag potong orang depan. Lepas 4km baru la jalan clear. Itu pun sebab aku skip 2 water station sebab nak elakkan crowd yang ramai.

Honestly aku tak push langsung untuk race ni. First sebab terlalu ramai 10k runner sampai 4km pun still tak boleh ditch the crowd. Second sebab tak cukup rest sebab asyik berjalan je kat sini.

Tapi suprise bila sampai finishing line, still tak ramai orang dan bila tengok jam, aku dapat buat PB 53 minutes! Not bad kan.  (Previously, my best 10km was in 2017 - 55 minutes).

Im soรณo happy! Its a good vibe to start my 2019. Cant wait for more PBs ๐Ÿ˜Š

Note: Coach Edan managed to get 4th placing and Rahim at 10th placing with PB (1:24). Respect sangat kat depa ni. Even rest tak cukup pun still bileh PB ๐Ÿ’ช๐Ÿ’ช

Muka happy ter PB tak sengaja

So proud to be here with SAC team

My race result

Race photos by local photog. Ni towards 8km

Almost reaching finishing.. happy face

Sebelum start race. Thanks Kik for this pic

Chiang Mai - Day 2 - Jalan2 sampai malam

Hari yang paling busy. Busy berjalan-jalan.. hihi

Biasanya, sebelum race, coach Edan akan suruh kami rest dan tak bagi kami pegi jalan  jauh2. Tapi maybe kali ni kami takde apa2 target dan kebanyakkan target race semuanya next year, so kami lebih relax dan enjoy our runcation.

Kami berjalan dari pagi sampai ke malam tau. Keluar pukul 9 pagi,  pukul 8.00 malam baru balik berehat kat bilik. Padahal, pukul 1.00 pagi dah kena keluar semula untuk pergi race. Masing2 just ada kurang dari 4 jam untuk tidur.. hihihi.

Tempat first yang kami pergi - race village. Collect race kit. Kami dapat special treatment sebab register under group dan maybe sebab tour guide kami orang Chiang Mai, so dia pandai betul bab nak senangkan keje kami. Tenkiuu Kik!

Lepas tu kami pergi melawat:

1. Three Kingdom
2. Tempat buat sutera Thai
3. Tempat buat barangan kulit
4. Tempat buat payung
5. Tempat buat jewelry

Itu pun kami skip few places (Watt & market) sebab masing2 dah tak larat. Just imagine, kat sini kami tidur tak cukup sebab masing2 duk sakan berjalan sana sini.. hihihi. Enjoy habis bershopping. Semua barang2 murah2 tau. Gewaammm! Luggage penuh time bawak balik KL.

Lewat petang tu masing2 dah tersengguk2 dalam van. Separuh dari team kami skip dinner sebab tak larat dan nak rest. Just aku, Vivien, Rahim, Coach Edan & Jolene je proceed pergi dinner. Kami siap borak2 sampai lewat malam. Masing2 macam tak kisah pun pasal race.

Lepas dinner, coach Edan siap singgah pi gunting rambut malam tu. Dia dah tau dia akan podium esoknya. So rambut kena kemas katanya... hihi.

Race kit collection
Lunch at one of halal restaurant

International menu

My full plate

Ni gambar kat kilang kulit. Staff kat sini tunjukkan jenis2 kulit yang diguna

Me with encik buaya

At entrance kilang sutera

Life cycle ulat sutera

Geli weh.. tengok ulat2 ni.. 

Kat sini depa tunjuk step by step macam mana benang sutera dituai dari kepompong ulat sutera sampailah kain ditenun menggukan benang sutera. Kagum tau. Depa cakap dalam satu hari, depa boleh tenun 6 meter kain. 

Proses menenun kain

Ni depan kilang emas dan permata. Tak leh amik gambar kat dalam ni. Depa tunjuk macam mana depa ukir emas dan berlian kat dalam ni. Harga rantai kat sini dah boleh beli rumah uols.

Ni kat kilang buat payung pula

Group photo

Payung kat sini dibuat dari buluh. Dan kertas payung tu dibuat dari pulpa pokok. Sangat2 tradisi pembuatan payung2 ni

Ni depan salah aatu restoran halal.

Statue of 3 kingdom

Depan Tha pae gate

Dinner, tinggal kami berlima masih gagah. Yang lain dah tewas kepenatan  dan balik berehat kat bilik